Cerita shopping

 Rabu, 7 Ramadan 1444 Hijrah.

Hari Ahad lepas, saya dan suami ke Ipoh, nak shopping baju raya. Anak kedua tak mahu ikut, jadi saya ambil ukuran badan dia, tulis siap-siap, supaya senang nak beli. Anak kedua ni, dia ada workout sikit. Jadi, bahu dia agak lebar. Malah, dia lebih tinggi dari abang sulung dia. Baju melayu dia dah singkat, jadi kena cari baru.

Anak bongsu pun tak mahu ikut jugak. Tapi dia kata, boleh je pakai baju raya tahun lepas. Apa pun, kena test dulu, suruh dia pakai. Ok, masih muat. Jadi, tak perlu beli baju dia.

Kami terus tuju ke Angsana Mall, Ipoh. Kami jarang datang sini. Dulu, tempat ni dikenali sebagai Greentown Mall. Tapi bila saya search online, banyak benor orang promosi baju-baju raya ni, lokasinya di situ. Jadi, kami pun pergi la.

Angsana Mall, Ipoh. Kredit gambar UDA Mall.

Parking underground, cashless, guna debit kad atau touch and go. Naik atas je, tengok, meriahnya... Dah lama la tak merasa suasana meriah macam ni. Ada 2 tingkat je, mall ni. Tapi bila lalu, ada je peniaga ajak, singgah, kak. Tengok baju, tengok tudung. Yang jual perfume, sembur kat tangan kita. 

Kedai emas Dato Seri Vida pun ada sini. Masa saya lalu depan kedainya, tiada pelanggan, semua orang sibuk cari baju raya kot. Emas tengah mahal. 

Pelbagai pilihan fesyen baju raya ada. 

Selamat, dapat baju melayu untuk anak kedua. Beli ikut citarasa dia, nak kaler gelap. Lepas tu, suami suruh beli baju raya saya pulak. Hehe... malu saya. Saya tak beli pun takpe. Tapi, suami suruh beli juga. Rejeki jangan ditolak. Dapat la baju raya untuk saya. Sebab beli di level ground floor, booth kecil, tiada fitting room, cuba je pakai atas pakaian kita. Alhamdulillah, muat saiz L. **Bior longgor, jangan ketat. 

Pastu, tudung pun beli juga. Sebab jumpa tudung 10 ringgit, 4 segi. Saya ingat dah pupus dah tudung harga 10 ringgit ni. Ada lagi, rupanya. Design pun boleh tahan, sambor lah satu. Hehe..

Pastu, errrr... berapa banyak pastu laaa.... kat belakang mall ni, ada khemah besor, wei... bukan khemah kenduri... ada lagi orang jual barang raya dalam khemah tu.... mak ai... tak cukup ruang dalam mall, sampai ke luor mall, boleh beli belah ye... suka tak? Suka, suka! 😁 Di dalam khemah besor tu, nampak la orang jual kuih/biskut raya. "Macam awal sangat nak beli.",saya tercakap kuat. Pastu orang jual kuih tu cakap,"Lewat-lewat, habis biskut saya, kak, baik akak beli awai. Macam tahun lepas, ramai cari biskut ni, dah habis dah" Oiii... pandai dia bercakap. 

Saya terbeli 4 biskut raya, RM100. Standard harga ye, satu balang RM25. Saya beli biskut chocolate chips, biskut dam, tart nenas dan biskut mazola. Setakat entri ni ditulis, biskut coklat chips dah buka, semalam. Tahan 2 hari je sembunyi dalam almari. Tak tahan. Beli untuk dimakan, ye dak? Kalau habis, kita buat la kuih raya lain. Chewah, bukan main. Tengok-tengok hujung-hujung, beli biskut tunjuk juga kaedahnya. 🙈 

Selesai sudah agenda membeli barang raya. Suami tak mahu beli baju melayu. Dia kata, dah berlambak. Almari pun dah tak cukup tempat. Janganlah ditambah lagi. Baik.

Berikutnya, kami merancang nak pergi pasar ramadan di Batu Gajah. Tapi, masih awal. Jadi, kami pergi Aeon Mall Kinta City pula. Babai, Angsana Mall yang meriah....!

Aeon Mall Kinta City ni, adalah aeon mall yang paling lama di Ipoh. Saya dulu, sebelum tinggal di Lumut, tinggal di Bandar Seri Iskandar, dekat Tronoh, Aeon Kinta City tu ler, tempat pi shopping. Sat sat beli ultraman anak. Beli ultraman anak je, kat situ. Gitew...

Tapi, sekarang, dah banyak berubah kat dalam Aeon Kinta City. Lebih menarik dari Aeon Manjung, bagi saya. Sebab dia ada kedai Himalaya la! Laaa... syoknya! Saya punya syampoo dan cuci muka Himalaya, beli kat Watson. Tapi kat situ, siap kedai ada. Wahhh.... Miseoul pun ada! Saya pernah cerita saya pakai aloe vera Miseoul kat entry di sini. Lagi satu... ada Krispy Kreme!


Laaa, kat Manjung pun takde. Ater, ape lagi, jom kita tapau bawa balik. 


Dari atas kanan, edisi premium hari raya, donut mazola (inspirasi biskut mazola), donut mud chocolate, donut biscoff, donut chocolate ape ntah dah lupa, donut kit kat, dan donut almond.

Lain ye, rasa dia, banding Big Apple atau Dunkin' Donut. Kalau Big Apple tu, saya boleh makan 2 biji sekali. Yang Krispy Kreme ni, makan sebiji dah kenyang! Saya, suami dan anak bongsu je yang makan donut ni. 3 biji makan waktu berbuka, 3 biji makan waktu sahur. 😋😋

Suka saya, sebab jumpa benda yang tak ada kat tempat saya. Lagi satu, saya terbeli ni...


tudung Fazura! Hehe... beli sehelai. Sebab matching ngan baju raya saya. 😁 Tudung 4 segi jer. Entah, sebab bunga kecik. Saya suka. 

Alhamdulillah. Selamat sudah beli baju raya. Kome dah beli belum?

Tu jer la buat kali ni. Jumpa lagi, ye.

**bior longgor : Biar longgar (cakap Perak ler)

20 comments:

  1. wahh....dah shopping raya...sedap koi raya yg dijual, cepat habis...so yummy the donut...dah lama x mkn donut brand ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Nohas. Koi raya tu, cukup rasa, patut laku.

      Delete
  2. shopping sakan nampak Nur. Rejeki jgn ditolak, asben nak sponsor tu ambik je kan hehe. Saya pun suka donut krispy kreme, kalau teringin nak makan donut kat sini saya suka beli donut glazed tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sesekali, Carneyz. Oooo... lain kali kalau pergi lagi, saya nak cuba yang donut glazed tu pulak.

      Delete
  3. Setiap kali ke Ipoh, mesti akan lalu depan Angsana Mall ni dan terdetik di hati, sebab ia sama dgn shopping mall femes kat JB, nama pun sama. Angsana Mall di JB tempat tumpuan setiap kali bulan puasa, nampaknya macam sama jugak kat sana kan. Tapi, Aeon Kinta tu memang setiap kali mesti singgah. Ada jer Iman nak cari barang kat situ sbelum htr dia balik PUO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kat JB pun ada kan, Plaza Angsana. Saya pernah sampai situ, masa zaman anak dara.
      Ooo.. Iman dulu Politeknik Ungku Omar. Dekat la, shopping kat aeon situ.

      Delete
  4. Wah... seronoknya dia dah shopping raya

    ReplyDelete
  5. sakan shopping kak ye...seronok tengok suasana,kami shopping online je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang, shopping online. Akak jenis old school, Afzan. Nak pergi kedai, rasa kain, sedap ke idok.

      Delete
  6. Bila Nur cerita tentang baju raya suami yang melambak, kita pun teringat baju-baju raya anak-anak dan suami. Tiap tahun beli siap dengan sampin. Dah tak terkira berapa puluh helai sampin dibeli. Selepas raya, cuci dan lipat, masuk almari. Tahun ini belum lagi berkira-kira untuk beli baju raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, Amie siap beli sampin sekali. Mesti ada pelbagai warna tu.

      Delete
  7. Kitaoin baju melambak penuh dalam almari. Baju blogger bagi. Senang cerita. Percuma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak perlu kuor duit ye, NA.

      Delete
  8. Geli hati baca bab Nur tercakap kuat pasal kuih raya tu.
    Terus terbeli 4 balang ya 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... tu ler. Lain kali, cakap dalam hati je. Ni, idok.

      Delete
  9. saya baca pelan-pelan sebab seronok juga baca kisah orang lain....patutlah storytelling blog macam nie ramai yang baca...Good effort dan semoga diteruskan....antara contoh blog penceritaan atau storytelling yang suka saya baca ialah blog Anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi. Oh, nanti saya singgah blog Anies.

      Delete
  10. Alhamdulillah Mrs. A pun dah tempah baju raya sedondon sepasang. Ntah! sejak bila mula ikut trend bila raya mesti nak sedondon sekeluarga. Wah! sakan ya Nur jalan-jalan shopping raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. cantik lah, Mrs. A sekeluarga. Baju sedondon. :)

      Delete