Jogging tepi laut

 Khamis, 8 Ramadan 1444 Hijrah.

Hari Isnin lepas, lepas hantar anak-anak ke sekolah, saya dan suami melencong ke Teluk Batik, pergi jogging. Eh, takde la jogging sangat pun. Jalan sambil ambil angin pagi. Dah lama tak melawat kawasan sini. Hehe..

Cuaca agak mendung masa mula jogging. Takde orang pun, kami berdua je yang riadah pagi tu. Bulan posa. Bak kata anak bongsu saya,"Posa posa pun mama jogging", sambil buat muka hairan dia tu.

Eh, dia tak tahu. Jogging boleh buat kita buang angin. Lega rasanya. 🙈

Sambung cerita jogging.


Wah, buffet ramadan 40 ringgit, agak murah la ye. Kat mana ni?


Di Virgo Batik Resort. Kalau kome datang sini, singgah ler...

Bila sampai di kawasan pantai, di kawasan perkhemahan, pun tak de orang.


Tapak perkhemahan dia ada electric port yang boleh disewa. Tu kadang nampak pelbagai motor home atau campervan datang, berkhemah. Jap ye, saya close-up nombor telefon yang boleh dihubungi, kot ada pembaca sekalian yang nak datang camping di Teluk Batik.


Bolehlah hubungi nombor tertera di atas ye.


Dulu, ada 2 pasang buaian kat tepi laut ni. Pastu, hilang kejap. Ni, ada sebiji ni ha. Saya rasa, dia gantikan dengan yang lebih kukuh kot. Oh... langit makin gelap. Angkat jemuran! Hujan mau turun!


Ayam pun ada, kat Teluk Batik ni. Kalau pergi hari Isnin, semalam hujung minggu, biasa kalau kita nampak banyak sampah sarap. Lagi-lagi, kita datang awal, pekerja kebersihan belum datang. Entah bila orang kita nak berubah, tidak buang sampah merata-rata. Huhu...


Haa.. buaian tayar ni, time ayor pasang, seronok la bergayut, weeee.... boleh terus terojun dalam laut, gitew....


Suasana pagi di Teluk Batik.

Citam datang tegur.

Sempat 1 round sahaja kami jogging hari tu. Hujan mula turun. Kami pun balik. Jogging Isnin sejauh 2.37 km. Alhamdulillah.

Cerita hari Isnin lepas, hari Khamis baru up di sini. Hehe... 

Baiklah. Semoga pembaca sekalian sihat hari ni, dan segala urusan anda dipermudahkan. Jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. segar badan dapat ambil angin laut pagi2 ye kak...saya pun suka suasana pantai waktu pagi rasa tenang je

    ReplyDelete
  2. Wah, pagi ya jogging bulan puasa. Sy biasa dengar kalau bulan puasa jogging lps pukul 5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jogging pukul 5 petang, paneh bebenor, SK, kat sini. Pagi lebih sejuk.

      Delete
  3. Rindu kampung halaman, dulu saya petang2 training run jogging di tepi laut jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama nak raya, Carneyz boleh balik kampung, lepas rindu. :)

      Delete
  4. Larat jogging masa puasa.
    Seronok jogging tepi laut. Hehe lagi seronok tiada orang.

    ReplyDelete
  5. Santai-santai jogging sambil dating di tepian pantai happynya ;-)

    ReplyDelete
  6. Terbayang joging tepi laut, disapa angin sepoi-sepoi bahasa.

    ReplyDelete
  7. Syok jalan-jalan pagi di tepi pantai. Tapi saya tak mampu kot jalan-jalan gini masa puasa 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. boleh buat nanti dah habis bulan posa, Ujie. :)

      Delete
  8. Bagusnya berjogging.. memang betul2 rs lega dan puas kan..
    Dah lama Aini tak pi Teluk Batik..agak jauh ke sana kalau dari Tronoh..sejam gak kot sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Aini. Ooh, Aini di Tronoh ke? Ha ah, lebih kurang sejam.

      Delete