Warrior Run 2023

 Sabtu, 12 Ogos 2023 - Sebelum pukul 6 pagi, sudah bertolak dari rumah. Masuk waktu Subuh bagi daerah Manjung adalah pukul 6.04 pagi. Parking kereta depan bus stop Esplanade Lumut. Bentang tikar dan sejadah, check arah kiblat. Wuduk dah siap ambil dari rumah. Solat kat bus stop saja. Tak pergi ke masjid untuk solat, sebab nanti kena berulang jauh ke kereta. Standby pakai telekung siap-siap. Masuk waktu, terus solat. Pastu jalan kaki ke tempat berlepas. 

Ambik gambar sebelum berlepas.

Sepatutnya, berlepas pukul 6.20 pagi. Tapi, lambat beberapa minit. Tak kisah la tu, sempat buat aktiviti memanaskan badan dulu.

Terima kasih kepada encik suami, yang selalu hantar dan tukang ambil gambar masa acara larian. Berikut video encik suami ambil semasa baru berlepas.


Cuma 3 kilometer je lalu pekan Lumut. Selebihnya, laluan dalam pengkalan TLDM Lumut. Berikut peta larian saya.


Yang saya bulatkan dalam peta di atas, adalah kawasan yang lalu 2 kali. U-turn di kawasan anak panah hijau tu, di situ, krew beri gelang untuk pakai, sebagai penanda. Lari lagi, satu pusingan lagi. Sampai lagi di kawasan anak panah untuk u-turn, dapat lagi gelang kedua. Kemudian, baru proceed keluar dari pengkalan TLDM, dan menuju semula ke tempat permulaan.

Saya kecewa dengan diri sendiri, sebab saya tak mampu berlari sepanjang 21.1 kilometer tu. Pertama kali. Kalau tak, acara half marathon lepas-lepas, saya boleh je lari tanpa henti, dari awal sampai akhir. Kali ni, bila sampai 15 km, saya alami sakit di bahagian tapak kaki. Ada ketika, saya cuba juga slowjog. Tapi, tak boleh lama, sakit. Last-last, saya jalan laju je untuk 6 kilometer terakhir. Kasut saya rasa ketat. Kaki saya mengembang. Tak sesuai la pakai Brook Ghost 15 ni, untuk larian jarak jauh. Jari-jari rasa ketat. 

Gambar suami ambil.

Gambar atas, masa nak menuju ke garisan penamat. Saya jalan je. Tak boleh lari dah. Sakit tapak kaki kanan.

Masa nak ke meja urusetia, ambil baju finisher dan goodies, rasa nak cramp kaki. Tapi boleh tahan lagi, sebab saya masih berjalan. Suami tolong pi kedai runcit, beli air coke dan chocolate. Saya dah tak larat. Habis tenaga. Saya rasa, macam saya dah tua untuk masuk event road run yang competitive macam ni.

Duduk sat. Alhamdulillah, selamat sampai.

Nampak tak barisan di belakang saya tu? Itu kategori 5 kilometer, tengah beratur untuk ambil baju. Nasib baik untuk kategori half marathon, tak ramai macam tu. 

Lepas rehat sebentar, saya dan suami berjalan ke tempat parking. Balik rumah.

Sampai rumah, terus kaki saya cramp. Bila buka kasut. Jari kaki mengerekot, macam orang cacat. Jari tengah kaki pergi ke belakang jari manis (eh, ada ke jari manis untuk kaki?) ala, jari sebelah dia la, sakit tegang sampai ke betis. Hahaha.... lantak ko la kaki, ko nak cramp, nasib baik ko cramp kat rumah, bukan masa lari tadi.

Goodies dan baju

Ada 2 helai baju, iaitu baju event dan baju finisher. Selain 2 helai baju, dalam drawstring bag tu, ada roti, air kotak dan medal. Yang saya tunjuk dengan anak panah merah tu, adalah 2 gelang yang saya dapat masa buat 2 loop larian dalam pengkalan TLDM.

Close-up sikit medal.

Berikut adalah keputusan larian saya.


Alhamdulillah, selamat habiskan 21 kilometer. 

Kategori women veteran (40 tahun ke atas), saya dapat nombor last! 4 orang je pun women veteran yang ada.

Dari segi jantina perempuan, saya tempat ke 11 dari 13 orang.

Dari segi keseluruhan, saya dapat tempat ke 54 dari 56 orang yang lari half marathon. Tak ramai pun orang. Nampak benor ramai perantau yang pulang ke negeri masing-masing, mengundi di hari larian.

Masa saya habiskan 21 kilometer adalah 3 jam 9 minit. 

Sijil penyertaan

Saya suka masa lari dalam navy base tu, sebab di setiap simpang, ada polis tentera jaga. Ada ketika masa saya hanya mampu berjalan, saya cakap pada diri sendiri, alamak, bagilah kereta lalu dulu, sebab aku slow ni, tak boleh lari. Tapi polis tentera tu, still hold traffic, nak bagi kita lepas dulu. Banyak simpang macam tu. Saya rasa sangat selamat berlari dalam navy base. Ada 2 laluan, seperti jalanraya biasa, yang di tengah-tengah ada divider jalan. Dia tutup laluan kiri, khas untuk orang yang berlari. Jadi, traffic berjalan belah kanan saja. Kredit kepada pihak penganjur, polis dan semua yang menjaga trafik. Terbaik!

Lepas tu, sebab saya antara yang terakhir, ada 2-3 kali motor crew penganjur, berhenti sebelah saya, tanya saya ok tak? Ok! Saya jawap, sambil senyum. Walaupun slow, mana boleh mengalah, wei. Sakit kaki tu, kita tolak ke tepi. 

Syukur Alhamdulillah, saya berjaya habiskan larian sebelum cut-off time, iaitu 4 jam. Pertama kali saya masuk half marathon, saya alami sakit kaki, sampai tak boleh lari.

Saya tahu, saya kena apa, sebab saya pernah alami sakit di bahagian tapak kaki begini, dulu-dulu.

Plantar fasciitis

Saiz kasut saya tak sesuai untuk long run. Kaki makin besar. 

Memang kalau kita lari hari-hari, kaki kita boleh besar, tau. Untuk kasut lari, kita tak boleh pakai saiz yang kaki kita ngam-ngam. Contoh, kalau sedap test kasut lari saiz 6 UK, jangan beli saiz 6 UK. Belilah saiz 6.5 atau 7 UK. Kena 0.5 atau 1 saiz lebih besar. Sebab, bila kita lari jarak jauh, kaki kita akan berpeluh dan mengembang.

Bila saya tengok kasut yang saya baru beli ni, siap turun warna insole tu pada stokin saya. Saya tak pernah beli kasut yang warna dia turun, tau! Rasa macam dah kena scammed dengan kedai kasut pun ada. 

Walaupun saya rasa gembira dan bersyukur sebab dapat berlari jauh juga, dalam acara larian, tapi ada rasa sedikit kecewa la, sebab saya tak boleh buat baik macam sebelum-sebelum ni. Apa pun, saya fikir positif, dan akan ambil langkah yang sepatutnya, sebab saya ada masuk lagi event, bulan depan, di Ipoh pula. Memang kena beli kasut lain. Biasa la, dalam dunia larian ni, ada hari kita ok, ada hari, larian kita tak ok. 

Atau mungkin juga saya kena terima hakikat yang saya dah tua. Kalau tahun lepas, saya boleh buat half marathon dengan masa kurang 3 jam, sekarang mungkin dah tak boleh. Saya cuma nak lari happy-happy. Tapi bila kaki sakit, camana nak happy? Masa ni la, saya respek dengan orang-orang tua yang sudah lanjut usia, tapi masih berupaya untuk habiskan marathon. Macam dalam Standard Chartered 2019, ada uncle umur 82 tahun boleh habiskan full marathon, 42 kilometer. Giler punya kuat! 

Saya terima keputusan ini dengan fikiran terbuka. Alhamdulillah. Selamat. 

Sebab saya pernah kena plantar fasciitis ni dan boleh baik, nanti lain kali, saya akan cerita camana saya atasi sakit kaki ni, ye. Hari ni pun, dah kurang sakit. Insya-Allah, tak lama lagi akan ok.

Orait, jumpa lagi. 😊

22 comments:

  1. Tidak sangka pertama kali sakit tapak kaki.
    Harap larian akan datang tidak kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, NA. Saya pun ingat dapatlah lari enjoy enjoy, tapi kena habiskan dalam tahan sakit. Aminn... harap-harap begitulah.

      Delete
  2. Apapon tahniah kak! Kalau Cuya lagi la tak larat nak lari2 mcm ni.. padahal muda lagi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Cuya. Hehe... Cuya pun boleh buat juga, jika ada minat. :)

      Delete
  3. Hebat sangat dah ni untuk empat puluhan ke atas. Jangan mengalah, lain kali join lagi. Suami tak ikut serta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Insya-Allah. Alhamdulillah.
      Suami saya sejak kemalangan motor, operate ACL, PCL dan MCL yang putus, dah tak boleh lari dah. Kalau tak dulu-dulu, dia join juga saya masuk event.

      Delete
  4. tahniah nur... comel je nur ni la... ride basikal pun boleh sakit² badan apatah lari long distance mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Kakmim. Ha ah, kena recovery 1-2 hari. Hari ni, dah ok. Alhamdulillah.

      Delete
  5. Selamat yaaa..sudah berjuang..apapun hasilnya tetap membanggakan..😀👍

    ReplyDelete
  6. wahh, encik suami tak join sekali erk.,
    btw, wak penah keje kat dlm boustead tu dan penah kena halau sbb salah masuk pintu kat KFC tu dan kena drive ke pintu yg kt marina tu., punyela jauh ., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya dah tak boleh lari, Wak, sejak dia accident motor 2 tahun lepas. Sebelum accident, dia join saya masuk event jugak.
      Laa... ye ke? Saya pun baru pertama kali masuk. Nampak bousted naval, ada company lain lupa nama, kuil pun ada dalam tu, yek. First time masuk. Hehe.. Tapi boleh je, tembus tempat sama, masuk dari mana-mana pintu pun. Dia dah khaskan kot.

      Delete
  7. kuat semangat akak ni...kagum saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap semangat je kuat, Afzan. Badan dah tak larat dah. Alhamdulillah.. suka lari punya pasal.

      Delete
  8. Wow…21 km! Nur warrior, berjuang ke detik terakhir.
    Tahniah Nur 👏🏽

    Lately pun saya rasa kaki kembang, kasut jalan-jalan yang biasa pakai terasa sempit. Macam tak percaya pulak kaki boleh kembang/membesar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie. Alhamdulillah.
      Betul. Yang rasa je boleh tahu camana. Dulu saya punya saiz kasut 5.5 UK. Sekarang dah kena beli 6.5 UK, Ujie. Kaki membesar. Huhu...

      Delete
  9. walau apa pun sy tetap nak ucapkan tahniah👍👍👍 hebatttt dlm keadaan sakit pun tetap semangat smpi ke garisan penamat!💪💪💪 kena aim kasut baru ke mcm mn lps ni?🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Anies. Kita kena habiskan apa yang kita mula. Ye, Anies, nampak gaya, kena beli kasut baru.

      Delete
  10. Saya tak pernah lari jarak sejauh itu, jadi paham kalo kaki bisa mengembang saat lari jarak jauh. Tapi dipikir, beberapa kali traveling dan saya banyak jalan, kaki memang terkadang sakit kalo terlalu lama. Mungkin itu juga Krn kaki mengembang ya kak

    Congrats dan selesaikan jarak sejauh itu 🎉🎉🎉. Yg penting bisa capai garis finish dan waktunya pun masih okelah utk usia kepala 4 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny. Saiz kasut juga bertambah, bila sudah bertahun-tahun jadi runner. Kaki membesar.
      Terima kasih, fanny. Alhamdulillah, selamat sampai before cut-off time.

      Delete
  11. Sy beberapa kali jugak kena macam tu Nur, cramp jari kaki. Mmg betul, jari telunjuk pergi belakang jari manis. Biasa jadi begitu kalau sy tiba² aktif bergerak sana sini, adoiii.. rasa cramp dunia sy.

    Sy ada kenalan umur 50 - 60 perempuan masih sertai acara marathon. Kagum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit kan, SK, bila kaki cramp. Huhu...
      Hebat kenalan SK, walau sudah lanjut usia, masih sertai acara larian.

      Delete