Minggu ketiga di bulan September

 Hujan di hujung minggu. Best juga. Minggu ni, ada 3 hari, hujan waktu pagi. Jadi, 3 hari juga saya tak pergi lari. Bila hujan, lepas subuh, boleh mengaji kejap. Kalau hari anak sekolah, memang tak sempat. 

Larian Selasa lepas.

Seronok dapat kembali lari di tempat sendiri, santai-santai, tengok matahari naik. Sambil lari, sambil fikir pasal anak kedua. Dia ada masalah. Macam tertekan. Anak pula jenis pendiam, bukan jenis bercerita pada kita. Lain anak, lain peel-nya. Yang sulung, pok pek pok pek, mulut, boleh dibawa bersembang. Yang jenis pendiam ni, susah sikit nak bantu. Selalu berdoa semoga anak tidak putus asa dan lemah semangat dalam hidup. 

Larian Rabu lepas.

Alhamdulillah, dapat lari. Bertukar-tukar tempat larian, ikut keadaan. Kalau hujan, tak boleh pergi ke padang, sayang kasut. Esplanade Lumut pun laluan dia digenangi air bila lepas hujan. Jadi, ke stadium mini MPM la saya. 

Saya sudah mula berIF semula (Intermittent fasting). Bila beberapa hari buat IF, sudah mula rasa tak boleh makan banyak. Contoh, macam di bawah.

Lempeng pisang cicah sambal, RM2.

Kalau pergi sarapan di Pasar Komuniti dan Karavan Manjung ni, lempeng ni wajib order. Sambal kow, melekat di tekak. Uhuk uhuk... ๐Ÿ˜

Roti bakar telur goyang bersama kepingan ayam, RM8

Nasi gulai ikan tongkol. Ni suami beli, lupa tanya harga.

Pisang dan ubi goreng cicah sambal kicap, RM2.

Semua hidangan di atas, makan dengan suami ler. Lepas makan, terus rasa gendut. Memang rasa perut tak boleh makan banyak dah, bila kita buat IF ni. Saya buat 16 jam. Kadang capai sasaran. Kadang, terbabas juga, bila keluar makan awal. Sebab hujan kan, tak boleh lari, apa lagi, pi lepak makan ler. Hehe...

Ok ler. Selamat berhujung minggu pada semua pembaca sekalian. 

Have a great weekend! ๐Ÿ˜Š

20 comments:

  1. Tempat saya belumlah hujan"..masih terik ..sarapannya luamayan besar ๐Ÿ˜kebetulan sarapan saya pagi ini hanya kue"saja dan secangkir kopi...siangan dikit baru hajar makan berat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, makan berat lewat dikit ya. Brunch, orang putih kata. :D

      Delete
  2. Itulah yang pendiam ini susah sedikit. Jenis macam saya tidak bagitahu masalah. Kadang-kadang tetiba meletup terus.
    Doakan dia bijak buat pilihan. Rasanya dia lebih selesa buat sendiri keputusan.
    Hehe lamanya IF. Good luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap NA. Bila dia meletup, saya pun takut. Huiii...aduh..
      Terima kasih, NA. Memang itulah, saya tak putus-putus doa untuk anak-anak ni.
      Terima kasih. Harap turun sikit la berat badan ni. I is gemuks already! :D

      Delete
  3. Selamat berhujung minggu Nur.
    Betul Nur, lain anak lain fe'elnya. Itulah istimewanya, Allah anugerahkan dengan keunikan masing-masing.
    Roti bakar telur goyang itu sedapnya Nur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap Amie.
      Memang sedap, Amie, dan mengenyangkan! :D

      Delete
  4. Betul kak nur. Kalo terbiasa IF pasti makan jadi terkontrol dan tak bisa banyak. Saya pun lakukan IF, palingan off kalo sedang traveling saja.

    Trakhir makan jam 8 makan, jam 12 siang baru makan lagi. Lebih enak seperti ini kan, jadi tak payah hitung kalori. ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat Fanny. Saya kalau traveling, susah mau buat IF. Tak boleh tahan, jumpa makanan sedap-sedap. :)
      Betul. Senang buat IF ni. Lagi pun sekarang banyak IF App yang kita boleh guna, untuk pantau aktiviti IF kita.

      Delete
  5. saya belum lagi buat IF dan puasa sunat juga susah nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat IF lebih mudah dari puasa sunat, pada pendapat saya, Encik Hanafi. Kalau IF, masih boleh minum air suam, sebab 0 kalori. Tapi sudah tentu, puasa sunat lebih baik, sebab dapat pahala.

      Delete
  6. hebat bisa intermitten fasting, saya sanggupnya puasa senin kamis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, itu lebih bagus, Encik Rezky.

      Delete
  7. selamat hari isnin nur!! lama x ke sini... on off je sy skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari Isnin, Kakmim! :)
      Oh, gitu.. sibuk ya?

      Delete
  8. Sekarang dah masuk musim hujan. Minggu lepas balik kampung di Johor hari-hari hujan, gerak ke Ipoh pun hujan, ni di Penang pun hari-hari hujan. Tapi syok…sejuk nyaman ๐Ÿ˜

    Moga Allah bantu permudahkan urusan anak kedua Nur. Betul, kalau pendiam memang susah kita nak berkomunikasi. Kalaupun tak dapat selesaikan masalah, kurang-kurang dapat legakan perasaan dengan berkomunikasi.

    Saya pun nak kena control makan minggu ni, seminggu makan mknn luar, terus naik berkilo ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Ujie. Sudah masuk musim hujan kan. Nampaknya saya kena ubah angin mula jump rope semula kot, sebab dah banyak hari tak boleh lari.
      Aminnn.. terima kasih, Ujie. Itu la, kita nak ajak dia luah perasaan pada kita, itu pun susah.
      Sekali-sekala, Ujie. Rugi la jalan, kalau tak cuba makanan luar, syedap-syedap! :D

      Delete
  9. wallaweiiiii roti bakar telur goyang tuuuuu๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿซฐ

    ReplyDelete