Hari terakhir Syaaban

 Rabu, 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Pagi tadi, lewat sikit sampai di tempat jogging. Giliran saya hantar anak-anak ke sekolah. Jalan masih sesak. Sekolah menengah dan sekolah rendah, terletak di jalan yang sama. Dengan ibubapa yang parking tepi lagi, hantar anak prasekolah masuk kawasan sekolah. 


Rasa sejuk hati tengok matahari naik masa jogging. Pagi tadi, jogging 5 km sahaja.


Pokok tekoma atau 'sakura malaysia' yang berbunga putih dan pink pun sudah banyak berbunga di sana-sini. 😍

Jogging punya jogging, ternampak iklan menarik.


Wah... saya suka tengok dryer. Angan-angan bila encik suami dah pencen, pindah kampung suami di Kelantan, nak beli dryer. Supaya tiba musim tengkujuh, tak perlu sidai kain dalam rumah, sebab ada dryer. Hehe. Tapi dryer kat dalam iklan di atas, kecil, 7kg. Kalau dapat macam kat kedai dobi layan diri tu, best juga, ye. Boleh basuh selimut atau toto. 😁

Balik rumah, saya masak kari ayam.

Atas dapur lagi dah ambil gambar.


Perangat ikan goreng, lauk semalam tak habis. Buat sambal belacan. Sayur salad dan kacang panjang. 

Alhamdulillah.

Kome makan apa hari ni? Last day, makan siang. Esok dah puasa, Insya-Allah. 

Ok. Jumpa lagi, ye. 

12 comments:

  1. suami akak org kelantan rupanya ingatkn org perak...
    selamat berpuasa kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak yang orang Perak, Afzan. Hehe.
      Selamat berpuasa, Afzan. :)

      Delete
  2. kari ayam...buat sahur sekali ke?..selamat menyambut Ramadan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, nohas. Waktu sahur, saya biasanya perangat lauk je, tak masak.
      Selamat menyambut ramadan juga buat nohas. :)

      Delete
  3. Sedapnya lauk-pauk yang terhidang, lagilah kari ayam tu!
    Selamat berpuasa buat Nur sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Itulah jenuh basuh selimut tebal pakai tangan. Berat air untuk perah.
    Selamat berpuasa Puan Nur.

    ReplyDelete
  5. Selamat menjalani ibadah puasa Nur. Kiteorang yg duduk kondo mmg wajib ada dryer sbb takde tempat nak menyidai baju. Rindu zaman duduk rumah ada laman, suka bau baju yg kering bawah sinar matahari ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, Carneyz. :)
      Oh, gitu.
      Baju yang kering bawah matahari memang ada bau segar.

      Delete
  6. salam ramadhan almubarak., aminn

    ReplyDelete
  7. betul..kalau beli dryer..jangan alang-alang. Beli yang besar sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah. Cadangnya begitu la, Encik Hanafi.

      Delete