Demam, layan Gudetama

 Ahad, 1 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Cuti umum. Hari Krismas.

Semalam satu hari tak keluar rumah, sebab tak sihat. Hari ni, ada kederat sikit. Sebelum Subuh, sudah siap mandi. Hujan. Sarapan di mamak kampung Acheh.


Pesan tosei garing dengan air nescafe o panas. Suami pun sama. 

Dari semalam suami ajak pergi klinik. Tapi semalam betul-betul tak larat. Hari ni baru rasa nak pergi. Itupun sebab hingus cair. Bila solat, air hidung keluar laju, tak boleh ditahan-tahan. Susah ini macam. Baiklah pergi ambil ubat.

Ruang menunggu dalam klinik

Jarang-jarang pergi klinik 24 jam ni. Sampai pukul 8.30 pagi, takde orang, doktor sampai pukul 9, nurse meja depan cakap. 

Setengah jam, sekejap je. Saya masuk dulu, pesakit pertama. Terkejut saya, dia panggil nama guna microphone, ada loud speaker, tapi tak nampak pun speaker-nya. Dah la suara jantan, macam Jamal Abdillah. Kus semangat. 

Nama, nombor bilik 4. Tuju sana. 

Sakit apa, Puan?

Demam, batuk dan selsema. Sejak semalam. 

Pernah kena covid?

Tak pernah.

Nak check covid?

Saya check kat rumah je la, doktor. 

Doktor senyum.

Minta ubat selsema paling kuat. Nak baik cepat. Esok nak nyongket Kolumpo.

Demam, tapi tak tinggi suhu. Lepas ambil ubat, pusing pekan Lumut. Singgah kopi 989, tapau kopi. 

Balik rumah, buat test covid. Negatif. Alhamdulillah. 

Ok sikit hari ni, banding semalam. 2 hari sudah tak jogging.

Saya ada tengok satu cerita kat Netflix ni. 


Comel sangat. Gudetama - An Eggcellent Adventure

Gudetama tu, sebiji telor. Cerita real, bukan kartun. Eh, maksud saya, telor dan anak ayam tu ye la, animasi, tapi sekeliling mereka, orang betul, bukan kartun. Saya bila tengok info dia, ada 10 episod, sudah rasa malas nak layan. Tapi satu episod cuma 12 minit, jadi, sekejap je. Kalau ada budak kecik kat rumah, cuba pasang cerita ni. Sebab budak-budak suka kot. Walaupun dia dalam bahasa jepun. Ada sarikata. 

Cerita pasal Gudetama, sebiji telor, dengan kawan dia, seekor anak ayam baru menetas dari telor, Shakipiyo, dan pengembaraan mereka dalam cari mak dia orang, seekor ayam. 

Comeiiiiii sangat! Bila kita tengok benda bulat, rasa geram, nak picit-picit. Macam tu la, bila tengok cerita ni. Hiburan ringan. 

Bukan semua orang boleh nampak si Gudetama ni bercakap. Bagi orang yang tak boleh nampak, dia cuma nampak Gudetama sebagai sebiji telor mentah. Tapi bagi kita, dia boleh bercakap. Dia suka minum kicap. Suka buat posisi malas, terlentang, pegang kaki, atas telor putih dia tu. 

Kawan dia si Shakipiyo setia teman dia, macam-macam halangan depa tempoh. Terpisah. 

Ada sekali, si Gudetama jatuh dari tingkat 43 ke, tingkat berapa, saya dah lupa, bangunan tinggi. Masa dia jatuh, kawan dia turun tangga, nak kejor dia. Sebab masa tu, Shakipiyo tak tau nak naik lif. Hehe.

Masa on the way jatuh tu, si Gudetama siap boleh tegur orang dalam bangunan. Ada yang dia terserempak telor dalam sandwich orang, siap borak dengan telor sandwich tu. 

Comei, ok. Apakah penghabisannya? Dapatkah dia orang jumpa mak dia orang? Sila tengok sendiri. Hehe...

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

12 comments:

  1. Aduh saya masih tidak sembuh,-sembuh takkan Covid lama sangat. Itulah ingat hendak pergi ke klinik cakap batuk dan selsema tidak baik-baik.
    Harap Puan Nur sihat dapat menyongket ke KL. Pergi manalah ya kawasan KL luas juga.
    Unik telur minum kicap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ubat tak serasi dengan badan kot, NA. Saya dah berhenti makan ubat klinik. Ambik madu je.
      Rancangnya, tinggal di Jalan Ampang, depan KLCC, tapi tak pergi, cancel.

      Delete
  2. semoga semakin cergas dan sihat ....hati perlu tenang selalu kerana antibodi sangat dipengaruhi oleh ketenangan hati..dalam masa yang sama kekalkan aktivti kecergasan tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi.
      Saya akan cuba, Encik. Insya-Allah.

      Delete
  3. semoga cepat sembuh Nur. skrg musim selsema, saya yg dah ambik vaksin pun kena juga walaupun tak teruk. selamat bercuti ke kolumpo ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih, Carneyz.
      Tak pergi KL pun.

      Delete
  4. Kalau saya pun terkejut, panggil nama kita guna mic 😅
    Moga Allah kurniakan kesembuhan buat Nur. Masih di KL atau dah balik ni? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Mekasih, Ujie.
      Saya tak pergi KL pun. Huwaaa.....

      Delete
  5. Dah lama dah saya tak datang blog akak. Dah wajah baru lah :). Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik yaaa. Sekarang memang musm demam, saya pun ada demam dua hari. :')

    ReplyDelete
  6. besar kliniknya, sbb tu guna mic kot..hihi..take care Nur...mcm best je citer Gutetama tu, boleh layan cuti2 ni..

    ReplyDelete