Finisher Runliga 2023

 Baru-baru ni, saya terima baju finisher dan medal untuk Runliga 2023. Penganjur larian hantar melalui pos. Mari kita tengok...

Finisher T dan medal

Lama juga baru dapat baju ni. Event virtual ini telah berlangsung pada 17 Ogos hingga 16 September yang lepas. Selama sebulan, peserta boleh lari di mana-mana, kumpul jarak yang termampu untuk kumpulan yang kita sertai.

Saya telah sertai pasukan Malaysia Women Runners.

Nama team di bahagian belakang baju dan medal, close-up.

Alhamdulillah. Recap semula pencapaian saya semasa Runliga yang lepas...

Jarak terkumpul, 357.91 kilometer

Saya cuma beli baju finisher dan medal untuk Runliga ni. Ada plaque juga, boleh beli. Tapi agak mahal. Jadi, saya pinjam gambar dari kapten Malaysia Women Runners, gambar kenangan plaque yang mengandungi nama-nama ahli pasukan yang sertai Runliga pada tahun ini.


Foto kredit: Safiah Galgo

Boleh kesan nama Nur dalam plaque di atas? 😁

Nama saya di barisan paling kanan, nama ketujuh. 

Selalu rasa serik masa berlangsung event ni. Sebab kita kena lari hari-hari, kumpul mileage. Sampai sakit kaki dan sebagainya. Boleh hilang keseronokan berlari juga, sebab sudah jadi macam kerja pula, bukan sesuatu yang kita enjoy buat, tapi paksa diri untuk buat. Tapi, selalu daftar masuk juga. Hehe... bila habis, cakap menyesal, tak mahu masuk dah. Tapi bila pendaftaran dibuka, register tanpa buang masa. Ini kali kedua saya masuk Runliga. Pertama kali penyertaan, semasa Runliga 2021. 

Walaupun pencapaian saya sedikit merosot berbanding tahun 2021, tapi rasa bangga dengan diri sendiri, sebab boleh lawan rasa malas. 

Tahun ini, adalah tahun yang sangat mencabar bagi saya. Banyak lari seorang diri. Hilang 1 tempat berlari. Hilang kawan lari juga. Tak payah lah saya cerita lebih lanjut. Sudah nampak hikmahnya. Tuhan tunjuk pada saya supaya saya tidak lagi dipergunakan.

Lari seorang diri itu lebih menenangkan. Boleh muhasabah diri. Bila lari dengan orang, lagi-lagi orang perempuan, kan, cenderung untuk membawang. Tambah dosa mengumpat orang. Itu lagi satu hikmahnya, kurang sikit buat dosa bila lari seorang.

Apa pun, Alhamdulillah. Nikmat berlari. Dapat habiskan Runliga 2023, setakat mana yang saya mampu. Panjang umur, tahun depan, boleh masuk lagi. Hahaha... entah. Tengok la, macamana.

Baiklah, jumpa lagi, ye. 😊

Resepi Singgang Ikan Tongkol

 Semalam, saya pergi pasar, beli ikan. Hari ni, saya masak singgang ikan tongkol.

Singgang ikan aye (tongkol)

Masak singgang ni, memang sedap, dimakan dengan nasi panas-panas. Lepas tu, ada budu pulak.

Budu letak bawang dan cili, perah limau kasturi.

Tomato dan timun

Bila makan budu, saya suka kalau ada kacang panjang. Tapi sebab dalam peti ais ada sayur yang telah dipotong separuh, kita gunakan yang itu dulu la.

Telur dadar

Alhamdulillah. 😋

Saya sertakan resepi singgang ikan tongkol, ya.

Resepi Singgang Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

Ikan tongkol seekor. Potong dan cuci bersih.

7 ulas bawang merah (dihiris)

4 ulas bawang putih (dihiris)

1 setengah inci halia (dihiris)

2 inci lengkuas (dihiris)

8 biji cili padi

Optional: 4 tangkai cili kering (rendam dulu air panas). Saya tak letak, terpulang pada anda ye, nak letak cili kering ke tak.

6 keping asam keping

1 sudu makan ketumbar - ditumbuk kasar. Saya takde pulak biji ketumbar. Saya guna serbuk ketumbar, lebih kurang setengah sudu makan

Garam dan cukup rasa

Cara Membuat:

1) Satukan semua bahan hiris, ketumbar dan ikan di dalam periuk.


Senang, kan. Tak guna minyak, tak perlu tumis. Lebur semua sekali atas api.

2) Campurkan air secukupnya. Masak hingga ikan empuk.

3) Masukkan garam, cukup rasa, asam keping, cili padi dan cili kering. Didihkan. 

Masa ni belum masak lagi. Saya biar api perlahan dan masak lama, supaya ikan lembut.

Siap. Gambar lauk singgang yang sudah siap, gambar pertama di atas, ye.

Ceduk ikan seketul dalam pinggan nasi. Eh, cara nak makan pun, nak cakap ke? Hehe... cubit isi ikan, pastu tenyeh-tenyeh isi ikan itu dengan cili dalam budu. Ambil nasi sikit, suap masuk mulut. Haaa.... hehehe.... ish ish ish.. memang ke laut dalam la, diet suku suku separuh, dia jadi diet dua pinggan tambah. 😂

Selamat mencuba. Happy weekend. 😊