Pekena kopi di Kedai Kopi Padang Tembak

 Ahad, 11 Jun 2023 - Pergi lari juga, walaupun rasa malas. Masa baru nak keluar rumah, hujan gerimis. Tapi pergi juga ke tempat lari. Dalam kepala ingat, kalau hujan, pergi makan, tak payah lari. 😁 Bila sampai, tak hujan pun. Walaupun cuaca mendung. Lari jugalah.

Larian Ahad yang malas, 7.3 kilometer.

Selepas lari, apa lagi, cari tempat makan la. Beli bungkus dulu, nasi berlauk untuk anak-anak di rumah, di Bukit Permata. Kemudian, tuju ke arah Teluk Batik, nak cuba tempat yang belum pernah try.

Kedai Kopi Padang Tembak

Selalu nampak kedai kopi ni, bila nak ke Teluk Batik. Lokasi di sebelah kiri jalan. Kadang tengok, banyak kereta parking tepi jalan. Jadi, tak pernah singgah. Kebetulan semalam, tengok, tak adalah banyak kereta sangat. Cuba lah, masuk ke kedai.

Kedai terbuka. Macam kedai makan kampung biasa. Tapi freshly brewed coffee. Marilah kita cuba. Eh, bukan saya cakap, tak mahu minum kopi dah ke? Haha... teringin la. Sekali-sekala, boleh, kan.

Mesin kopi di kedai ini. Gambar carian Google.

Kami tunggu agak lama, orang yang ambil pesanan tidak datang ke meja kami. Bila kakak ambil pesanan sampai, dia minta maaf, sebab lambat ambil order. Oh, tak mengapa.

Menu kedai

Tempat makannya, split level. Hati-hati jika pertama kali datang sini. Saya hampir terjatuh masa nak ambil sudu di meja sebelah. Sebab tak nampak, lantainya ada turun satu level.

Sarapan suami.

Suami pesan mi kari, dan minuman nescafe o ais. Tapi, yang sampai, teh o ais. Muzik yang dipasang kuat, mungkin kakak yang ambil pesan tu, tak dapat dengar pesanan suami. Saya yang duduk sebelah, boleh dengar dengan jelas, suami kata, nescafe o ais. Kalau orang muda, suka kot, kalau kedai makan pasang muzik kuat. Tapi bagi kami yang tua ni, elok kalau diperlahankan volume tu sikit. Muzik tu, setakat bunyi di belakang, sudah memadai. Pendapat saya je.

Mi kari dia sedap. 😋

Signature coffee

Saya pesan signature coffeenya, iaitu caramel machiato panas. Sedap. Saya suka. 👍

Sarapan saya

Saya pesan american breakfast. Roti bakar goyang, sebenarnya, dengan baked beans dan sosej. Berpatutan la, harga american breakfast ni, RM6. Lebih murah dari kopi saya, RM10. 

Seperti biasa, kami share makanan. Separuh-separuh, jadi dapat rasa kedua hidangan.

Alhamdulillah. Ada lagi kedai makan yang kami belum cuba, di daerah Manjung ni. Kadang tu, kita lebih selesa pergi tempat yang sama. Kadang tu, rasa nak kelainan, itu yang cuba tempat baru. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, baru tahu. 

Orait. Semoga segala rancangan anda pada hari ni, berjalan dengan lancar. 

Jumpa lagi, ye.

Berlari di taman tasik UTP

 Sabtu, 11 Jun 2023 - Saya pergi berlari di taman tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak. Jarak dari rumah saya, lebih kurang 47 kilometer. Sebab hari Sabtu, saya dan suami biasanya ke Pasar Pagi Bota Kanan. Jadi, lajak lebih sikit dari Bota, keluar rumah awal selepas subuh, untuk pergi lari dulu, sebelum pergi pasar.

Saya pernah cerita tentang beriadah di UTP melalui entri ini, tahun lepas.

Taman tasik UTP ini dibuka kepada umum. Orang luar juga boleh masuk beriadah di taman tasik ini, walaupun bukan pelajar atau kakitangan UTP. 

Sebaik saja memasuki pintu utama, terus belok ke kiri, ada jalan ke tempat parking. Tidak perlu melalui pondok pengawal. Masuk percuma. 

Trek lari

Inilah trek lari di sekeliling taman. Ada juga dari trek pavement keras tu, di sesetengah tempat. Ada juga laluan berpasir dan berbatu. Satu pusingan, lebih kurang 2 kilometer. Besar, kan? Saya suka!

Jangan terkejut pula bila jumpa dinasour, ye. 😁


Jumlah dinasour juga semakin bertambah, berbanding semasa kunjungan kali pertama saya tahun lepas ke sini. 


Semasa pusingan pertama berlari, bukan boleh lari laju sangat pun. Mesti berhenti bila jumpa dinasour. Sesuai beriadah seisi keluarga, bawa sekali anak-anak. Jalan-jalan, keluar peluh, sambil menikmati udara pagi yang segar, ada tempat duduk santai, dan ada tempat teduh dengan pokok-pokok besar. Nak berpiknik pun boleh.


Ada papan tanda penerangan, nama-nama dinasour, info berkaitan, era dinasour yang mana ia wujud, di setiap dinasour yang ada. Kalau baca satu-satu, memang tak berlarilah saya. Macam pergi muzium pula. Hehe..


Lihat di sebelah kanan, ada papan tanda penerangan tentang dinasour berkaitan. Nama dia ni Giant Sloth.




Lihat tasik di belakang sabretooth cat ni, cukup mendamaikan. Boleh layan perasaan duduk sini, sambil tengok tasik.


Ini antara laluan lari, mengikut loop pendek. Banyak laluan yang kita boleh ikut. Jika rasa tak larat nak pusing ikut laluan paling luar, boleh ikut laluan paling pendek, lebih singkat, untuk keliling tasik.

Primitive Antelope

Turtle

Turtle dari zaman dulu hingga sekarang, lebih kurang sama saja rupanya, kan. Apa pengajaran yang boleh kita ambil? Untuk kekal umur panjang, harus lari slow-slow, dan bukan laju-laju. Setuju tak? Hehe...

Jambatan merentasi sebahagian tasik

Jambatan ini boleh dilalui jika ikut laluan paling dalam.

Saya, di samping alat dalam laut yang namanya, the Subsea Tree

Penerangan mengenai alat Subsea Tree

Ooo... sebelum diletak di sini, alat ini terletak 89 meter dalam laut, di Sarawak. Banyak lagi papan-papan tanda seperti ini, di sekeliling tasik UTP ini. Jika punya masa lapang yang banyak, bolehlah anda baca. Boleh dapat ilmu. Seperti kita pergi melawat Petrosains di KLCC pula.

Bukan saja dinasour, di sekeliling tempat ini juga, kita dapati adanya taman batu, atau rock garden. Juga ada papan tanda penerangan di setiap taman batu yang ada, untuk info lebih lanjut.


Saya sempat berlarian sejauh 8 kilometer. Alhamdulillah, dapat berlari di tempat lain. Tukar-tukar angin. Rentas daerah Manjung, masuk ke daerah Perak Tengah. 

Itu pun, masih ada lagi yang dalam pembikinan, di taman ini. Saya nampak seperti planet-planet dalam sistem suria kita. Memang sesuai bawa anak-anak ke sini. 

Lepas berlari, saya dan suami pun beredar, untuk pergi pasar pagi Bota. Jalan-jalan, cari makan hari Sabtu. 

Jika dari Ipoh, taman tasik UTP ini terletak lebih kurang 30 kilometer. Jika naiki kereta, lebih kurang 40 minit masa perjalanan.

Baiklah. Jumpa lagi. 😊