What will be, will be

 Semalam hujan kat tempat saya, dari awal pagi, sampai lepas subuh, berhenti kejap, lepas tu sambung hujan lagi sampai ke tengahari. Redup juga cuaca semalam, sampai ke petang. Pagi ni, udara rasa sejuk. 

Embun di hujung rumput.

Rasa best tengok embun atas rumput. Selalunya, rumput kering je.

Embun pun tak kan mampu

Menyubur sekuntum bunga yang layu

Pada musim luruh, yang dulunya mekar

Disinar suria

Bila sudah kering, pasti akan gugur

Eh, ternyanyi pulak. Ha, sambung... 😁

Hari ni boleh la jalan-jalan kejap, bagi sendi semua bergerak. Semalam dah cuti lari sebab hujan.

Bunga wangi 😍

Masa tengah slowjogging, lalu sebelah pokok ni. Boleh bau wangi... bunga melur ke ni? Saya pun tak pasti.

Bila lalu di Esplanade Lumut, tengok sudah ada persiapan untuk acara lari esok.

Warrior Run 2023

Saya masuk tak? Insya-Allah. 😁

Kategori 21 km. 

Acara larian pertama saya, tahun ni. Masuk yang dekat rumah je. 

Sebelum entri ni ditulis, saya sudah pergi ambil nombor larian. Nombor bib dengan timing chip. Baju event belum siap, tau. Huu.. ni pertama kali saya masuk acara yang baju event belum siap. Jadi esok lari, boleh la pakai baju sukan yang bersesuaian. Lepas habis lari, baru dia kasi. 

Semoga berjalan dengan lancar la acara esok. Saya gementar juga, sebab dah lama tak masuk event lari. Fikir benda baik-baik je. Macam tak meriah. Takde buka booth jualan ke apa, semasa ambil nombor larian tadi. Orang pun macam tak ramai, sebab balik mengundi ke negeri masing-masing. Ha ah. Sudah daftar lama dah, baru kerajaan bagi tarikh pilihanraya tu. 

Takpe la, saya nak enjoy lari je, esok. Saya dah la tak de stok energy gel. Saya beli Ribena Pastilles je, pack kecik, bawa masa lari esok, kalau rasa bonk, untuk tenaga segera. 

Warrior Run 2023 ini dianjurkan oleh Persatuan Minda Sihat Manjung. Antara laluan esok, adalah melalui Lumut Navy Base. Bukan senang nak masuk dalam base ni, bagi kita orang luar la, ye, bukan navy. Harap cukup jarak untuk half marathon iaitu 21.1 kilometer. 

Larian siput pagi tadi, 4 kilometer.

Target saya esok, untuk habiskan 21 kilometer sebelum cut-off time, iaitu 4 jam. Sampai ke garisan penamat dengan selamat. Aminnn.....

Ok ler. Esok hari Sabtu. Saya pagi-pagi buta dah pi lari esok, Insya-Allah. Korang ada rancangan pergi mana-mana ke? Balik mengundi tak, pada anak Kelantan, Terengganu, Kedah, Penang, Selangor dan Negeri Sembilan?

Hati-hati di jalanraya ye. Jumpa lagi. 😊

Satu malam di Dungun

 Sekarang sedang dilanda mood malas update blog. Seronok dan aman damai hidup. Telefon pun tak pegang sangat. Laptop lagi la tak on langsung. Malas sangat. Siapa-siapa yang tengah rajin tu, nak pinjam sikit rajin tu, boleh? Pos kat saya, boleh? 😁

Hari Jumaat lepas, 4 Ogos, saya dan suami pergi Dungun.

Lebuhraya Pantai Timur 2

Dah jadi macam apa la sekarang ni. Sikit-sikit kena ambil budak tu. Kalau tak ambik kang, kesian pulak. Dia dah habis semester 2. Jauh tu. Kena tinggal budak-budak lagi 2 orang kat rumah, sebab sekolah, kan. Anak kedua tengah periksa pula. 

Selamat sampai ke Uitm cawangan Dungun, dalam pukul 4 petang. Bertolak dalam pukul 8 pagi lebih kurang.

Sampai kolej kediaman

Angkut-angkut barang semua masuk dalam kereta. Barulah kami check-in ke hotel. Kami stay di NDE Hotel, buat kali kedua. Cuma dulu ambil family room, kali ni, ambil bilik Deluxe, bersama extra bed. Ok la, buat istirehat. Lokasinya memang dah cantik. Dekat dengan uitm.

Rehat kejap, jamak solat, barulah kami keluar makan malam. Panas sungguh cuaca di Dungun. Kami keluar cari tempat makan, dalam pukul 6 petang.

Selfie satu, sebelum makanan sampai.

Jumpa kedai tepi laut. Pilih yang kurang orang, dan ada tempat parking.

Ikan Bakor Petai, nama kedai.

Sebab saya tak pernah makan ikan bakor petai. Lagi pun, tengok la tagline kedai dia apa... bawah tulisan Singgang Ulam Budu tu, "Bayor Muroh, Kenyang Nyandor". 😂😁 Haaa... sesuai sangatlah tu!

Makan malam kami.

Nasi sorang sepinggan. Lauk ikan siakap bakor petai, dengan telor dadar, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin dan tomyam ayam. Cer teka, cer teka, berapa harga makan malam di atas?

--

--

--

RM69! Murah tak? Iye... macam tak caya je. Tapi logik juga, sebab petai tu, dia potong kecik-kecil. Itu je satu yang kurang. Kalau dia biar je saiz petai betul, lagi best kot. Saya yang selalu makan dengan sudu garfu kat kedai tomyam ni, boleh letak sudu garfu kat tepi. Guna tangan je, sebab nak ratah ikan bakor petai tu. 😋😋 Syorga, syorga!

Malam tu memang tidor pengsan tak sedor diri. Letih travel. Esoknya, hotel ada sediakan sarapan nasi lemak dan minuman panas. Kami ambil, buat bekal. Sebab, depan hotel, ada satu kedai yang nasi dagang dia sedap. Saya pun lupa nama kedai tu. Baru renovate. Tapi betul-betul depan NDE Hotel. Apa lagi... pekena nasi dagang Terengganu ler....

Welcome to kedai nasi dagang, kata budak bulu kembang gebu gebas di atas. 

Sarapan kami

Suami dan anak pesan nasi dagang ikan aye. Saya pula pesan nasi minyak. Ya Allah... sebijik rasa macam makan kat kenduri. Dah la nasi dia banyak. Terubat kerinduan saya, sebab dah lama orang tak jemput makan nasi minyak, kan. Huhuuu.. syahdunya hidupku. Barulah terbeliak biji mata, menikmati sarapan yang syok macam ni. Ok, ok, sudah ingat, nama kedai adalah DZ Spice Kitchen, di Jalan Padang Kapal Terbang. Kalau korang sampai ke Dungun, singgahlah, ok. Dia buka pagi je, untuk sarapan. 

Lepas sarapan, kami pun bertolak pulang ke Manjung. Sebelum tu, masa sampai di R&R Temerloh, suami teringin nak cuba tempoyak ikan patin. 

Makan tengahari

Suami dan anak makan nasi lemak yang kami ambil pagi tadi, yang pihak hotel sediakan untuk sarapan. Tahan nasi lemak dia. Sebab lauk asing, dia letak. Saya, suami pesan nasi lauk ikan patin tempoyak. Sebab dia kata, nak rasa sikit je. Pastu, saya yang kena habiskan. Saya pernah rasa dulu tau, patin tempoyak Temerloh ni, tapi saya dah hilang ingatan. Sebab last rasa, masa saya masih belajar kat itm Jengka. Saya rasa, patin tempoyak Temerloh ni, kuah dia cair. Jika dibandingkan dengan patin tempoyak Kuala Kangsar, tepi sungai tu. Haa... situ lagi pekat kuah dia, tau. Yang ni, cair. Tapi ada la rasa tempoyak. Boleh la buat raso-raso.

Selamat sudah sampai ke Manjung waktu petang. Macam kartun. Pagi di Dungun, malam sudah di Manjung. Dah la cuaca panas. 

Esoknya kan, suami perasan, tayar depan kereta pancit. Ya Allah... nasib baik tak berlaku di tengah highway, ye. Syukur sangat. Sampai rumah baru pancit. Tayar kereta pun panas yek. Kesian, travel jauh. 

Gitula ceritanya. Ambil anak di Dungun. Dia cuti sem lama juga. Harap ok la result periksa dia. Dia dok ulang kat saya, takut gagal. Dia tak confident boleh lulus satu paper ni. Dia takut pointer dia drop juga. Huu.... tak tahulah, anak oii... apa-apa pun, mama terima je. Kita tunggu je la result keluar. 

Ok, jumpa lagi ye.