Baru keluar gua

 Lamanya tak update blog. Saya tak rasa nak menulis. Adalah terjadi beberapa benda yang tak best. Itu la yang saya 'masuk gua' tu. Entah. Rasa lebih selesa menyendiri. Bila bersama orang, orang kutuk saya. Ish, tak tahu la kenapa buruk benor sangka orang pada saya. Padahal saya tak berfikir begitu pun. Orang yang paling menyakitkan hati, adalah orang yang paling dekat pada kita. Bila jadi macam ni, saya lebih suka menjauhkan diri je. Tapi sebelum saya pergi, saya make point saya dulu. Bila point saya ternyata betul kerana disertakan dengan fakta yang logik dan boleh dipercayai, eh, boleh pulak dia 'corner' tang lain, tak ngaku silap. Heeee.... kelakor betullah perangai orang ni, tau. Lantak ko ler. Tapi hati saya sakit ler. Sebab orang dengan mudah cakap macam-macam pada saya. Sedangkan saya tak pernah cakap yang bukan-bukan pada orang. Saya sebelum berkata-kata, selalu fikir apa kesannya pada orang tu. Tapi orang lain simply cakap lepas pada saya. Terluka juga la. Terus menyendiri masuk gua. Aman sikit. Kat blog pun, tak ada mood untuk menulis. Itu la pasal saya senyap. Maafkan saya, ye. Terima kasih kepada pembaca blog saya yang email, bertanya khabar saya selama saya hilang, you know who you are. Saya sangat hargai. 💓 Terserlah terus sifat introvert saya. Huhu... ujian dari Allah. Sabor je banyak-banyak. Walaupun dalam hati saya, rasa macam nak terkeluor je ayat nak memulangkan paku dua keras pada pihak tu. Bagi sedas, bior padan muka. Tapi hakikatnya, saya tak macam tu. Kalau keluar juga, mau putus terus ikatan family. Itu ler rasa macam nak duduk dalam hutan je. Jauh dari orang. Trauma ler, dengan orang. Tolong doakan saya kuat, ye. Tajam sungguh kata-kata itu, kalah tajam pisau. Masuk gua kejap, salotape hati yang berkecai dan terluka. Ok la, tutup cerita benda tak best. Marilah kita cakap benda yang happy happy je. 

Rungila Runliga Malaysia Challenge 2023 sudah pun habis. Sebulan, dari 17 Ogos hingga 16 September. Ini lagi satu kenapa saya tak update blog juga. Penat lari, kumpul mileage. Dengan tugas di rumah dan jadi driver anak-anak lagi, jadi bila ada masa lapang, saya terbongkang je la depan tv, rehat. 

Hari-hari lari 15km, di bulan Ogos, lepas Runliga bermula. 

Mula-mula memang boleh buat 15 km, setiap hari. Lepas tu, lutut dan buku lali saya keluarlah tanda-tanda, macam kereta nak rosak kan, dia ada keluar tanda-tanda kan. Tak kan la saya nak tunggu rosak kot. Saya pun slow down la lari. Tak mampu wei.... jadi, tak tercapai la target saya untuk mengatasi Runliga 2021, iaitu sejauh 415 km. Apa nak buat. Dah tua. Kena bagi kaki rehat.

Jarak Runliga 2023, 357.9 km.

Alhamdulillah, jadi la. Banyak tu je dapat menyumbang untuk team saya, Malaysia Women Runners. Target individu, saya ambil 25 km saja. Target untuk potong rekod peribadi 2021 tak tercapai. Gitu ceritanya. Kaki nak pakai lama, kena dengar bila badan bersuara. Tapi team saya berjaya dapat Gold tahun ni! Malaysia Women Runners duduki tempat ke-10 dari 144 team yang masuk Runliga tahun ni. Ok la kan, group perempuan semua pulak tu. Yay! Alhamdulillah.

Nanti saya cuba blogwalking slow-slow ya, ke blog kawan-kawan, bila free sikit. Korang pekabo? Sihat ke? 

Jumpa lagi. 😊

20 comments:

  1. Sayapun kalau ada perkara tidak seronok berlaku masuk gua juga.
    Ya masa untuk memilih kesejahteraan perasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sama kita, NA. Betul tu. Kalau kita tak jaga hati kita, siapa lagi nak jaga.

      Delete
  2. Wah kita sesama introvert jugak ternyata 😀,memang kalau ada yg bicara gak enak dan ceplas ceplos suka bikin sakit hati ya, apalagi tipe yg perasa kayak saya, mau marah susah jadinya lebih baik diam saja, menghindar dari pada terluka 😁..semangat lagi ya lari dan ngeblognya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita ye, Mreneyoo. Betul. Lebih baik diam, takut nanti jadi lebih keruh keadaan. Mekasih ya.

      Delete
  3. sekali sekala masuk gua ok juga..nasihat saya ingat akhlak Rasullulah..orang buat jahat dan kita balas balik dengan kebaikan..cubalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan cuba praktikkan. Terima kasih atas saranan Encik Hanafi.

      Delete
  4. Sama Kak Nur, Mbul pun anaknya perasa dan introvert. Makin ke sini Mbul juga pilah mana circle pertemanan yang cara bercakapnya baik baik saja, saling support sesama teman, bukan hobi mencari cari terus kelemahan orang lain untuk dikomentari sesuka hati atau suka berburuk sangka. Jika bertemu yang demikian lebih baik menghindar dan memaafkan lalu melupakan...Daripada hati jadi serba salah, karena apa yang kita lakukan sebaik apapun selalu salah di mata yang ga suka, jadi mendingan cari pertemanan yang mau menerima kita apa adanya hehe
    Semangat menulis lagi kak terlebih post lari kak nur sangat menginspirasi Mbul juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Mbul. Kalau orang tak suka, apa kita buat pun salah di matanya. Oh, ye ke... baik, Insya-Allah, saya akan terus menulis. Terima kasih, Mbul ya.

      Delete
  5. Nampak Nur komen kat blog sy smlm.. welcome back, Nur. Ingatkan, takkan sakit sangat kakinya smpi tak ter-update blog. Rupanya hati yg sakit, semoga lukanya segera sembuh ya Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, SK. Aminn... sudah sembuh. Alhamdulillah.

      Delete
  6. Welcome back Nur! Saya fikir Nur sedang fokus mengait, kot ada projek besar kena fokus lebih.

    Tahniah Nur & team berjaya dapat Gold 👏🏽💪🏼
    Hebat tu tempat ke-10 daripada 144 team.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ujie. Hehe.. takde pun projek kait besar. Masih mengait untuk hadiah pengomen hujung tahun. Hehe..
      Alhamdulillah, terima kasih. Entah team mates semua jenis kaki besi, hari-hari lari long distance.

      Delete
  7. sesuka hati je mereka mengata kita kan...jauhkan diri dari org2 toxic...tahniah, dapat 300++ km...best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah, nohas. Tak mau dekat dengan orang-orang macam ni.
      Alhamdulillah. Terima kasih, ye.

      Delete
  8. Saya beberapa kali mampir ke blog kakak, tapi selalu tak ada update. Terpikir memang, apa Kaka sakit. Karena kali trakhir menulis ttg kaki yang sakit. Syukurlah dah balik semula menulis di blog.

    Wajar kok, di saat hati tak enak,pikiran serabut, kita pasti memilih untuk menyendiri. Sebenarnya itu juga yg saya lagi lakukan di IG. Saya off sementara, Krn merasa tak lagi temukan excitement di sana. Tapi saya tak bisa lepas dari blog dan FB. Karena blog sarana saya untuk refreshing, untuk hilangkan jenuh , dan lepas kesedihan. Saya pasti balik ke IG, tapi masih belum tahu kapan 😁

    Orang yang menyakiti hati tuh, dah laah, serahkan saja semua ke Allah kak. Hanya Dia yang tahu apa yang benar terjadi. Kaka fokus dengan hal lain yang bisa alihkan pikiran 🤗

    ReplyDelete
  9. Terima kasih, Fanny, sudi datang, walaupun tiada entri baru di blog. Huhu.. baik. Ye, betul cakap Fanny. Baik fokus pada benda lain yang buat kita happy, kan. :D

    ReplyDelete
  10. Patut la lama Nur senyap je. Hmm.. mulut org ni mmg di luar kawalan kita. Orang toksik macam tu Nur elakkan je la dari jumpa. Saya skrg ni buat macam tu, sbb nak jaga kesihatan mental dan emosi diri-sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Carneyz. Memang tak mau dekat dengan orang macam ni.
      Betul. Baik solo, lebih tenang.

      Delete
  11. setahu sy yg dududk gua ni fans Man Utd je hahahaha

    org mcm tu abaikan je tak de faedah pun kita amik tahu atau care psl diorg... merosakkan circle positif kita je nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... saya bola pun tak minat, Anies.
      Ye, betul cakap Anies.

      Delete