Macamana saya memilih

 Isnin, 19 RabiulAkhir 1444 Hijrah.

Hujung minggu ni, kita mengundi. Kome excited tak? 😁

Macamlah tak pernah ngundi. Saya tak tahu nak pangkah siapa lagi. Saya adalah apa yang orang katakan, pengundi atas pagar. 

Pada piliharaya yang lepas, saya ada jumpa dengan calon pilihanraya sini. Dia datang pada saya, yang pada ketika itu, sedang berdiri di kereta, tunggu anak keluar sekolah. Dia kenalkan diri dia, dan bercakap dia bertanding untuk parti sekian, sekian. Undilah saya. Lain hari dan waktu pula, time saya jogging, saya jumpa calon parti lain pula, bersalaman dengan orang ramai yang sedang jogging di padang waktu tu.

Saya berharap saya akan berjumpa calon pilihanraya kali ni, macam tu juga. Tapi sorang pun tak terserempak. Ntah. Suami saya cakap, kena pergi ke pusat gerakan dia. Saya perhati juga banner dan bendera yang dipaparkan di merata tempat. Saya nak kenalpasti calon yang bertanding di kawasan saya mengundi. Saya bukan tengok parti, tapi saya tengok orang yang bertanding. Siapa macam saya? Hehe... 

Pada pendapat saya, seseorang itu haruslah punya penampilan yang baik. Tak perlu hensem atau cantik. Contoh kalau badan dia overweight, macamana dia nak pimpin orang, jadi wakil rakyat, sedangkan badan dia sendiri, dia tak boleh nak jaga? 

Kalau lelaki, kalau dia dapat jadi imam solat kat surau tempatan pun, itu adalah kriteria yang sangat bagus, yang saya akan terus pangkah dia. Siapa pemimpin yang anda tahu di negara kita, yang anda pernah tengok jadi imam? Silalah google sendiri, dan kita diam-diam saje, ye, untuk pengetahuan kita saja. Kalau tak boleh jadi imam, macamana nak jadi ketua yang baik?

Pendapat saya saja, tau. Tapi tempat kita pun lain-lain, jadi, pandai-pandailah kita buat keputusan yang paling baik. Asalkan orang yang kita pilih tu, tak datangkan mudarat pada kita semua. 

Saya ada tengok berita tengahari hari tu. Ada reporter tengah interview sorang calon ni. Calon tu cakap, "Jika saya mendapat mandat, saya akan pastikan kebajikan saya.. eh.. rakyat dijaga dengan baik." Tergelak saya tengok. 😁

Larian Sabtu lepas, 10 keyem.

Gambar di atas adalah hidangan tengahari saya. Saya dah mula makan secara suku-suku separuh ni, mula pertengahan bulan lepas. Untuk sarapan pula, saya makan gardenia wrap. Pada 1 November hari tu, saya ada timbang. Berat saya turun 1 kg. 😁 Sebab berat saya dok stuck kat 59 kg, tak berubah-ubah, beberapa bulan. Saya masih makan nasi macam biasa, cuma saya kurangkan portion nasi tu. Tetapi, saya tak konsisten sangat. Bukan setiap hidangan saya buat style suku-suku separuh ni. Bila makan luar, ke laut dalam jugak. Saya cubalah ye. 

Larian Ahad cuma 6.24 km. 

Hari Ahad, ada beli yong tau fu kat pasar malam, share makan dengan suami. Sedap yong tau fu pakcik ni. Dah lama niaga, sejak arwah mak saya ada lagi. Selalu tak boleh nak beli, sebab ramai orang. Hari Ahad lepas, kami ter-datang awal, takde orang, ape lagi, serang...! 😋

Larian Isnin, 10.07 km.

Gambar si Puteh, yang tengah bunting. Gemuk dia sekarang. Geram betul dengan budak bulu ni.

Ok la ye. Sekian dulu untuk kali ni.

Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. 

Jumpa lagi. 😊

27 comments:

  1. kadang muak tengok gelagat ahli politik,risau tersalah undi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lepas dah pun. Redha je, kalau bukan pilihan kita, mesti ada hikmah di sebaliknya.

      Delete
  2. entahla kak dana pun tak tau nak pilih mana, calon di tempat dana mmg glamer 1 malaysia kenal dia... amat maslan, yg lain2 tu tak kenal sbb org baru bertanding... entahla sapa yg nk di pangkah pun tak tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udah jadi menteri dah orang tu yek, Dana. :)

      Delete
  3. Tak minat hal politik, sebab meluat dengan perangai sebahagian besar ahli politik yang bermain kotor.
    Moga Nur konsisten diet DSSS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... mekasih, Amie. Alhamdulillah, kalau ceduk nasi, ambil lebih kurang saiz segenggam. Tapi ada hari kalau tapau luar, ter-over makan jugak. Hehe.

      Delete
  4. Sudah tahu siapa hendak undi. Harap ia terbaik. Ikutkan tidak tahu siapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hari tu, saya dapat buat pilihan, NA, untuk undi sapa. Dan calon yang saya undi, menang. Tapi end the end, yang kalah diangkat jadi pemerintah, only in Malaysia.

      Delete
  5. Saya mungkin tak dapat balik NS untuk mengundi. Tapi saya setuju apa yang Nur sebut tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ujie balik mengundi pun, buat penat je. Itu lah yang saya rasa hari tu. Huhu..

      Delete
  6. Saya juga masih belum pasti nak undi siapa...masih mengkaji dan meniliti...semoga tidak tersalah undi....

    ReplyDelete
  7. ramai tawar hati mcm ciknur , muak segalanya ada tp tu la kan kena jga jlnkan tanggungjawab.
    IKUT kata hati he hee parti mana jd pilihan
    mal buyongg putih meati ank2 comel2 ni

    ReplyDelete
  8. Pening juga memikirkan nak undi siapa walaupun mudah je nak memangkah. Nak memilih tu banyak benda nak kena ambil peduli. Boleh pulak ye tersasul jaga kebajikan saya...hihi..nak tumpang gelak sekali.

    ReplyDelete
  9. Pening juga memikirkan nak undi siapa walaupun mudah je nak memangkah. Nak memilih tu banyak benda nak kena ambil peduli. Boleh pulak ye tersasul jaga kebajikan saya...hihi..nak tumpang gelak sekali.

    ReplyDelete
  10. kena pilih calon yg kurang memberikan kemudaratan kpd kita...

    ReplyDelete
  11. Pilihlah pemimpin yang ada karisama dan boleh buat kerja

    ReplyDelete
  12. betul pilihlah calon yg layak bukan muka semata-mata. haha.. kucing pun kemain manja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing puteh dalam gambar di atas dah takde, Nina. Dia mati masa beranak.

      Delete
  13. betul sy pun tengok pembakawan calon tu juga.

    ReplyDelete
  14. Bestnyaa amal gaya hidup sihat ni. Kita pun tengah berusaha nak ke arah gaya hidup sihat jugak. Tapi selalu je tak disiplin. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita terus kuat untuk mencuba ye, Ana.

      Delete