Resepi Sotong Masak Hitam

 Selasa, 25 JamadilAwal 1444 Hijrah.

Hari tu, saya terbaca di blog Dana, resepi sotong masak kicap. Kebetulan, saya pun masak sotong juga. Dah lama sangat saya tak beli sotong. Sebab asyik jumpa sotong kecik je. Hari tu, pergi pasar, boleh terjumpa sotong boleh tahan besor saiznya. Satu kilo, RM32. Saya beli setengah kilo, dapat 5 ekor sotong. 😊 

Di sini, saya nak share lauk kegemaran saya sejak kecil lagi, iaitu sotong masak hitam. Kalau arwah mak masak dulu, mesti bertambah nasi. Kali kedua tambah nasi, kalau tinggal kuah hitam sikit dalam pinggan, siap gaul sampai licin pinggan tu. Oh, jelesnya waktu itu, makan nasi 2 pinggan pun badan cikeding jer.

Sotong Masak Hitam

Bahan-bahan:

Sotong

Air asam jawa

Minyak masak, garam atau maggi cukup rasa.

Cara Memasak:

Kuah sotong tu, hitam, bukan dari kicap, tapi dari dakwat sotong yang hitam tu. Sila refer gambar di bawah.


Masa siang sotong, perlahan-lahan, tarik keluar kepala sotong dari badannya. Buang tulang dia yang color transparent tu. Yang saya bulat dalam gambar di atas, dia punya pundi dakwat sotong tu la. Jangan bagi pecah. Basuh sotong pun hati-hati. Di kepala sotong tu pun, ada satu benda bulat keras, yang boleh dibuang. Tapi saya buang masa nak makan. Kalau nak buang masa sebelum masak pun, boleh jer. Potong kat bahagian mata sotong tu, dan keluarkan.

Simple sesangat resepi sotong masak hitam saya ni. Tak payah bawang dan cili. 

Ambil kuali, panaskan. Letak minyak masak ikut suka hati anda. 😁

Masukkan sotong bila minyak sudah panas.

Hati-hati ye. Meletup, kau, kalo api besor.

Kacau, kacau, kacau. Dan automatik, dakwat sotong tu pun akan pecah dan keluar, jadi seperti gambar di bawah.

Dah hitam kuahnya.

Bolehlah masukkan air asam jawa. 

Kalau guna asam  jawa paket, ambil lebih kurang saiz ibu jari kita. 

Kalau guna asam jawa extra, sikit je, setengah sudu kecil pun dah ok.

Masukkan garam atau maggi cukup rasa.

Kacau hingga mesra. Dah menggelegak, tutup api. Sat je masak sotong ni. 

Siap, sotong masak hitam. 😋

Itu la dia, lauk kegemaran saya, sejak zaman budak sampai ke tua.

Saya pernah terbaca dulu, yang ada pihak mengatakan, macam tak elok makan ink sotong yang hitam tu. Siapa pernah baca dulu? Saya pun dah lupa. Terpulang lah ye. Lagipun lauk ni, bukannya masak selalu. Udah jadi macam daging, mahal harga sotong. Hari-hari telor juga ada makan. 😁

Baiklah. Selamat mencuba. 

20 comments:

  1. Pernah dengar pasal dakwat sotong tak boleh makan. Tapi saya pernah makan sotong masak dengan dakwatnya. Bukan selalu. Adalah sekali dua sahaja. Sedap rasanya kan Nur.

    ReplyDelete
  2. senang je ye resepinya..saya belum pernah makan sotong masak hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, jarang jumpa di kedai, orang jarang masak guna dakwat sotong, banding sotong masak kicap.

      Delete
  3. Berlainan sikit cara Sotong Masak Hitam kita, tapi ia juga makanan kesukaan sy. Samalah dulu2, suka nau gaul nasi dengan baki kuah hitam tu. Sy jugak suka curi sotong dalam periuk sebelum makan, sampai sekarang mak sy tak tahu, hahaha. Atau dia buat2 tak tahu aje kot, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sama kita ye, SK. Hahaha.. curi sotong.

      Delete
  4. Pernah makan makcik buat. Puan Nur tidak kerat badan sotong jadi gegelang.

    ReplyDelete
  5. simple betul resipinya, tak perlu bawang pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Carneyz. Memang mak saya ajar macam tu. Kalau nak tukar tumis bawang dan cili dulu pun, ok jer.

      Delete
  6. Replies
    1. Ye, Ujie, macam ni la yang arwah mak saya ajor.

      Delete
  7. 4 bahan je, senang bebeno...tak pernah masak sotong dgn ink dia sekali, kena cuba nih..

    ReplyDelete
  8. sedap je sotong masak hitam camni., ;p

    ReplyDelete
  9. sotong bukan kegemaran saya sebenarnya kerana risau warna secair hitam tu...macam pelik jer walaupun rasa ,memang sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Hanafi macam sorang anak saya, dia kurang suka sebab warna hitam tu. Hehe..

      Delete
  10. Kalau umh sy, sotong masak kicap je budak mkn kalau masak gini entah mkn ke idok... tp sy pn x pernah jugak merasa sotong masak hitam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Kakmim. Tapi anak saya sorang kurang suka, sebab kuah dia hitam. :D

      Delete