Larian Seribu Fikiran

 Selasa, 4 Muharram 1444 Hijrah.

Pagi tadi, selain hidangan sarapan, saya perangat lauk semalam yang masih ada, goreng ikan rebus lagi, dan masak sayur kacang buncis.


Saya stir-fry kacang buncis dengan tomato, cendawan dan tauhu kering. Letak sos tiram sikit, dan pecah telor sebiji.

Lauk hari ini, sama macam semalam, sambal tumis ikan bilis dan ikan goreng. Kalau habis lauk, saya goreng telor je la, makan dengan kicap. 😁

Masa nak keluar jogging, saya ada rasa malas. Sebab tempat saya jogging tu, dah tak meriah. Kurang orang beriadah. Dulu masa PKP, orang tak boleh pergi kerja, ramai orang beriadah waktu pagi. Sekarang orang sudah kembali bekerja, orang lebih ramai beriadah di waktu petang, banding pagi. 


Tapi saya pergi jogging juga la, walaupun malas menguasai diri. Slowjogging sejauh 10.21 km pagi tadi. 

Gambar di atas, kasut New Balance. Saya dah pakai kasut ni lebih 900 km, masih sedap rasanya dan selesa. Suka pulak saya brand New Balance ni. 

Kat sini, tak seperti di KL. Ada banyak pilihan kasut sukan boleh pilih, yang bagus-bagus. Saya beli apa yang ada, di Sports Direct Ipoh. 

Cerita tentang hal lain.... Monologue dalam kelapa kepala saya... 

Saya ada baca di Facebook, ramai orang sekarang beli kereta. Tukar kereta baru. Wow! Tapi pada masa yang sama, saya juga ada baca tentang orang yang bakal diberhentikan kerja. 

Ansuran bulanan juga kena bayar lebih bulan ni. Sebab kenaikan OPR, oleh Bank Negara. Saya biasa buat kerja-kerja bayaran bil online, bagi pihak suami saya. Beza, jumlah bayaran untuk pinjaman peribadi yang suami saya ada buat. Ada kenaikan amaun yang pihak bank ambil. Ansuran kereta pun suami saya bayar lebih, tapi dia belum check dengan pihak bank berapa amount sebenar.

Akan datang, ada lagi, tau, kenaikan OPR ni, kalau tak silap saya, ada baca.

Tapi masih ramai orang kita boleh pergi bercuti, naik flight.

Apa pun, saya bersyukur, kerana saya sekeluarga masih cukup makan, bukan cukup makan, terlebih makan, cukup pakai dan rumah ada. Syukur Alhamdulillah. 

Dapat berjimat dari segi kurangkan makan di luar pun, saya rasa baik juga. Dulu kalau pergi kedai tunjuk lauk, boleh dapat RM20 untuk 5 orang makan. Sekarang, RM40 kalau beli lauk. Sekali ganda naiknya.. tu yang buat saya rasa, lebih bagus saya masak sendiri. Tak kisah la, lauk telor goreng pun ok sesangat. 

Saya juga kurang keinginan untuk pergi jalan bercuti kemana-mana. Entah. Saya tumpang seronok tengok keindahan tempat kawan-kawan pergi bercuti. Tapi saya kurang keinginan untuk pergi bercuti. Priority saya pada benda lain. Bercuti tu bukan satu keperluan, tapi satu kemewahan, bagi saya.

Saya tumpang seronok bila ada anak kawan yang dapat offer masuk U bagus, buat course Medic. Saya terima seadanya result anak saya, sebab saya rasa, apa yang dia usaha, itulah yang dia dapat. Tapi masa yang sama, saya ada kawan yang anak tak ambil SPM pun, sebab ada autisme. 

Lain orang, lain ujiannya. Mungkin dia nampak mewah, tapi dia sedang sakit. Bila kita bercakap dengan dia, baru kita tahu. Tapi camana nak bantu, hanya mampu mendengar. Duit banyak pun tak guna, kalau nikmat sihat tu, Allah dah ambik balik.

 Bila jogging, boleh keluar angin, tak keluar melalui sendawa, boleh kentut. Nikmat tau, kentut tu. Ada orang, kena masuk hospital, sebab tak boleh keluarkan angin dari badan. 

Macam sedekah juga. Kita tak perlu tunggu kita kaya, untuk sedekah. Sekarang pun boleh. Sedekahlah berapa banyak kita mampu. Seringgit pun boleh, asal ikhlas, kerana Allah. 

Macam tu juga kalau lari. Tak perlu tunggu sihat, untuk lari. Sakit pun boleh beriadah juga. Bukan saya suruh pergi lari pecut, pace 4, pace 5. Buatlah ikut kemampuan kita, berjalan pun boleh. Peredaran darah dalam badan akan berjalan lancar. Allah dah buat cantik dah badan kita ni. Sel-sel semua akan generate bila kita bergerak. Sel-sel yang mati, akan ganti yang baru. Percuma je. Cuma perlu ambil langkah pertama.

Tapi kenapa ada orang masih bergantung pada produk yang dihasilkan dari kilang untuk sihat? Beli susu ni, boleh lawaskan pembuangan air besar. Beli produk ni, boleh buat rasa kenyang dan bantu kuruskan badan. Dulu saya ada kawan jogging, dah meninggal, sebab suka cuba produk-produk macam ni. Punca, kegagalan hati. 

Saya rasa kesian tengok orang tua. Bila dah tua, jadi kecut pulak. Makan share 2 orang, tu pun tak habis. Tapi satu hari nanti, kita pun akan kecut macam tu jugak. 

Ha, entah apa-apa dalam kepala otak saya ni. Saya keluarkan di sini, tak elok simpan dalam kepala lama-lama. Kalau ada yang tersinggung, minta maaf, bukan itu niat saya. Cuma benda ni berlaku di sekeliling saya. Saya kena keluarkan. 

Saya wish anda semua, pembaca sekalian, happiness dalam hidup, di dunia dan akhirat. 

Jumpa lagi, ye.

Selamat hari Isnin

 Isnin, 3 Muharram 1444 Hijrah.

Selamat hari Isnin, semua...

Pagi tadi, saya masak nasi. Semalam punya azam masih kuat. Tak mahu makan luar. Lauknya, sambal tumis ikan bilis. Pagi-pagi sudah buat bunyi blender. Hehe. Yor lantak deme bangun tidor. Walaupun awal belum subuh, boleh buat tahajud. Tapi takde nya, orang dalam rumah pakat tidor tak sedor diri.

Sambal tumis ikan bilis.

Saya goreng ikan rebus yang dibeli di pasar pagi Bota, pada hari Sabtu lepas. Lima ekor ikan rebus, harga RM16.  Besor, ikan kembung rebus.


Goreng 2 ekor. Untuk tengahari, repeat goreng 2 ekor lagi. Semasa entri ni ditulis, sambal tumis sudah tinggal separuh dalam periuk. Wah... selera anak-anak makan. Alhamdulillah.

Pukul 7 pagi, baru lah saya pergi jogging.


Dapat slowjogging sejauh 10.18 km pagi tadi. Sorang kawan saya balik masa kilometer ke-8. Saya sambung sikit lagi, bagi cukup 10 km.


Dapat lencana cabaran 10 km di aplikasi Strava.
Semoga anda, pembaca yang sedang baca blog saya ni, sihat sejahtera hendaknya. Selamat bekerja dan menjalankan tugas harian. 

Jumpa lagi, ye. 😊