Warung Abang Mad Roti Canai

 Khamis, 27 JamadilAwal 1444 Hijrah.

Saya punya plan, dalam seminggu, jogging 6 hari sahaja. 1 hari, kita rehat. Tapi, disebabkan pagi tadi rasa malas nak mampus, jadi hari off esok, kita carry forward kepada hari ini. Esok kita jogging ye, kalau cuaca tak hujan, Insya-Allah.

Suami ada, dia kerja shif petang. Ape lagi, marilah kita pergi makan roti canai! Kikiki...


Pukul 7 pagi, gelap lagi, masa sampai. Tapi, dah ada orang makan. 

Langit yang mendung

Warung Abang Mad Roti Canai terletak di Kampung Permatang, Manjung. Boleh sambil makan, sambil tengok nelayan turun ke laut. 


Saya pesan roti canai sekeping, bersama kuah kari kambing. Saya suka kari kambing dia. Kuah pekat. Daging kambing lembut. Rasa macam makan lamb chop pun ada. 😋

Sementara suami pesan roti canai juga, dengan kuah kari biasa.


Tu, dari kejauhan kelihatan 2 buah bot sedang on the way pergi menangkap ikan. Ada chalet sini, saya perhatikan. Selain di Kampung Sitiawan, di Kampung Permatang ni juga tempat para kaki pancing sewa bot. Selalu nampak beramai-ramai, sorang bawa 2-3 batang pancing.

Berbalik kepada sarapan, ingat cukup sorang makan sekeping roti canai? Dasar ahli kelab mentekedarah, pesan lagi makanan lain.


Pesan nasi goreng kampung. Share-share ler makan. Besor tu, portion nasi goreng dia. Saya minum air kopi panas.

Selain roti canai pelbagai jenis, sini juga ada makanan goreng-goreng, kuih-muih, pulut kuning dengan rendang ayam (pun sedap, wei... 😋), mee sup, mee kari, macam-macam lah.

Silalah singgah sini jika anda berkunjung ke Manjung, ye. Udah datang Lumut bercuti pi Pangkor, ini adalah satu satu port sarapan sedap yang anda harus cuba.

Warung Abang Mad Roti Canai buka setiap hari, cuti setiap Jumaat.

Jumpa lagi... 😊

14 comments:

  1. Jogging 6 hari seminggu, taklah rasa bersalah makan roti canai kari kambing dengan nasi goreng. Aduh, bila la sy nak start lari ni 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak, SK. Tapi tu la, kena kuatkan semangat pergi berlari, sebab hobi saya, suka makan banyak. :D

      Delete
  2. Hehe kari kambing. Teringin pula hendak rasa yang Pak Mad punya.

    ReplyDelete
  3. bestnya sambil makan boleh menikmati pemandangan sungai. lapar sungguh Nur ye, tak cukup sekeping roti canai tambah lagi nasi goreng kampung hehe. Takpe, esok boleh pegi jogging bakar lemak. Kami ni pulak bila la nak pegi bakar lemak hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang camni, Carneyz. Nafsu makan bergelora.
      Carneyz tak payah bakar lemak, tengah berbadan dua. Kena makan makanan berkhasiat ye, untuk dua orang. Hehe..

      Delete
  4. Setuju! Roti canai (apalagi kalau garing) + kuah kari kambing = best! ;)

    ReplyDelete
  5. sy biasanya mkn roti canai sardin utk dinner. mlm2 x makan yg berat2 dah. Cantiklah template blog baharu ni. Nampak kemas n menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu, Abam Kie, roti sardin.
      Terima kasih, bang. Naik juling juga biji mata cari template blog baru yang menepati selera. :)

      Delete
  6. Syoknya sarapan pagi kat tempat gini. Boleh menikmati suasana.

    Saya pun ikutkan tak cukup tau setakat roti canai sekeping. Tapi itulah sedar diri tak bersenam selalu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie. Memang aman damai rasa bila makan di sini.
      Ujie jauh lebih baik dari saya, boleh control makan. Saya langsung tak sedar diri. Huhu...

      Delete
  7. wahh..nasi goreng kpg nya banyak sayur...best!

    ReplyDelete