Not Spam lah!

 Ahad, 11 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

Hai...! 😊

Boleh tak anda tolong check, di blog masing-masing, sama ada komen saya ada masuk dalam kategori spam di blog anda? Saya ada perasan yang komen saya tak kelihatan di blog kawan-kawan. Boleh tak tolong klik "Not Spam" di komen saya? Contoh seperti di bawah, 


komen dari Azhafizah termasuk kategori Spam pulak di blog saya ni. Jadi, saya kena klik Not Spam.

Macamana nak tahu ada pembaca kita yang termasuk kategori Spam, komen di blog kita?

Anda boleh pergi ke Setting, bagi pengguna Blogspot, boleh letak notifikasi email anda. Jadi, anda tahu ada komen dari seseorang, tapi bila di blog anda, komen seseorang tu, tak kelihatan pula. Dekat email ada, dekat blog, takde komen orang tu.


Jadi, anda takkan terlepas untuk balas komen setiap orang di blog anda.

Kesian tau, kita baca blog orang, tapi komen tak keluar.

Nanti, pembaca ingat, line problem pula, dia hantar beberapa kali komen. 

Bagi saya, Insya-Allah, saya akan balas setiap komen pembaca sekalian, cuma lambat atau cepat je. 

Baik. Tu je buat kali ini.

Sila check ye. Mekasih. 😊

18 comments:

  1. Saya memang selalu semak pada bahagian 'Sampah'. Alhamdulillah sekarang ini tiada komen yang masuk situ kecuali blogger itu komen banyak-banyak memang ada sangkut 1-2 di bahagian 'Sampah'.

    ReplyDelete
  2. Saya memang selalu check. Kalau jumpa komen daripada kawan-kawan yang termasuk bahagian sampah, dan saya terus publish.

    ReplyDelete
  3. saya selalu check di bhg 'Comment' di dashboard blog, release spam comment dgn click simbol 'right'...

    ReplyDelete
  4. sy mmg selalu check... x taulah kenapa jd mcm tu.. kesian member yg komen tp komen x appear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, sebab kawan tu komen banyak kali, kan. Mesti dia musykil kenapa komennya tak keluar.

      Delete
  5. Iyaa…saya pun frust bila dapati ada blog yang tak muncul komen kita. Lepas publish memang ada, tengok lagi dah tak ada.

    Blog saya setting comment moderation, so memang akan check setiap komen termasuklah di spam. Memang biasa ada je komen kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... saya pun perasan jadi kat saya juga, Ujie.
      Lebih selamat, ada comment moderation yek. Tapi bagi saya yang jarang online ni, lambat pulak nak approve komen orang. Hehe...

      Delete
  6. biasanya kalo org komen lebih 3 kali berturut2 akan otomatis masuk dlm spam., wak dh lama perasan pon., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo... baik, Wak. Tima kasih, bagitau saya. Tapi saya tak pernah komen banyak kali kat blog orang, sekali je komen, dia publish. Tapi bila kita tengok semula entri tu, dah hilang komen kita. Pelik juga.

      Delete
  7. Saya memang selalu check not spam ni. Banyak komen masuk sini terutamanya yang komen banyak. Agaknya sebab tu komen saya masuk kat situ. Kadang yang jenis komen publish terus pun akan masuk spam. Tak faham kadang sistem komen ni. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kan, Fizah. Akak selalu perasan Fizah komen banyak kali di blog akak ni. :)

      Delete
    2. Sebab bila publish dah ada, bila refresh lansung hilang..Mana yang double triple komen yang sama tu akak delete je eh. Tinggalkan satu je.

      Delete
    3. Baik, Fizah. Akak dah delete lebihan komen, tinggal 1. :)

      Delete
  8. So far, blog Yati tak pernah msk spam, Alhamdulillah. :D

    ReplyDelete