Sekinchan Ultra 2022

 Selasa, 28 Rabiul Awal 1444 Hijrah.

Maap ye, dah lama tak update blog. Mood menulis blog ke laut dalam. 🙈

Baiklah. Saya nak cerita tentang acara larian yang saya baru sertai, pada hari Ahad lepas, bersamaan 23 Oktober.

Saya daftar larian bersama kakak sulung saya. Sudah book hotel. Suami sepatutnya campak saya di hotel pada hari Sabtu, sehari sebelum acara larian. Tapi kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Kakak saya tak boleh berlari, kaki dia cedera. Jadi, kena adjust plan asal. 

Suami saya kerja shif petang, tak boleh ambil cuti dah. Jadi, sebaik dia habis kerja pukul 12 malam hari Ahad, kami pun bertolak dari Lumut ke Sekinchan.

Kali ni, tak terbabas tidor macam kat Ipoh hari tu. 😁 Saya set alarm betul-betul. 

Jadi bila suami sampai rumah, saya dah ready untuk bertolak.

Cuaca hujan sepanjang perjalanan ke Sekinchan. Takde la pergi ke hotel. Dah saya sorang yang masuk, tidor hotel amendanya. Takde rezeki nak spend time dengan kakak yang lama tak jumpa. Kami terus pergi ke lokasi acara berlangsung. Ramai rupanya yang tidor dalam kereta. Ramai outstation runners. Berbaris kereta sepanjang jalan depan lokasi acara. 

Bersyukur saya dapat suami yang sudi menemani saya yang giler lari ni. Kami sampai awal, pukul 2 pagi lebih. Jadi saya ada masa untuk ambil racekit (nombor bib dan baju event), saya sempat buang air 2-3 kali di toilet yang disediakan. Nasib baik saya sampai awal. Kalau lewat pergi tandas, orang pun dah ramai, kena beratur. Suami saya kesian, awal-awal dah berdengkur dalam kereta, letih habis kerja kan, dah kena jadi driver hantar saya.

Ulang alik dari kereta ke toilet 2-3 kali, nampak banner senarai nama peserta yang penganjur pamerkan.

Nama saya dan kakak sebelah-sebelah je. Dia susun ikut alphabetical order.

Semoga kakak saya segera sembuh kakinya. 

Saya lari sorang la. Saya masuk kategori 30 km. Selain 30 km, acara ni ada juga kategori 10 km, 50 km dan 100 km. 


Allah dah susun baik. Saya sepatutnya pinjam headlight kakak saya, sebab dia ada lebih lampu kepala. Tapi Allah gerakkan hati saya untuk beli headlight sendiri di shopee. Takpe la, kalau dah takde event lari, suami saya boleh guna masa dia kerja. Lagi satu, penganjur ada sediakan 1 hari untuk ambil racekit di Lot 10, KL. Tapi kakak saya boleh terlupa untuk ambil. Saya pulak, terlupa tarikh, petang baru saya tanya kakak saya, dah ambil racekit untuk larian Sekinchan tak? Tu lagi satu hikmah kakak saya terlupa. Kalau dia pi ambil awal-awal, dah saya kena turun ke KL, ke rumah kakak, untuk ambil racekit larian ni dari dia. 

Penganjur ada buka meja semasa hari event untuk pelari luar yang tak sempat ambil racekit. Alhamdulillah. 

Saya dan suami

Memang gelap semasa flag-off, pukul 5 pagi. Patut penganjur tetapkan headlight dan hidration pack 500ml sebagai mandatory item. 

Saya bukan familiar sangat kawasan Sekinchan ni. Tapi kita boleh tahu kita lari tepi tali air. Bunyi blup blup je datang dari tali air, dah suspens. Jarak antara runner di depan jauh jugak. Masa mula-mula berlepas je lari dalam kelompok-kelompok. Lepas sahaja water station pertama, dah jarak-jarak dah antara runners. Entah binatang apa la yang bunyi bila kita lalu tali air tu. Tak nampak, dan biar lah saya tak tahu. Fokus lari je. Kiri kanan jangan peduli. Tengok depan je. Dasar penakut. 😅

Saya uzur, jadi tak perlu berhenti solat. Saya ada dengar azan masa subuh, tapi saya tak nampak masjid. Penganjur takde sediakan surau, macam event sebelum ni. 

Bila dah terang pukul 7, baru lah nampak sawah padi yang cantik. Cuaca pun mendung, jadi takde la panas sangat nak berlari. Lepas 21 km, saya dah habis gas dah. Kaki, betis dah keras dah. Ada tanda-tanda nak cramp, sekejap-sekejap saya berhenti, jalan laju. Semua orang yang saya potong semuanya saya tegur. Ada yang saya tegur tu, masuk jarak 100 km. Peh... giler aaa... dah lenggang kangkung dah kawan tu. Senyum letih je kat saya, sambil cakap good luck. Kalau saya, mau tercabut kaki dah kot, buat 100km. 

Seperti biasa, ada je orang yang potong kita. Pastu kita potong dia balik. Pastu lari sama, borak sat. 


Saya lupa masa ni dah km ke berapa. Tapi saya jumpa kapal terbang kat tengah-tengah sawah pagi. Dan saya juga perasan, biasa kan ada adegan hero heroin bercinta atas tali air tengah sawah padi kan, haa... lokasi dia kat sini la. Memang sebijik macam dalam drama melayu tu. 

Selpiaq satu, background kapal terobang tengah bendang. 😁

Nampak tak runner belakang saya? Tak nampak, kan? Macam tu la jarak dia, di sesetengah kawasan. Tapi saya sentiasa berusaha untuk merapatkan jurang dengan runner depan saya. Saya takut sesat je, atau tersalah laluan. Alhamdulillah, semua ok.


Gambar di atas diambil oleh suami saya, dah nak habis dah waktu ni. Alamak, orang belakang dah dekat, nak potong kita. Laju sikit, laju sikit...  

7th place, 30km Women Veteran

Alhamdulillah, tak sangka saya boleh dapat podium. Tempat ke-7, kategori Women Veteran. 

Saya rasa, sebab tak ramai orang masuk acara ni. Ada Score Marathon di KL, dan Mualim Run pun ada, di Taiping pun ada event larian jugak pada hari yang sama. Itu yang saya boleh dapat tempat. 


Selamat sudah. Jarak larian sejauh 30.60 km, dengan masa 4 jam 24 minit (masa penganjur). Dalam gambar di atas, 4 jam 25 minit. Seperti biasa, saya lambat stop jam. Hehe... cari mana nak pergi, sebaik sampai.

Jarak paling jauh saya masuk buat tahun ni. Selamat sampai. Cuma sakit betis je la lepas lari tu. Syukur Alhamdulillah.

Baik. 

Jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. tahniahhh
    berjaya tmtkan larian. Sekinchan
    besttkan. Sawahh view yg menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Cik Nor.
      Memang cantik pemandangan sawah pagi yang menghijau. Sayup mata memandang.

      Delete
  2. Alamak penganjur tidak buat tanda jalan. Bahaya juga sebab gelap.
    Tahniah Puan Nur dapat nombor 7.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, NA. Ada tanda anak panah, NA. Bila gelap je, tak nampak apa. Hehe.. ikut je orang depan.

      Delete
  3. wahhhhh! tahniahhhhh sis berjaya tamatkan larian! kalau sy cramp awal lagi hehe

    ReplyDelete
  4. Hebatnya kak. Dapat ranking atas jugak tu. Terbaiklah kak. Tahniah!

    ReplyDelete
  5. Hebatnya kak. Dapat ranking atas jugak tu. Terbaiklah kak. Tahniah!

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah, hebat Nur dapat habiskan 30 km 👏🏽
    Kejayaan bersama suami, sanggup lepas kerja tengah malam bertolak ke Sekinchan.

    Perancangan Allah pun hebat kan…ada hikmah lupa ambil race kit di KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie. Alhamdulillah.
      Ye, Ujie. Semuanya ada hikmah.

      Delete
  7. tahniah!! dpt habiskan larian...seronok lari2 di tepi sawah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nohas.
      Ye, saya memang look forward untuk larian Sekinchan hari tu. Rindu nak berlari di sawah padi. :)

      Delete
  8. cerita yng cukup menarik...nasib baik dapat suami yang sangat memahami...beruntung puan...apa-apapun tahniah dan moga sukses selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi. Alhamdulillah. Aminnn...

      Delete
  9. tahniah. you are a great runner! abe kie cuma mampu 3km je. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, teacher. Hehe.. 3 km pun ok sesangat, Abam Kie. :)

      Delete
  10. wow tahniah kak, 30km fuhhh memang terbaik. Dana kene turun naik tangga sampai tkt 7 ni pun tak larat ni kan pulak nak lari 4jam... kalau 100km berapa jam la abis agaknya ye kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Dana. 100 km tu kan Dana, ada yang ambil masa sampai 16 jam. Kuat betul kaki dia orang tu. :D

      Delete
  11. tahniah.. berjaya habiskan larian. lari sambil tgk view sawah yg cantik

    ReplyDelete