Hantar anak balik Dungun

 Sabtu, 25 Syaaban 1444 Hijrah.

Pada hari Khamis lepas, saya dan suami pergi hantar anak sulung balik Uitm Dungun. Mula-mula, anak nak pergi sendiri je, naik bas. Entah beberapa hari sebelum tu, bila suami tanya, nak kami hantarkan tak? Dia kata, ok ler. Haha.. dah la barang banyak. 

Ini kali kedua la kami ke Dungun. Masa pertama kali pergi dulu, kami ikut jalan Batang Kali, dan ikut Gohtong Jaya. Kali ni, Google Maps cadang kami ikut WCE, ke KL. Lepas tu, masuk lebuhraya karak ikut Batu Caves dan Gombak. 

Bila sudah lalu, rasa jalan ni lebih best. Tak cerun dan bahaya sangat berbanding masa pertama kali pergi dulu. Oh ye la, dekat Batang Kali tu kan ada tanah runtuh, jalan di situ tutup lagi kot untuk orang ramai. 


Cuaca sangat baik. Cerah, tiada hujan. Gambar di atas, masa sudah masuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Boleh tutup dulu google maps, sebab dari Karak nak ke Dungun, 300 km lebih. Haaa.... jauhnya, kebas bontot.

Bertuah betul anakku ini. Tiap kali balik, orang tua hantar. Saya dulu masa belajar di itm Jengka, 2 kali je orang tua hantar, iaitu masa mula daftar masuk, dan masa habis belajar, daftar keluar. 

Ada berhenti di Perhentian Rehat Temerloh. Makan tengahari. Tengok ada orang makan ikan patin, satu pinggan, ada seketul ikan patin, harga RM12. Wah, lagi mahal dari kari kambing kat Manjung. Hehe.. 


Selamat sampai di NDE Hotel, Kuala Dungun, dalam pukul 4 petang. Alhamdulillah. Sudah book hotel ni, menerusi website Agoda. 

Pilih bilik family. Ada 2 katil queen. Muat untuk 4 orang. 


Selesa hotelnya. Luas. Bersih. Ada Wifi, laju line. Cuma kat website kata ada kopi dan teh dalam bilik, tapi tak ada pula. Suami tanya, memang tak ada disediakan. Tapi, sarapan ada. Ambil di meja disediakan berdekatan reception, dan boleh makan di bilik atau di depan bilik, ada meja dan kerusi batu disediakan.

Encik suami

Lepas solat jamak, atas cadangan anak sulung, kami pergi cari makan malam di pasar malam di pekan. Wah... boleh la cuba nasi kerabu ganu kiter. Kiki...


Tu dia, aktiviti berjalan-jalan di pasar malam Kuala Dungun. 1.19 km juga. Saya beli nasi goreng pattaya. Alamak, saya tak ambil gambar di pasar malam. Suami beli nasi kerabu. Bila balik makan, lain la rasa dia. Tapi macam takde budu. Dah rasa macam nasi ulam la pulak. Anak pula beli ayam goreng, dan burger. Eh, biasa, ada orang jual ikan laga, kan, kat pasar malam Manjung pun ada. Tapi kat pasar malam Dungun, udang hidup dalam balang pun dia ada jual, wei! Besar pulak tu. Saya tanya suami, kalau kita bawa balik, agak-agak boleh hidup tak, 9 jam dalam kereta. Hahaha.... tapi cantik tau, udang dia, kaki depannya besar. Macam kawan Spongebob tu. Mr. Krabs. 😁



.

Alang-alang sudah berada di tengah pekan tu, kami singgah kedai, beli kopi cawan, boleh mengopi dalam bilik. Singgah pasaraya Pok Eng Tin. Pun atas cadangan anak sulung juga. Dia dah jadi orang Ganu dah. Dia sebut Tin tu bukan tin, tapi 'teng'. Macam kopi peng. Orang kelantan cakap beng, orang ganu cakap peng. Kopi peng, teh peng. 😁

Alhamdulillah. Kenyang. Tidur pun lena, sebab penat berjalan.

Kebanyakan yang menginap di hotel tu, semua nak hantar anak balik Uitm. Suami borak dengan sorang brader ni, masa nak pergi ambil sarapan di meja reception. Brader tu dari Puchong. Jauh dia kata, barang anak perempuan banyak, takde disediakan stor. Baru 3 minggu lepas ambil anak masa habis periksa, ni, sekarang hantar anak balik Ganu semula. 

Sarapan yang disediakan oleh pihak hotel adalah nasi lemak, lauk sambal ikan tongkol. Banyak nasinya. Gendut makan. Lepas sarapan, kami pun check-out.


Syukur Alhamdulillah, anak dapat duduk hostel di semester kedua. Ada kawan dia, dah duduk menyewa luar. Bukan semua permohonan hostel diluluskan, bergantung pada kekosongan. 

Semoga anak sulung pandai jaga diri dan belajar rajin-rajin. 

Lepas hantar anak pendaftaran kolej kediaman, kami pun balik la. Pergi bertiga, balik berdua. Huuu... 


Sebelum balik. Tengok laut Ganu dulu. Lawanya, hijau je, air laut. Tak sama macam kat Lumut. 

Baiklah. Ada cerita lagi, cerita dalam perjalanan balik, saya sambung di entri lain ye.

Jumpa lagi. 😊

14 comments:

  1. Inilah peluang jalan jauh sebab anak belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, NA. Kalau anak tak dapat sini, memang tak merasa jalan sampai ke Terengganu. Jauh sangat! :D

      Delete
  2. Alhamdulillah, dapat duduk asrama...dkt nak pi kuliah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul, nohas, senang nak pi kelas.

      Delete
  3. Alhamdulillah, dah balik Dungun ya. Agaknya dia terikut cara percakapan orang Ganu tu jadi Teng, hehe. Tempat anak sy, dorg boleh tinggalkan barang dalam bilik dgn kadar sewa RM88.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, best la camtu. Bilik pun belum tentu dapat, SK, kat uitm Dungun tu. Nak tak nak, kena angkut semua barang.

      Delete
  4. uitm dungun ni best kan kak mengadap laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Afzan. Angin dia pun sejuk. Ada wap air dalam angin yang bertiup di udara. Akak mula-mula tanya, kenapa macam kelabu asap. Kalau kita duduk lepak lama-lama tepi laut tu, boleh basah la. Sebab udara sejuk, berair. Tapi takde la sepanjang masa, tengok cuaca juga. Hehe..

      Delete
  5. IPTA sekarang dah takde sediakan stor kan... Jadi susah mak bapak nak kena ambik hantar. Saya dulu dari sekolah sampai la U, tiap cuti sem tinggal jelah barang di stor. Kita sendiri yang penat angkut turun naik tangga, lif tak ada.

    Laut Ganu dan belah pantai timur memang lebih cantik kan? Ombak pun lebih kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Ujie. Sama macam saya juga dulu. Hehe.. entah kenapa yek, U dulu lagi bagus, satu blok, mesti ada stor kat bawah. Zaman dulu mana ada laptop, zaman guna PC, selamat je simpan PC kat stor. Habis belajar, barulah angkut bawa balik rumah.
      Ye, Ujie. Laut sana cantik. Laut China selatan,kan. Ombak besar. Hijau bersih air laut.

      Delete
  6. Beza kan zaman kita dgn zaman anak2, ayah saya cuma hantar masa register kat utm, lepas tu pandai2 la hidup. Tapi klu turn anak saya masuk uni nnt, rasanya saya lebih prefer hantar dia balik ke kolej/asrama sbb skrg ni mcm2 kes tak selamat mcm dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap Carneyz. Kalau anak perempuan takpe la kot, dihantar. Tapi kalau balik sendiri, boleh deme belajar berdikari, ikhtiar hidup, macam kita dulu. Entah la.

      Delete
  7. wah...best jalan-jalan dua dalam satu...sambil hantar anak dan makan angin

    ReplyDelete