Selasa, 23 April 2024 - Tak pergi lari pun hari ini. Lepas hantar anak bongsu ke sekolah, saya dan suami pergi jalan-jalan cari sarapan.
Lajak sampai ke Capati Kari Kambing Bota. 😁
Suami ambil bihun goreng merah bersama sambal paru dan telur goreng mata. Saya ada kenangan manis dengan bihun goreng merah. Bihun goreng ada pelbagai rupa, boleh masak pedas, boleh masak ala chinese style, tapi bila saya lihat bihun goreng merah, saya teringat waktu saya makan masa saya kelas tadika MADA di Kangar, Perlis. Ada gambar dalam album keluarga. Saya makan bihun merah sambil kopek udang kecil. Dua-dua belah tangan saya guna, kopek udang. Hehe. Sekarang ni, kalau setakat udang kecil, dengan kulit-kulit saya makan.
Saya pula pesan capati 2 keping, bersama kari kambing. Kari kambing dia pekat dan cukup rasa. Daging kambing pula lembut. Kalau order satu keping capati sahaja, memang tak cukup. Hehe..
Saya pernah tulis entri tentang kedai capati ini di sini dulu.
Kadang tu, memang seronok bila encik suami off kerja, dan boleh jalan-jalan cari makan. Syukur Alhamdulillah.
Anda suka makan capati?
Orait. Jumpa lagi, ye. 😊
akak cuba tanya en.suami akak dia pernah jumpa bihun goreng pink tak?hanya di kelate ada bihun goreng pink hihi
ReplyDeleteRasa macam pernah nampak la, Afzan, kat pasar ramadan sana, hari tu. Dia masukkan sos siam tu, kan. Alamak lupa plak nama sos tu.
DeleteMmg suka capati, tp kalau ada tosei sy lebih prefer tosei
ReplyDeleteOoo... gitu.
DeleteSekali-sekala jalan-jalan luaskan pemandangan kan :)
ReplyDeleteYe, ye. Sambil healing. :)
DeleteJauh tu sampai ke Bota.
ReplyDeleteHa ah. Itu la, nasib baik tak sampai ke Ipoh terus. :D
DeleteSaya pun jadi teringin hendak makan capati dengan kari kambing seperti yang Nur cerita!
ReplyDeleteNanti lain kali kak Amie turun Malaya, lajak jauh sikit dari Seri Iskandar, boleh singgah sini. :)
DeleteSedap bihun makan dengan sambal. Kalau udang kecil kulit lembut okay lagilah nak mengunyah. Saya kurang sikit capati ni. Rasa pernah makan sekali dua je kot.
ReplyDeleteOh, gitu.
Deletepaling suka masakan olahan dari paru saya
ReplyDeleteOh, gitu.
DeleteTak pernah try capati
ReplyDeletebiasanya cari roti canai aje
Saya pula dah lama tak pekena roti canai, Wak.
DeleteItulah perasan kalau suami Puan Nur cuti, suami akan teman lari atau pergi cari makan.
ReplyDeleteSaya susah lama tidak makan capati
Ha ah. Hari dia tak kerja la, boleh pergi dating, NA. :D
DeleteTakde orang jual capati ye, sana?
Ada kut orang jual tapi bukan saya pilih. Lagipun masuk kedai jarang jumoa menu ini.
DeleteOh, ok. Memang tak banyak kedai melayu jual capati. Mamak ye la, ada, itupun ada masanya, kan.
DeleteX pernah jumpa bihun pink...SA ni ntah bila la nak start berlari...badan naik dh ni
ReplyDeleteHujung minggu boleh, SA. Ajak suami sekali.
Deletekalau udang ngn ketam mmg bercinta makannya.. kopekkan untuk anak2 lagi, kopekkan untuk diri sendiri lagi... maka nk mudah mkn jer ngn kulit2.. buat ubat :P
ReplyDeleteHahaha... betul, betul! :D
DeleteCapati dah lamaa sangat makan, jujur agak lupa rasanya.
ReplyDeleteSama kak, kalo sebatas udang kecil biasa dengan kulit saya makan. Tp udang besar barulah kupas :)
Nanti Fanny datang Malaysia, boleh cuba cari capati ya.
DeleteYe la Fanny, yang besar tu, kulit keras. Cekik la, makan. :D
weekend ni ada gak terasa nak makan roti bakar cicah kari kambing dekat ampang tapi bila bangun pagi kepala berdenyut2 terus tak jadi. Sedap pulak nengok kari kambing tu...
ReplyDeleteLaa, ye ke.. Sian Carneyz. Semoga Carneyz semakin ok ya. Bangun pagi sudah sakit kepala, susah juga.
DeleteMemang sedap kari kambing, pekat, cukup rasa.
Saya blom pernah makan capati 😁sulit ketemu makanan India di tempat saya
ReplyDeleteOh, begitu. Capati yang saya makan tu, dibuat oleh orang Melayu, Mreneyoo. Capati orang India, rasa lain sikit. Sama macam roti canai, di restoran mamak rasa lain, di restoran melayu, rasa lain. Tapi keduanya enak. Hehe..
Delete