Satu malam di Dungun

 Sekarang sedang dilanda mood malas update blog. Seronok dan aman damai hidup. Telefon pun tak pegang sangat. Laptop lagi la tak on langsung. Malas sangat. Siapa-siapa yang tengah rajin tu, nak pinjam sikit rajin tu, boleh? Pos kat saya, boleh? 😁

Hari Jumaat lepas, 4 Ogos, saya dan suami pergi Dungun.

Lebuhraya Pantai Timur 2

Dah jadi macam apa la sekarang ni. Sikit-sikit kena ambil budak tu. Kalau tak ambik kang, kesian pulak. Dia dah habis semester 2. Jauh tu. Kena tinggal budak-budak lagi 2 orang kat rumah, sebab sekolah, kan. Anak kedua tengah periksa pula. 

Selamat sampai ke Uitm cawangan Dungun, dalam pukul 4 petang. Bertolak dalam pukul 8 pagi lebih kurang.

Sampai kolej kediaman

Angkut-angkut barang semua masuk dalam kereta. Barulah kami check-in ke hotel. Kami stay di NDE Hotel, buat kali kedua. Cuma dulu ambil family room, kali ni, ambil bilik Deluxe, bersama extra bed. Ok la, buat istirehat. Lokasinya memang dah cantik. Dekat dengan uitm.

Rehat kejap, jamak solat, barulah kami keluar makan malam. Panas sungguh cuaca di Dungun. Kami keluar cari tempat makan, dalam pukul 6 petang.

Selfie satu, sebelum makanan sampai.

Jumpa kedai tepi laut. Pilih yang kurang orang, dan ada tempat parking.

Ikan Bakor Petai, nama kedai.

Sebab saya tak pernah makan ikan bakor petai. Lagi pun, tengok la tagline kedai dia apa... bawah tulisan Singgang Ulam Budu tu, "Bayor Muroh, Kenyang Nyandor". 😂😁 Haaa... sesuai sangatlah tu!

Makan malam kami.

Nasi sorang sepinggan. Lauk ikan siakap bakor petai, dengan telor dadar, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin dan tomyam ayam. Cer teka, cer teka, berapa harga makan malam di atas?

--

--

--

RM69! Murah tak? Iye... macam tak caya je. Tapi logik juga, sebab petai tu, dia potong kecik-kecil. Itu je satu yang kurang. Kalau dia biar je saiz petai betul, lagi best kot. Saya yang selalu makan dengan sudu garfu kat kedai tomyam ni, boleh letak sudu garfu kat tepi. Guna tangan je, sebab nak ratah ikan bakor petai tu. 😋😋 Syorga, syorga!

Malam tu memang tidor pengsan tak sedor diri. Letih travel. Esoknya, hotel ada sediakan sarapan nasi lemak dan minuman panas. Kami ambil, buat bekal. Sebab, depan hotel, ada satu kedai yang nasi dagang dia sedap. Saya pun lupa nama kedai tu. Baru renovate. Tapi betul-betul depan NDE Hotel. Apa lagi... pekena nasi dagang Terengganu ler....

Welcome to kedai nasi dagang, kata budak bulu kembang gebu gebas di atas. 

Sarapan kami

Suami dan anak pesan nasi dagang ikan aye. Saya pula pesan nasi minyak. Ya Allah... sebijik rasa macam makan kat kenduri. Dah la nasi dia banyak. Terubat kerinduan saya, sebab dah lama orang tak jemput makan nasi minyak, kan. Huhuuu.. syahdunya hidupku. Barulah terbeliak biji mata, menikmati sarapan yang syok macam ni. Ok, ok, sudah ingat, nama kedai adalah DZ Spice Kitchen, di Jalan Padang Kapal Terbang. Kalau korang sampai ke Dungun, singgahlah, ok. Dia buka pagi je, untuk sarapan. 

Lepas sarapan, kami pun bertolak pulang ke Manjung. Sebelum tu, masa sampai di R&R Temerloh, suami teringin nak cuba tempoyak ikan patin. 

Makan tengahari

Suami dan anak makan nasi lemak yang kami ambil pagi tadi, yang pihak hotel sediakan untuk sarapan. Tahan nasi lemak dia. Sebab lauk asing, dia letak. Saya, suami pesan nasi lauk ikan patin tempoyak. Sebab dia kata, nak rasa sikit je. Pastu, saya yang kena habiskan. Saya pernah rasa dulu tau, patin tempoyak Temerloh ni, tapi saya dah hilang ingatan. Sebab last rasa, masa saya masih belajar kat itm Jengka. Saya rasa, patin tempoyak Temerloh ni, kuah dia cair. Jika dibandingkan dengan patin tempoyak Kuala Kangsar, tepi sungai tu. Haa... situ lagi pekat kuah dia, tau. Yang ni, cair. Tapi ada la rasa tempoyak. Boleh la buat raso-raso.

Selamat sudah sampai ke Manjung waktu petang. Macam kartun. Pagi di Dungun, malam sudah di Manjung. Dah la cuaca panas. 

Esoknya kan, suami perasan, tayar depan kereta pancit. Ya Allah... nasib baik tak berlaku di tengah highway, ye. Syukur sangat. Sampai rumah baru pancit. Tayar kereta pun panas yek. Kesian, travel jauh. 

Gitula ceritanya. Ambil anak di Dungun. Dia cuti sem lama juga. Harap ok la result periksa dia. Dia dok ulang kat saya, takut gagal. Dia tak confident boleh lulus satu paper ni. Dia takut pointer dia drop juga. Huu.... tak tahulah, anak oii... apa-apa pun, mama terima je. Kita tunggu je la result keluar. 

Ok, jumpa lagi ye.

30 comments:

  1. musim kot kak saya pun datang mood malas juga hahaha
    comelnya penyambut tetamu nasi dagang tu...patin tempoyak rnr tak berapa ummmphh kak,kena masuk bandar temerloh baru jumpa yang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, sama kita ye, Afzan. Semoga kita kuat untuk buang mood malas tu. :)
      Kan, comel kucing kembang semangkuk kat kedai tu. Akak pun geram tengok.
      Oh, ye ke.. Lain kali akak singgah bandar Temerloh. Jika sempat.

      Delete
  2. SA pun sama kak oii...paksakan diri jer..hari ni lagi la..1 jer entry..diluar kebiasaan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA kerja, jadi sibuk dengan tugasan ofis. Orait sangat tu, 1 entri 1 hari.

      Delete
  3. Kena rajin blogwqlking baru semangat tulis agaknya.
    Seronoknya semua tempat pergi sedap makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasa tulis entri dulu, baru blogwalking, NA. Ok la ni, dah rajin sikit-sikit. Kena follow jadual bila berblog, dan bila mengait. :)
      Alhamdulillah, rezeki. Memang saya puas hati, semua makanan sedap.

      Delete
  4. mood M tu mmg ada pada kita semua kak hehehe.. wahhhh sedapnya menu! budak bulus kembang geramnyaaaaaaa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ye la, lumrah manusia kan, Ana, iman turun naik.

      Delete
  5. Saya kalau dah tak tulis entri sehari dua memang akan berlarut-larut sampai berminggu dan berbulan. Dulu pernah layan tak ada semangat nak menulis, terbiarlah penuh sawang berbulan lamanya.
    Sedap-sedap pilihan makananya tu Nur. teringin saya makan nasi dagang bukan hasil air tangan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... itulah kan, Amie, tak boleh dilayan sangat malas tu.
      Ye la, saya pun kadang ada rasa macam tu juga. Nak makan makanan yang dimasak orang lain. :)

      Delete
  6. memang betul murah tu RM69 mana nak dpt skrg dgn harga brg dah makin mahal...

    pancit sebab kena paku ke tu? atau sbb tak ada angin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Anies. Saya makan kat Manjung ni, boleh cecah 80 ringgit lauk sama.
      Tayar merekah, Anies. Angin keluar ikut rekahan. Takde paku pun, orang repair cakap.

      Delete
    2. x pe laa syukur x jd ms tgh jln. jenuh nk cr kedai tayar tgh2 highway tu kalau kena

      Delete
    3. Betul sesangat. Syukur Alhamdulillah.

      Delete
  7. Jauh tu berjalan ye kak, tak ambil kesian pulak dia ya, murah betul kak banyak tu rm69 je puas makan ikan tu. Nasi dagang dan nasi minyak tu memang kepakaran compom sedap dekat Terengganu sana kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana, jauh nak pi Dungun tu.
      Itu la, akak pertama kali cuba nasi dagang dan nasi minyak Terengganu. Memang pekat kuah dia, cukup rasa semua. Terbaik la. :)

      Delete
  8. best juga jalan-jalan dengan tujuan begini...sambil makan angin katakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. makan angin terkejar-kejar juga, Encik Hanafi. Sebab tinggal anak lagi 2 orang kat rumah, walaupun dia orang dah besar.

      Delete
  9. Jauh juga tu dari Manjung ke Dungun. Kesian drebar penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik Faizal, lebih 500 kilometer dari rumah ke Dungun. Kebas bontot duduk dalam kereta. :D

      Delete
  10. Emm..saya pun ikut mood berblog. Itu yang beberapa hari sekali baru muncul. Tapi ok jugaklah, ada lebih masa untuk urusan lain.

    Sementara ada anak belajar jauh ni, takpelah layan je ke sana. Boleh jugak JJCM kan…hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sama dengan Ujie. Tapi sekarang sudah ada jadual, ada hari saya berblog, ada hari, saya mengait. :)
      Boleh la, Ujie. Tapi saya lebih suka kalau anak berdikari, urus semua sendiri. Tak perlu angkut barang ke hulu ke hilir. Lagipun mungkin dia tak dapat duduk dalam, next sem. Jadi kena angkut semua barang balik.

      Delete
  11. mmg catchy tagline kedai tu.. sesambil ambik anak sesambil la jjcm.. dh la sedap² mkn best la tu nur... santai² tenangkan fikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Kakmim. Short getaway. Ubah angin sekejap, Alhamdulillah.

      Delete
  12. bagus hotel, boleh tapau breakfast...sedap2 makan di Dungun...

    ooo..tak pernah makan patin tempoyak kat tepi sungai perak..tapi yg di Temerloh pernah makan...hihi..mmg cair kuahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, kat tempat orang jual laksa dan cendol tu, nohas. Situ sebelahnya kan banyak gerai makan tengahari, situ la saya makan patin tempoyak sedap. Hehe..

      Delete
  13. Oh dah musim libur Sem ya kak..

    Besaaar nampak porsi nasi dagangnya 😄👍. Dah lama saya tak makan nasi dagang ini.

    Juli lalu saya pertama kali ajak anak bungsu ke Malaysia, ke Penang kan. Trus dia ada coba nasi lemak. Ya ampuuuun langsung cinta mati 🤣🤣🤣. Jadi seminggu di Penang, tiap ditanya nak makan apa, jawabnya nasi lemak.

    Di jakarta sayangnya susah cari nasi lemak. Ada restoran Penang bistro , jual jugak nasi lemak, tapi fancy sangat. Restoran mahal soalnya. Jadi platingnya dah high class punya. Rasa pun tak sama hahahahahah . Jadi si adek selalu tanya, kapan ke Penang lagi, dia rindu nasi lemak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, Fanny. Anak sudah cuti semester.
      Harus cobain, nasi dagang, lain kali datang malaysia ya.
      Haha... nasi lemak memang tak boleh challenge. All time favourite pelancong yang datang ke Malaysia.
      Mesti bawa tu, Fanny. Si adek sudah bertanya. :D

      Delete