Ke sana, ke sini

 Rabu, 7 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

Anak kedua yang suka buat kerja last minute tu, pagi-pagi dok men-drill kerja kayu dia. Nasib baik suami off kerja, boleh tolong. Kalau harap saya? Tak dapek nak nolong haa.. saya rasa macam susah je subjek Asas Kelestarian ni (Tingkatan 4). Banyak barang beli kat hardware, simen, cangkul kecik, besen. Bapak budak tolong gergaji kayu, tolong drill screw. 

Zaman kita dulu, subjek Kemahiran Hidup, pun ada bertukang juga, kat bengkel. Semua kerja buat kat sekolah je. Projek bawa balik. Tapi semua buat di sekolah, sendiri, sebab perkakasan semua sekolah sediakan. Sekarang kerja sekolah, kena libat mak bapak la. Kita kena tolong buat. Kalau tak, huiii... jahanam... hahaha... baik la ambil Prinsip Akaun. Pendapat saya je tau. Melainkan anak anda minat buat projek tangan, ok ler.

Hujan sikit pagi tadi. Lepas hantar anak kedua ke sekolah, pergi jogging juga. Main hujan. Lari sambil berbincang pasal anak kedua. Lain anak, lain masalahnya. 


Larian Rabu adalah sejauh 7.07 km. Dalam hujan. Romantik gitew...

Gambar adalah secawan cappuchino dan white coffee panas, semangkuk popia goreng dan wantan goreng, yang kami nikmati di restoran Aunty Fatty. Lepak di sini, lepas hantar borang ni haaa..


Apply bantuan one-off, Yayasan Perak, untuk anak sulung. Mana-mana boleh mintak, kita mintak. Ptptn dan Mara dah ditutup. Tak sempat nak mohon, sebab memang short notice hari tu, dapat tahu. Tahun depan baru dibuka semula, boleh la cuba apply untuk second semester anak sulung. 

Kena pengesahan dokumen dari pegawai kerajaan gred A (saya pergi minta dari pengetua sekolah anak je), pastu ada bahagian kena minta sokongan penghulu. Dan buat pertama kalinya, ada bahagian untuk diisi oleh wakil rakyat atau pemimpin tempatan atau ahli dewan undangan negeri. Dapat la tandatangan ADUN Amanah tadi. Pergi BN, takde orang. Nak ngundi kan, sibuk ke sana, ke sini. Masa pergi pusat khidmat rakyat Amanah tu la, dia kata, tinggal borang insentif siswa tu, nanti dia tolong chop, sebab wakil ADUN tu keluor kejap, ada urusan. 

Baru sampai restoran Aunty Fatty, orang tu dah call balik, cakap borang sudah di cop dan tandatangan. Wah, pantas. Alhamdulillah. 

Lepas zohor tadi, saya terus pos. Kena hantar dalam masa seminggu dokumen yang lengkap selepas tarikh permohonan. Saya apply online semalam. Semoga diluluskan. Aminnn...

Ok la ye. 

Jumpa lagi. 😊

20 comments:

  1. Teringat saya minta tolong jahit skirt masa ERT. Hehe.
    Alhamdulillah cepat buat kerja dapat pengesahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, NA buat skirt ye? Saya jahit beg masa ERT. Hehe..
      Alhamdulillah, NA. Senang hati bila urusan dipermudahkan.

      Delete
  2. payah bebeno ye kak siap kene sign wakil rakyat bagai. Zaman sekarang punya kerja bengkel lebih extrim dan macam dekat poli pulak ya susah nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana. Apa nak buat, nak bantuan, kenalah usaha. :D
      Itulah pasal, Dana. Sebab melibatkan alat seperti drill tu. Memang kita kena pantau, tidak dilapiknya projek, udah berlubang lantai rumah kang. Huhu..

      Delete
  3. Semoga permohonan berjaya!

    Yelah, kita dulu bertukang juga, menjahit bagai, tapi semua buat di bengkel sekolah. Ada la bawak balik sesekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. terima kasih, Ujie.
      Kan... semua buat sendiri je.

      Delete
  4. Ikut cara dulu lagi bagus rasanya kan. Semua peralatan dan murid murid buat sendiri. Barulah belajar gitu.

    Semoga permohonan berjaya. Aamiin...

    ReplyDelete
  5. Ikut cara dulu lagi bagus rasanya kan. Semua peralatan dan murid murid buat sendiri. Barulah belajar gitu.

    Semoga permohonan berjaya. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fizah. Sekarang ni, macam susah je projek budak-budak ni.
      Aminn... terima kasih, Fizah.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. tu la. kehendak pembelajaran pd masa skrg semakin tinggi berbanding zaman kita sek dulu2. sy sbg guru pun sukar nak follow perubahan dlm sistem pendidikan msia skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Abam Kie, saya faham, cikgu sekarang ramai tertekan, saya baca.

      Delete
  10. memang sibuk juga dengan urusan anak-anak ini....itulah amanah dan tanggungjawab kita terhadap mereka...didoakan anak-anak menghargai orng tua sebaik mungkin dengan menjadi anak yang soleh dan solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik Hanafi. Kena sabor banyak-banyak, dengan karenah anak lagi, dan kena pantau kerja sekolah mereka lagi. Itulah doa kita, sebagai ibubapa, mudah-mudahan.. aminn...

      Delete
  11. Gitulah kak, bila kita dah ada anak. Mmg akan jadi sibuk dgn urusan anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ombak Bergigi. Amanah Allah, kan. Kena laksanakan sebaik yang kita boleh.

      Delete
  12. susah jg subjek Kelestarian ni ya...kalau minat, seronok belajar...
    semoga permohonan mndpt kelulusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bagi yang berminat memang elok. Tapi anak saya ni, cikgu yang tentukan dia ambil subjek ni. Huhu...
      Aminn.. terima kasih, nohas.

      Delete