Kembali lari

 Selasa, 28 Syaaban 1444 Hijrah.

Dah habis dah cerita jalan-jalan. Hari ni, cerita riadah pula. 😊


Larian pada hari Ahad lepas, adalah sejauh lebih kurang 10 km. Tempat larian, Esplanade Lumut, agak lengang. Orang belum balik rumah lagi kot, last day cuti sekolah.

Hari Isnin, hari pertama anak-anak kembali ke sekolah. Suami kerja shif pagi, dia hantar anak-anak ke sekolah, dan suruh saya pergi jogging. Suami kata, jalan sesak, sampai ke trafik light dekat rumah, tak boleh masuk jalan nak ke sekolah. Jadi, suami hantar anak-anak sampai ke bawah pokok, deme kena jalan sikit, seberang jalan, untuk masuk sekolah. 


Larian hari Isnin adalah sejauh 10.12 km. Pulun la sikit. Nanti dah bulan posa, saya rasa, tak mampu nak buat 10 km. 

Balik rumah, rasa lain, sebab takde orang di rumah. Anak bongsu, yang sebelum ni sekolah sesi petang, dah naik tingkatan 3, jadi, sekolah sesi pagi. Rasa sunyi la pulak, rumah.

Hari ni, hari Selasa, suami hantar anak juga. Dia ada program riadah di ofis, jadi saya pergi jogging juga.


Buat 5 km je hari ni. Sampai rumah, tak sempat nak masuk rumah, suami pun habis program riadah dia. Hari ni dia off. Dia ajak pi sarapan di kedai makcik bawah pokok, Sitiawan.

Halo, Citam..

Dah ada menu baru di kedai makcik bawah pokok. Selain nasi lemak, mi kari, mi rebus, mi kicap, pasemboq, menu baru adalah nasi kukus ayam goreng berempah. Tapi masa kami sampai, nasi kukus belum siap. Lain kali boleh cuba.


Saya pesan mi rebus, suami pesan mi kari, juga cucuq, 2 ringgit, cicah kuah kacang.

Alhamdulillah. Sedap.

Saya ingat, saya nak jogging waktu petang, di bulan puasa, Insya-Allah. Kalau rajin. 🙈 Tengok-tengok kang, bukan jogging kat tempat riadah, tapi kat bazaar ramadhan, cari kuih. Hehe haha huhu...

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

14 comments:

  1. Citam nak join sarapan ke tu hehhehhee...
    Jogging kat bazar ramadhan jangan bawa duit banyak tips nak jimat hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citam naik atas kerusi sebelah, nak tidor. :D
      Baiklah, Mrs. A, tips yang bagus!

      Delete
  2. Hahahha.. pelik orang nengok mokcik jogging sambil beli kuih, hehehe.

    ReplyDelete
  3. Mula-mula joging kat taman, lepas tu barulah joging di bazar Ramadan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... bagus idea Ujie. Tapi pi bazar ramadan lewat, nanti ramai orang. Hehehe...

      Delete
  4. Bagus jugak idea tu, jogging di bazar Ramadhan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sambil menyelam, minum air, orang kata.

      Delete
  5. saya risau nak jogging di bazar ramadhan risau byk sgt pit stop hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, bahaya juga ye, Afzan. Kena ikut tips Mrs. A di atas, bawa duit sikit je. :D

      Delete
  6. Ada suami terus dapat makan luar.
    Hehe tapi sekarang cuaca panas waktu petang. Kalau nak buat juga, buat pukul 6 petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..
      itu la, kan, NA. Itu pasal hari ni, saya lari dalam rumah saja. :)

      Delete