Tak ada perkembangan sangat. Yang kembang tu, badan saya, adalah.
Pokok-pokok masih belum keluarkan hasil. Tapi, saya tambah lagi beberapa tanaman baru. Mari tengok..
Pokok buah naga ni, ambil dari kampung suami di Kelantan, yang balik masa bulan puasa hari tu. Anak saudara suami bagi. Dia kata, cucuk saja dalam pasu dan siram hari-hari. Nanti keluar tunas baru, boleh semai atas tanah pula. Sudah rasa buah naga anak saudara tanam, sedap. Saya pernah minum jus buah naga, beli di pasar malam, balik, terus sakit perut nak membuang. Tapi makan buah naga dia, takde pulak sakit perut. Ok la. Cubalah tanam. Dia keluar tunas baru ke tak, kita tunggu je la ye.
Nanas ni, yang saya beli buat acar jelatah masa hari raya lepas. Bahagian atasnya, saya potong, letak atas tanah. Tunggu dia keluar daun baru.
Pokok cili padi semakin membesar. Belum keluar hasil lagi. Nanti hujung minggu, boleh letak baja.
Pokok tomato, yang ini je yang hidup. Lain semua mati. Hehe.. entah, bila pindah ke pasu besar, terus jadi lembek dan layu, lepas tu, mati. Saya ada semai baru punya tomato, biar dia duduk situ sampai besar, kita tengok, boleh hidup ke tak.
Sudah naik tinggi dah, pokok petola dan pokok kacang panjang. Dia kejar cahaya matahari dari bumbung skylight.Tapi belum keluar hasil. Pokok kacang panjang sudah keluar bunga hari tu, tapi tak jadi buah, dia gugur. Entah, adakah sebab agen pendebungaan, iaitu lebah, tidak masuk ke tempat saya tanam pokok ini, saya pun tak tahu. Inilah ruang belakang rumah yang bertutup. Kadang saya rasa, kalau tempat ini terbuka pun takpe, jadi matahari boleh masuk. Tapi orang tua saya sudah buat awning dan tutup tu, sebab dia kata, orang belakang bela anjing, bau rumah anjing di belakang rumah jiran tu boleh masuk. Itu yang orang tua saya buat bertutup macam ni.
Saya tetap siram pokok setiap hari. Saya tak mahu fikir sangat tentang method tanam dalam pasu ini. Sebab saya ada baca dalam group bercucuk tanam, pokok jambu air orang tanam dalam pasu pun boleh berbuah. Rezeki Allah nak bagi, kan, kita tak tahu. Kita cuba sajalah tanam. Tengok macamana. Nama pun proses belajar cara bercucuk tanam. Dapat menyiapkan diri nanti bila suami pencen, pindah ke kampung, sudah ada idea macamana pokok ini membesar, cara tanaman, dan sebagainya.
Orait, apa-apa update lagi, saya akan share di masa hadapan.
Jumpa lagi, ye. 😊
Pak Zain tanam cili dalam pasu.. lately ni banyak mati sebab ada ulat makan...tau2 dh togel...
ReplyDeleteOrang kata, siram dengan air basuhan beras, SA. Pehtua orang dulu-dulu. :D
DeleteDulu, kat kolej ada kempen tanam pokok. Bos sy share, sambil tanam bacalah surah At- Tin. Semoga tanaman Nur menjadi dan dapat dikecapi hasilnya nanti, insyaAllah.
ReplyDeleteBaik. Terima kasih, atas perkongsian, SK. Amin.... :)
DeleteAkak dulu rajinnnnnn sgt. sekarangg, lg terlebih2 rajinnn nya. hehee.
ReplyDeleteHehe...
DeleteInsyaAllah berbudi pada tanah ada hasilnya.
ReplyDeleteDone follow. 😃
Terima kasih, follow blog. :)
Deletepokok naga tu kalau xtanam atas tanah boleh x? klu boleh ldy nk juga cuba...
ReplyDeleteTak tahu la akak, Lady. Cuba je la. Mana tahu, kan, boleh hidup keluar buah.
DeleteBetul, it's a learning process.
ReplyDeletePH pernah tanam pokok cili dan tomato sampai berbunga dah tapi ditakdirkan mati. Sayang mmg sayang tapi itulah bukan rezeki kan...
Ye. Boleh terus cuba, PH.
Deleteterus belajar dan bila sudah jumpa formulanya...pasti berjaya in sha Allah...kalau tak jual pun hasil tanaman boleh makan sendiri dan ia memang menjimatkan perbelanjaan
ReplyDeleteAmin.. terima kasih, Encik Hanafi.
DeleteYe, memang berhajat nak buat makan sendiri je.
Saya kalo susah ke belakang, langsung beli buah naga, dan biasanya jadi lancar juga 😄.
ReplyDeleteLebih manjur daripada pepaya.
Betul kak. Terkadang tetap bisa tumbuh kok walau hanya dalam pot. Saya pernah lihat pohon jambu batu, yang ditanam dalam pot. Tetap bisa berbuah.
Hahaha... betul, betul. Buah naga membantu melawaskan.
DeleteWah, jambu batu ya. Yang kak Nur lihat, jambu air. Subur berbuah walau dalam pasu.
Memandangkan kiteorang ni bila tanam apa2 je mati, terus give up taknak berkebun dah 🤣 lagipun balkoni rumah kiteorg tak kena cahaya matahari sangat.
ReplyDeleteHahaha... ada kucing di rumah, susah sikit nak bercucuk tanam, Carneyz.
Deletepokok cili & pokok pudina yg Ana tanam pun ada diserang ulat~
ReplyDeleteCer siram dengan air basuhan beras, Ana. Lagi satu, air bancuhan epal cider vinegar campur lemon. Air rendaman kulit pisang pun boleh. Macam-macam cara, untuk elak sembur racun perosak, akak ada baca.
Deletetakpe kak cayok2
ReplyDeleteMekacih, Dana.
DeleteTanaman depan teras rumah saya sebagian ada yg lebat sebagian ada yg kerdil, atap teras rumah tertutup semua,ada yg kena matahari ada yg tidak....
ReplyDeleteOoo... sesetengah tanaman suka direct sunlight kan, sesetengahnya harus diletak di tempat redup saja.
Deletekita k minat bercucuk tanam ..nk plak kulit alergik ..mmg sensitif kalo jari bersentuh tanah ..dlu2 sampai berdarah so mmg fobia la
ReplyDeleteLaa.. ye ke. Memang kena jauh dari tanah la ni, ye.
Deletewahhh tak lama daaa
ReplyDeletemenuai hasil
;-)
Aminn.. mudah-mudahan ye, Anies.
DeleteSaya tidak pernah tanam pokok tapi seronok juga tengok usaha Puan Nur.
ReplyDeleteHarap ada hasil nanti. Amin.
Terima kasih, NA.
DeleteAminn.. Insya-Allah.