Terengganu trip

 Selasa, 6 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

Ingat tak, hari tu, saya  ada cerita tentang anak saya yang gagal dalam permohonan UPU? Klik sini untuk baca.

Pada 25 hb Oktober lepas, telah keluar keputusan rayuan UPU, dan Alhamdulillah, anak saya telah berjaya. 



Course yang dia dapat tu, tak ada langsung dalam senarai pilihan masa rayuan. Tapi anak punya pilihan pertama masa mula apply UPU yang gagal tu. Tapi masa matriks, anak buat perakaunan juga.

Suka, suka juga, sebab anak dapat sambung belajar. Tapi hari keluar keputusan rayuan tu, malam tu, meleleh ayor mata saya. Nak tahu kenapa? Sebab dia dapat masuk Uitm Dungun! Huk huk....jauhnya dia nak pergi. Hehe.. mak mak, macam ni la. Adoi...

Ada masa 2 hari untuk siapkan dokumen semua, dan beli barang sikit je. Sebab barang dari matriks haritu ada lagi, banyak boleh pakai. 

Pada hari Sabtu, 29 Oktober, kami pun bertolak ke Dungun untuk hantar anak sulung. Pernah sampai ke Terengganu? Pernah berpuluh tahun dahulu, masa lebuhraya pantai timur (LPT) tak ada lagi. 

Dari Perak, lebuhraya utara selatan, exit di Tanjung Malim. 

Masuk Kuala Kubu Baru, ikut Batang kali. 

Masuk highway karak di Genting Sempah. Kemudian sambung di LPT, sampai Dungun.

Semasa lepas Kuantan di LPT.

Cuaca sekejap hujan lebat, sekejap renyai, sekejap cerah semula semasa dalam perjalanan.

Ambil masa 9 jam untuk sampai Dungun. Perak 🠊 Selangor 🠊 Pahang 🠊 Terengganu

Bertolak 9 pagi, tiba jam 6 petang.

Masa lalu LPT tu lah rasa paling lama. 3 jam di LPT sahaja. Pemandangan lebih kurang. Kelapa sawit dan hutan je. 

Lalu persimpangan ke UiTM Jengka. Tempat saya belajar dulu, dari tahun 96-99, masa buat diploma. 😊 Tapi masa tu, masih nama ITM, belum UiTM lagi. Like mother, like son. Cuma anak saya lokasi lebih jauh, sampai ke ganu kiter.. 

Nak tengok ke, gambor dalam homestay? Kang nanti banyak gambor pulak entri ni. Ok la, kita tunjuk je la...

Ruang tamu.

Suami saya dah terbongkang dah tu kat sofa. Letih, jauh drive. Hari sebelumnya, dia kerja shif malam pulak. Berenti shell dalam perjalanan, beli costa coffee. Dia kata, sedap, baru segor. Kalau tak, saya tengok mata dia dah kecik dah.

Master bedroom. Ada aircond.

Ruang menonton tv di tengah rumah, ada sliding door.

Ruang makan keluarga, sebelah ruang menonton.

Bilik tidor kedua.

Bilik tidor ketiga, share bilik air dengan bilik kedua.

Dapur yang lengkap dengan semua barang memasak.

Ada lagi satu bilik tidur, saya tak ambil gambar. Anak kedua tak ikut, tau. Dia kena pi sekolah hari sabtu tu, ada kerja. Alahai, anak... 

Rehat-rehat, solat jamak, keluar makan. Sempat lagi pergi singgah ke pasaraya di bandar Dungun tu. Anak lupa bawa tali leher. Haaaa..... hadoi... kedai baju ketiga masuk baru ada jual tali leher. 

Esoknya, hari Ahad, tapau sarapan sahaja, makan di homestay. Kemudian, pergi daftar anak.

Pintu masuk Uitm Dungun.


Lokasi uitm Dungun ni, betul-betul tepi laut. Sepanjang jalan banyak hotel, chalet, tempat makan. Homestay yang kami duduk tu, 5 km dari sini. Agak tengah bandar juga, takde tempat lari. Lain kali kalau datang tengok anak, boleh lah ambil homestay dekat sini, banyak, tempat lari pun sepanjang pantai, saya tengok.

Sudah daftar anak, boleh la hantar ke kolej dia. Alhamdulillah, dapat kolej penginapan, semester 1. 

Kolej penginapan anak.

Masa masuk matriks dulu, pakai campak-campak je beg dan anak, parents tak boleh naik atas. Kali ni, boleh la. Tapi pelawat perempuan stay bawah je la ye. 😁

Tak ramai pelajar pun yang daftar masuk, orang pendaftaran tu cakap, hari sebelumnya, cuma 7 orang je. Ni budak-budak yang berjaya dapat menerusi rayuan. Yang pengambilan awal hari tu, mereka dah belajar seminggu lebih, jadi anak kena catch-up la mana yang tertinggal tu.

Disebabkan takde orang, saya ambil kesempatan naik atas tengok bilik anak. Kikiki.. takde budak-budak semua pergi kelas atau dalam bilik.

Sempat suami tolong susun meja anak. 

Satu bilik, ada 3 orang. Satu katil single, satu lagi double decker.

Katil double decker.

Masa ni, awal pagi. Roomate dia belum masuk.

Keluar sekejap, makan selepas settle dalam bilik.

Lepas balik makan, anak dah ada roomate dah. Jiran depan bilik depan pun dah kenal, dapat course sama. Alhamdulillah, rezeki tu, senang nak ke kelas.

4 beranak je, sorang tinggal kat rumah.

Ambil gambar kenangan sebelum balik. Dalam hati nangis. Depan anak tunjuk kuat, bagi semangat. Huuu, jauhnya budak ni, 500 km lebih wei... dah tertulis dah. Allah tahu apa baik untuk kita.

Saya datang hantar anak ni, kan. Saya tak lari untuk Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Syah (LHKSN), pada hari Ahad, 30 hb tu, di Kuala Kangsar. Saya jual biib larian kat kawan yang nak pergi, tapi tak sempat daftar. Larian tu kan macam goreng pisang panas, buka pendaftaran je, tak sampai beberapa jam, dah habis. 9 ribu lebih orang berlari kat Kuala Kangsar hari tu. Tak dapat nak join. Sepatutnya, saya masuk dengan kakak sulung. Pun dah book tempat penginapan. 

Hari tu masa Sekinchan Ultra, saya lari sorang, kakak injured. Yang Larian LHKSN ni pulak, dia join sorang, saya pulak tak dapat pergi. Kakak saya berjalan je. Santai-santai. Mana boleh berlari sangat pun, masa larian tu. Banyak selfie, makan kueh, tengok persembahan macam-macam, memang meriah la, macam hari raya. Runners pun pakai banyak costumes, suka-suka. Takpe la, takde rezeki saya nak masuk larian tu tahun ni. 

Tu saje lah cerita kali ni. Selamat sudah hantar anak. Semoga anak dapat belajar rajin-rajin, dan dilindungi Allah sentiasa. 

Jumpa lagi, ye. 😊

22 Comments:

  1. Tahniah. Harap dia minat dengan kursus perakaunan.
    Baru hendak tanya tidak sertai LHKSN sudahpun terjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, NA. Anak punya first choice, NA, kursus tu, masa apply UPU yang dia kena reject tu.

      Delete
  2. Tahniah. Rezeki anak dapat sambung belajar di Terengganu.
    Saya faham perasaan Nur. Dua kali saya lalui, Farid diikuti Fuad. Mula-mula dekatlah sikit di Labuan sambung matriks. Farid ambil degree di UKM pula, terus sambung sampai sekarang di UTP. Fuad pula di UTHM, Johor.... ribuan kilometer. Hanya doa kepada-Nya sahaja, serta tawakal sebagai bekalan hati yang gundah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Amie. Alhamdulillah.
      Anak-anak Amie lagi jauh, kena naik flight. Ye la kan, doalah senjata kita sebagai seorang ibu. Semoga anak-anak selamat di perantauan.

      Delete
  3. Tahniahnyer.. sayang anak tinggal2kan.. aminn

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..tahniah dapat sambung belajar. Jauh perjalanan luas pemandangan. Ambil pengalaman. Saya dulu dari selatan ke utara nun..Tahu tahu kejap dah habis belajar. Best tu di Terengganu tepi laut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Fizah. Alhamdulillah.
      Betul cakap Fizah. Pejam celik, pejam celik, kan.

      Delete
  5. Tahniah anak dpt jd warga UITM!! Mesti perasaan mak² berbaur sedih dan gembira kan?? Rindu jugak ke ke ganu... mkn sedap sana.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kakmim. Ye, betul cakap Kakmim. Tapi kena relakanlah, anak nak nuntut ilmu. Makanan dia sedap, Kakmim, tapi agak mahal banding di rumah saya ni.

      Delete
  6. Sy pun ikut sebak, sebab dah rasa dulu, nangis dalam hati jer la.

    Alhamdulillah, tahniah, berjaya rayuan. Ada hikmahnya tu dapat kat Dungun, bolehlah maknya nak mengait ke.. atau nak lari tepi laut, hehe. Anak saudara sy ada di sana, tak silap ni tahun ke-3 cuma sy tak pasti kursus apa dia ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, SK... huhu...
      Terima kasih, SK. Alhamdulillah.
      Ooo... gitu. Sudah senior, anak saudara SK.

      Delete
  7. wahhhh 500km dari rumah. mak sy masa hantar adik belajar dulu pun mcm tu jugak. dpn anak tahan je sebak, bila dah sampai ke rumah barulah sedu sedan teringat anak jauh T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. macam tu la perasaan mak-mak, Anamizu. :)

      Delete
  8. Alhamdulillah. Tahniah! Seronok jugak lepas ni ada alasan Nur jalan-jalan Ganu kan. Hehe

    Pernah saudara saya di Johor anaknya dapat UITM Terengganu, terpaksa tolak memikirkan terlalu jauh nak tinggal anak perempuan yang tak pernah keluar dari Johor.

    Kawan2 saya ramai juga yang join larian di KK aritu. Teringat jugak Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ujie. Alhamdulillah. Haha.. takde la nak jalan sampai ke sana, Ujie. Jauh....! :D
      Ye la kan, dari Johor, lagi la jauh nak ke Terengganu.
      Ye, ramai runners dan non-runners join sekali berlari di Kuala Kangsor aritu, dari jauh datang.

      Delete
  9. saya tumpang gembira atas kejayaan anak puan berjaya dalam proses rayuan ke IPT...moga berjaya cemerlang dan memberi khidmat bakti kepada orng tuanya nanti...amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi.
      Amin, yarabbalalaminnn...

      Delete
  10. alhamdulillah.. hasil doa seorang ibu dan usaha dpt juga. harap belajar dgn cemerlang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Nina.
      Mudah-mudahan. Itulah yang selalu saya doakan. Aminn...

      Delete
  11. Alhamdulillah, tahniah, dapat kursus pilihan...pantai Dungun cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nohas. Alhamdulillah. Ye, nohas, memang cantik laut sana.

      Delete

 
Kait dan Lari Blog Design by Ipietoon