What will be, will be

 Semalam hujan kat tempat saya, dari awal pagi, sampai lepas subuh, berhenti kejap, lepas tu sambung hujan lagi sampai ke tengahari. Redup juga cuaca semalam, sampai ke petang. Pagi ni, udara rasa sejuk. 

Embun di hujung rumput.

Rasa best tengok embun atas rumput. Selalunya, rumput kering je.

Embun pun tak kan mampu

Menyubur sekuntum bunga yang layu

Pada musim luruh, yang dulunya mekar

Disinar suria

Bila sudah kering, pasti akan gugur

Eh, ternyanyi pulak. Ha, sambung... ๐Ÿ˜

Hari ni boleh la jalan-jalan kejap, bagi sendi semua bergerak. Semalam dah cuti lari sebab hujan.

Bunga wangi ๐Ÿ˜

Masa tengah slowjogging, lalu sebelah pokok ni. Boleh bau wangi... bunga melur ke ni? Saya pun tak pasti.

Bila lalu di Esplanade Lumut, tengok sudah ada persiapan untuk acara lari esok.

Warrior Run 2023

Saya masuk tak? Insya-Allah. ๐Ÿ˜

Kategori 21 km. 

Acara larian pertama saya, tahun ni. Masuk yang dekat rumah je. 

Sebelum entri ni ditulis, saya sudah pergi ambil nombor larian. Nombor bib dengan timing chip. Baju event belum siap, tau. Huu.. ni pertama kali saya masuk acara yang baju event belum siap. Jadi esok lari, boleh la pakai baju sukan yang bersesuaian. Lepas habis lari, baru dia kasi. 

Semoga berjalan dengan lancar la acara esok. Saya gementar juga, sebab dah lama tak masuk event lari. Fikir benda baik-baik je. Macam tak meriah. Takde buka booth jualan ke apa, semasa ambil nombor larian tadi. Orang pun macam tak ramai, sebab balik mengundi ke negeri masing-masing. Ha ah. Sudah daftar lama dah, baru kerajaan bagi tarikh pilihanraya tu. 

Takpe la, saya nak enjoy lari je, esok. Saya dah la tak de stok energy gel. Saya beli Ribena Pastilles je, pack kecik, bawa masa lari esok, kalau rasa bonk, untuk tenaga segera. 

Warrior Run 2023 ini dianjurkan oleh Persatuan Minda Sihat Manjung. Antara laluan esok, adalah melalui Lumut Navy Base. Bukan senang nak masuk dalam base ni, bagi kita orang luar la, ye, bukan navy. Harap cukup jarak untuk half marathon iaitu 21.1 kilometer. 

Larian siput pagi tadi, 4 kilometer.

Target saya esok, untuk habiskan 21 kilometer sebelum cut-off time, iaitu 4 jam. Sampai ke garisan penamat dengan selamat. Aminnn.....

Ok ler. Esok hari Sabtu. Saya pagi-pagi buta dah pi lari esok, Insya-Allah. Korang ada rancangan pergi mana-mana ke? Balik mengundi tak, pada anak Kelantan, Terengganu, Kedah, Penang, Selangor dan Negeri Sembilan?

Hati-hati di jalanraya ye. Jumpa lagi. ๐Ÿ˜Š

22 comments:

  1. Selamat melarikan diri
    Semoga berjaya esok

    ReplyDelete
  2. Good luck!! semoga berjaya, enjoy yoursefl...

    ReplyDelete
  3. Sempat tengok tempat lari. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  4. Semoga capai target larian esok Nur ๐Ÿ’ช๐Ÿผ
    Jauh 21 km.

    Saya pengundi NS, tapi tak balik NS pun ๐Ÿ˜ฌ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Ujie, Jauh juga, 21 km. :D Terima kasih, Ujie.
      Selamat sudah mengundi semalam. Keputusan pun dah keluar.

      Delete
  5. semoga dpt menamatkan larian dlm masa yg ditetapkan. Good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Abe Kie. Selamat dah lari semalam.

      Delete
  6. Selamat menghabiskan larian Nur!

    ReplyDelete
  7. Sukses ya...tetap semangat๐Ÿ’ช

    ReplyDelete
  8. sini tiap tiap hari sblm subuh hujan... uihhh dugaan betul utk org bekerja ni๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan hari bekerja, jalan pasti sesak ye, Anies. Tak pun, susah nak bangun dari katil. Hehe.

      Delete
  9. Sekali dah menemukan nikmatnya lari, pasti nak lagi ๐Ÿ˜„. Karena buat saya pun olahraga itu candu. Kalo belum tahu enaknya, memang rasa capek. Tapi setelah rutin, mungkin Krn efek hormon endorfin yg dilepaskan saat olahraga, yg bikin jadi ketagihan.

    Semoga kuat dan lancar Sampai garis finish kak ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Fanny. Hormon happy tu di release bila kita bersenam, jadi kalau tak buat, rasa tak syok pula, kan.. :D
      Terima kasih, Fanny.

      Delete