Pertama kali makan mentarang

 Masa dalam perjalanan balik ke Manjung dari hantar anak di Dungun, kami lalu Tanjung Karang. Best la. Sebab banyak port makan boleh singgah. Hehe... idok ler kami google tempat. Tengok je mana kedai tepi jalan buka, ada lampu lip lap lip lap meriah pasang, singgah je la.

Udah lama drive. Kesian encik suami. Kita rehat dulu di sini.


Kedai Cendol Pulut Was Sekinchan. Ajom!


Minuman, kami pesan nescafe o ais, cendol biasa dan air suam. Lepas pesanan dah sampai, baru terpikio, eh, kenapa tak order cendol durian yek? Aiyo... rugi, rugi, takpe la, lain kali.

Makanan pula, suami order peberet dish dia, nasi goreng kampung. Saya pesan mentarang bakor! Hehe.. selama ni, dok lalu sini je, nampak mentarang, mentarang, tak pernah pun singgah kedai yang ada jual mentarang. Sekarang kebetulan singgah kedai cendol, ada menu mentarang. Pelagi... 


Ada dalam menu dia nasi putih, macam-macam lauk, bagai. Selain mentarang bakor, ada juga mentarang masak lemak cili api. 

Gitu rupanya menatang bernama mentarang ni. Rasanya? Macam makan kerang, pada saya. Ada yang lembik, ada yang kenyal. Suami saya kurang suka, bila dia test makan satu. Saya ratah gitu je, mentarang ni, tak pesan nasi pun. Perut tak berapa lapor. Setengah kilo mentarang, dalam satu pinggan, tak sampai 10 ketul pun. Dihidang bersama sos atau sambal cili. Balance rasa dia. 

Cendol pula? Saya rasa, biasa-biasa jer. Kurang gula melaka tu ler. 


Tudia, harga mentarang tu, 25 hinggit! Huhuhu....

Saya rasa, ok ler. Sebab tak pernah merasa. Esoknya, takde allergic ke, cirit-birit ke, makan mentarang ni. Ok sesangat ler. 

Baiklah. Sekian cerita. Lain kali, boleh la cuba kedai lain pula, kalau lalu area Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan ni. Banyak sebenarnya port-port makan menarik kat sini. Cuma tak mampu nak cuba semua. Mungkin kena tidor semalam kot. Cari homestay ke, chalet ke, tengah sawah padi, best juga, kan..

Ok. Jumpa lagi. 😊

16 comments:

  1. sekinchan pemandangan cantik tmpt makan best...kena cari homestay juga tu kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Afzan. Tengok la masa cuti sekolah, Insya-Allah.

      Delete
  2. Mentarang ni ada kat sana aje kan.. tapi sy pernah jumpa kat Muo, terus beli sekilo. Isi dia cam tu la, ada lembik ada kenyal, tobat sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kot, SK. Saya pun tak pasti.
      Huhu... sekilo tu banyak tu, SK. :D

      Delete
  3. penah tgk youtuber try makan mentarang dgn belangkas. saya tak berani lagi cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. setengah orang boleh sakit perut, Carneyz. Akak pun tak pernah makan belangkas. Kalo orang tak reti siang dan masak, bahaya kot.

      Delete
  4. Sayapun rasa tidak pernah makan mentarang.
    Memang syurga makanan juga di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sungai Besar.
    Saya pernah sekolah di Sungai Besar tapi sekejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke...NA. Sana cantik pemandangan sawah padi.

      Delete
  5. betul, banyak tempat makan...kedai jual mentarang pun byk..

    ReplyDelete
  6. kat sekinchan tu ada byk cafe hipster tepian sawah pun cantik jeliterr utk selfie masuk IG atau tiktok ye., hehe

    ReplyDelete
  7. x pernah mkn mentarang... panjang² rupanya ek.. tp rasa mst mcm lala/kerang/lokan jugak kot

    ReplyDelete
  8. Saya pernah makan mentarang bakar di Perlis. Lembik2. Setakat merasa bolehlah, tak mau lagi dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. oo, kat Perlis pun ada mentarang ye.

      Delete