Kembali berlari

 Isnin, 24 Julai 2023 - Alhamdulillah, berjaya lawan malas dan pergi berlari.

Tapi, saya semput. Baru satu pusingan, saya kembali ke kereta, ambil inhaler, dan pam. Baru 4 hari tak lari, sudah semput. 

Lepas pam inhaler, rasa lega. Sambung berjalan. Pastu jogging slow-slow. 

Rasa lebih sihat selepas dapat berlari. Alhamdulillah.

Larian Isnin.

Larian Isnin sejauh 7 kilometer.

Lepas lari, pergi sarapan, di kedai di Kampung Serdang, Sitiawan. Saya makan bihun sup. Sup dia, lebih rasa herba. Sup kelihatan gelap dalam gambar, sebab saya letak 3 sudu sambal cili. 😁

Balik rumah, saya masak ayam masak lemak cili api.

Ayam masak lemak dalam kuali.

Saya ikut resepi Puan Amie. Boleh rujuk di sini untuk resepinya.

Biasanya, bila masak lemak, saya masak semua benda dalam periuk sekaligus. Tapi kali ni, saya tumis dulu bahan-bahan yang dikisar. Cuma beza dengan resepi Puan Amie, saya tak letak sawi cina. Jumlah cili api pun saya kurangkan. Alhamdulillah, sedap. 😋 

Semalam, 25 Julai, pun pergi lari juga.

Larian Selasa, 7 kilometer.

Gambar lepas lari, saya dan suami sarapan di Warung Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan.

Tak ambil gambar makanan, masing-masing lapar. Huhu.

Hari ni, 26 Julai, pun pergi lari juga, walaupun lewat. Ada drama, anak kedua tak siap kerja sekolah yang kena hantar hari ni. 

Larian Rabu, 5 kilometer.

Pukul 8 pagi baru dapat lari, lepas drama anak settle. Anak kedua, yang suka buat kerja last minute, lepas tu, printer tak boleh print out, lepas tu, dia tak minta tolong kami, senyap je. Tiba-tiba kerusi, sofa, terbalik. Dia naik angin sebab printer tak boleh print kerja dia. Lepas tu, bapak dia tolong. Lepas tu, saya tolong sekali, baru dapat print out kerja anak. Lepas tu, dah lewat, saya hantar anak bongsu ke sekolah dulu.

Pengakhirannya, anak tak pergi sekolah hari ni. Kerja submit esok. Sudah inform cikgu. Kalau tak, suami yang nak pergi hantar kerja sekolah hari ni. Tapi cikgu kata, tak perlu, esok je. 

Lega lepas dapat berlari, matahari dah terpacak dengan teriknya. Peduli la muka jadi hitam. 

Saya cuma nak hidup happy. Malas nak fikir tentang seluar yang ketat, sebelum ni, longgar. Sebab bulan depan sudah start Rungila Runliga. Jadi, rasanya, boleh kecik balik, Insya-Allah. 

Harap anak kedua diberi kekuatan untuk terus sekolah. Sampai habis SPM je. Dia punya angin tu, saya tak boleh brain la. Benda senang boleh jadi susah. Ujian betul dengan anak kedua ni. Kena doa je, banyak-banyak. 

Saya doakan, segala urusan harian anda, pembaca sekalian, berjalan dengan lancar, dan anda sihat-sihat dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.

Terima kasih, kerana membaca.

Jumpa lagi, ye. 😊

Kerja makan jer...

 Waktu saya taip entri ni, sudah 4 hari saya tak pergi berlari. 

Saya alami lagi vertigo. Buat kali kedua. 

Sudah sihat selepas 2 hari. Tapi, mood malas pula untuk keluar berlari, walaupun cuaca baik.

Dah lama tak share hasil larian. Saya share gambar makanan je ye, dalam entri kali ni. 🙈

Nasi kandar ayam goreng

Nasi kandar ayam goreng ni, makan di Nasi Kandar Beratur 786 Kampar, masa 9 Julai yang lepas. Lepas lari di UTP, terus pergi Kampar. Lepak-lepak dulu, sementara pukul 10 pagi lebih. Sarapan terus di situ. Bila datang restoran ni, teringat masa anak sulung belajar di Matriks Gopeng, selalu bungkus nasi kandar untuk dia di sini, bila nak hantar dia balik ke hostel. Sedap, saya suka nasi kandar sini. Pernah saya bungkus siap-siap, kuah campur, dan balik makan di rumah Lumut, nasi dia tambah sedap. Ada orang bila bungkus, suka letak kuah asing. Tapi saya suka letak sekali dengan nasi, supaya mesra. Lagi suurrrrrr..... 😋

Burger daging

Gambar burger masak sendiri di rumah. Kalau masak burger, biasanya hujung minggu, malas nak masak nasi.

Mee rebus, dan cucur bersama kuah kacang

Mee rebus dan cucur, makan di makcik bawah pokok, semasa 14 Julai yang lepas. Lepas lari di padang Astaka, Sitiawan. Sedap bebenor mee rebus sini. Saya suka! 

Roti cekago


Hari yang sama, pergi Taiping. Suami nak cuba Nasi Kandar Ali KTM Taiping. Dia order nasi kandar, saya order menu yang special di sini, roti cekago. Dia punya sebutan, Chicago kot. Hehe... rasa dia, macam makan roti sardin campur murtabak. Ok ler. Rasa sekali, cukup. Saya tak berapa suka, sos banyak sangat.

Bila pergi Taiping, tak pernah tak hujan. Jadi, selalu gagal untuk berlari di Taman Tasik Taiping. Last-last, lepak di Aeon Taiping saja. Bungkus makanan untuk anak-anak.

Kopi di Old Town White Coffee

Juga, pekena kopi di Old town. Sana sejuk luar, sebab hujan. Dalam Aeon pun sejuk, dengan aircond. Orang tak ramai masa kami pergi. Di sini juga, ada beberapa kedai yang tak ada di Aeon Manjung, seperti Krispy Kreme, Gigi Coffee, Hot & Roll, Hokkaido Cheese Tart, Nando's dan Texas Chicken. 

Bila dia buka susur keluar ke Taiping hujung tahun ni, melalui lebuhraya WCE, saya rasa lebih mudah nak ke Taiping banding ke Ipoh. Ipoh dengan sesaknya, dengan traffik light yang banyaknya. Taiping lebih aman damai.

Sedang mengumpul kekuatan untuk kembali berlari esok. Insya-Allah. 

Jumpa lagi, ye. 😊

#peakyBlinders