Tetamu tak diundang

 Jumaat, 16 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

Saya kan, masa masak pagi-pagi, saya ada rebus telur 2 biji. Sebab saya sarapan dengan wrap. Gardenia wrap tu, saya letak telur rebus sebiji, timun dan tomato, pastu letak sos cili dan mayonis. Sedap! Baru je start sarapan macam ni. Itu pun bila suami kerja. Kalau dia tak kerja, mau nyongket makan di kedai. Itu la korje-nye... 😁

Masa balik dari jogging, saya biasanya main dengan anak-anak bulus depan rumah. Saya perasan ada beruk ni. Sekor je, dok mengintai. Biasa la tu, beruk-beruk ni akan melintas beramai-ramai, ikut kabel letrik depan rumah. 

Kadang atas tali maxis fiber yang halus tu pun dia boleh meniti. Pernah putus tau, kabel fiber tu. Dah kena buat report, repair sebab line internet takde. 

So tadi, time saya sibuk main dengan kucing, ada sekor beruk selamba jalan atas tembok pagar rumah.

Larian hari ni, 10.22 km. Hari-hari buat 10 minggu ni. Kena sampuk hantu lari.

Kalau kita halau dia, dia memang tak lari. Dah biasa dengan orang. Kalau kena yang alfa jantan ketua puak tu, mau dia jegil dan tayang gigi taring dia lagi kat kita. Haaa.... seram, tak seram...

Kebetulan suami saya yang baru balik dari aktiviti riadah ofis dia, pun masuk rumah dan boleh dengar dia panggil saya... dapur habis sepah ni..!!! Beruk masuk!!! Hahadoi.... 

Habis telor rebus saya dia makan, tau! Dia pandai tengok barang dalam periuk. Saya masak di bahagian wet kitchen belakang rumah, situ walaupun ada grill, tak sampai atas. Ada lubang atau celahan yang menatang ni muat untuk masuk.

Ingat ke, selamat dah rumah kami ni. Minggu ni, tak nampak pun beruk lalu, line macam clear. Tapi dia kembali semula. Saya masak nasi kat luar, nasib baik suami saya dah letak dalam rumah, dia kata, tak sedap hati nak biar rice cooker kat luar. Nasib baik la. Kalau tak, sedap beruk tu makan, nasi lauk telur rebus. 🙈

Nampaknya, kembali pada plan asal. Lepas masak, semua lauk bawa masuk ke dalam. Pintu dapur memang tak boleh buka. Sebab ada sekali, anak beruk masuk, curi roti yang ada atas meja makan.

Suami saya punya mercun bola pun dah abis. Kalau jadi kat kome la, apa kome nak buat?

Nak tembak dengan pistol mainan? Rumah saya dekat dengan hutan paya bakau. Dulu, takde masalah ni. Sejak tahun ni je, mula. Beruk-beruk di taman paya bakau tu, lapar, kurang orang pergi ke sana, sebab majlis dah kenakan bayaran masuk ke taman paya bakau tu. Dulu masa free, memang ramai yang masuk, bagi beruk makan, bawak roti la, kacang la. Sekarang memang banyak la beruk pagi-pagi, masuk ke kawasan kejiranan berhampiran. 

Yang paling senang, tutup segala pintu dan tingkap. Dah jadi penjara dah. Tak boleh open air. Apa nak buat, nanti habis pulak makanan kita. 

Ok la. Sekian cerita di hari Jumaat. 

Jumpa lagi, ye.

22 comments:

  1. aduh seramnya tetamu tak diundang ni kalau saya pun rela duk berkurung tak buka pintu tingkap takut la kan..tapi kesian juga ye lapar sangat tu yg selongkar habis rumah orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Afzan. Saya pun takut juga, kalau sekor 2 berani halau lagi. Kalau satu family lalu, cepat-cepat tutup pintu tingkap.

      Delete
  2. Kena pasang jaring tinggi sedikit bahagian luar. Rumah saya pun ada beruk datang. Pasang perangkap pun pandai elak. Samalah rumah kitorang dapur basah di luar. Seronok masak angin masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, pandai ye NA, beruk elak perangkap. Hehe..

      Delete
  3. Sama macam kat rumah mak Mrs. A di kampung monyet masuk sampai dalam rumah. Dah pernah ada orang tembak tapi lama-lama orang takut nadi katanya tembak monyet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badi ye, Mrs. A? Ye la, macam zalim pulak. Baling dengan mercun bola je la.

      Delete
  4. Replies
    1. Ye, Cik Nor. Beruk garang, tak takut orang.

      Delete
  5. aduhai seram ni tetamu jenis mcm ni. nak kena buat sesuatu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tutup pintu tingkap je, Ana. I is takut. Huhu...

      Delete
  6. perlubuat laporan dengan pihak yang berkaitan untuk dapat bantuan...mereka ada kelengkapan untuk menangkap...kalau tak perlu pasang perangkap untuk tangkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syulittt saya nak perjelaskan, Encik Hanafi. Huuu...

      Delete
  7. Kelakar pun ada jugak.. tp xpelah dh rezeki beruk kot... kongsi rezeki... tp jgn lupa report dgn pihak yg berkenaan.... bahaya jugak tu tetiba dia mengganas kalau x jumpa mknn mau digigitnya org di umh nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat aduan awam pun susah, Kakmim. Huuu...

      Delete
  8. Itulah sebab kenapa kita tak boleh kasi beruk makanan bila ke taman rekreasi dsbnya, kita ajar dia makan makanan kita, ambil dari kita.

    Solusi jangka pendek, mungkin Nur perlu tambah jaring di bahagian terbuka tu dan beli pistol air macam saya 😄. Tapi risau pulak dia serang balas bila kena tembak air kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap Ujie.
      Saya ingat nak try juga, pistol air tu. Tapi pernah tengok dia jalan dalam hujan, selamba je, tak takut air. :)

      Delete
  9. dekat rumah dana pun ada jugak kak beruk gitu, habis pokok betik jiran di kerjakan, pokok bawang dana pun habis dicabutnya mujur tak boleh masuk rumah sebab memang rumah sentiaasa bertutup dan ada jaring kat bahagian dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok bawang pun dia cabut? Adoi... Rumah akak susah sikit nak pasang jaring sampai atas, Dana.

      Delete
  10. Risau betul kalau seekor pun. Nanti dia naik gila naya je. Tak berani kalau dia degil. Susah juga tu kalau dekat sangat dengan habitat dia. Beruk kalau kita bagi makan tu yang tak terkawal dan pandai serang. Bila tak ada makanan dia mulalah jalan jauh. Pandai pula dia menyelinap masuk dapur. Kalau letak jerat ke atau pagar kawasan dapur mungkin okay kot dia tak dapat masuk dapur luar tu.

    ReplyDelete
  11. Risau betul kalau seekor pun. Nanti dia naik gila naya je. Tak berani kalau dia degil. Susah juga tu kalau dekat sangat dengan habitat dia. Beruk kalau kita bagi makan tu yang tak terkawal dan pandai serang. Bila tak ada makanan dia mulalah jalan jauh. Pandai pula dia menyelinap masuk dapur. Kalau letak jerat ke atau pagar kawasan dapur mungkin okay kot dia tak dapat masuk dapur luar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani letak jerat, Fizah. Kang satu kerja pula kena lepas kat dalam hutan.

      Delete
  12. alamak.. sekor pun risau bawak geng nanti bila jumpa rumah yg tak tutup tingkap. risaunya

    ReplyDelete