Jogging nampak kuda

 Isnin, 24 JamadilAwal 1444 Hijrah.

Setiap hari, kita buat keputusan. Minggu cuti sekolah lagi. Boleh sambung tidor lepas Subuh, atau keluar pi jogging. Hari ni, saya beat my malas dengan masuk kereta, pergi jogging. Baik, berusaha!

Bila dipelawa, anak bongsu tak mahu ikut, jadi pergi sorang. Saya sudah mula dengar lagu guna aplikasi Spotify bila berlari. Dulu, saya jarang sangat sumbat telinga dengan earphone ni. Tapi saya dapati, lagu boleh buat saya lebih fokus ketika berlari, saya ikut beat lagu. Jadi saya create playlist lagu lari, iaitu lagu dengan 170-180 beat per minute. 

Tapi volume tu, tak lah kuat, sebab lari di jalanraya. Walaupun bukan jalan utama. Kalau pakai baju hitam, saya cuba pakai tudung kaler terang, supaya kereta boleh nampak saya. Walaupun saya bukan suka sangat tudung warna terang ni, sebab saya kuat berpeluh. Dua tahun lepas, boleh lari sampai 11-14 km setiap kali beriadah. Lepas tu, turun ke 10 km setiap hari. Sekarang ni, buat 7 km pun dah penat dah. Faktor usia. Sejak saya baik demam tu, ha ah, masa saya diam diri tak update blog tu, saya demam lagi. Demam main hujan. Test covid, negatif. Tapi badan tu rasa bisa-bisa, macam flu. Sakit urat. Cuma kadang rasa kuat, kadang rasa tak berapa kuat. 


Bila lalu di laluan yang ada banyak beruk, baik elak, cari laluan lain. Kalau ada sikit beruk, boleh tahan lagi. Jangan tengok beruk, jangan ada eye contact, buat macam tak nampak depa. Buat macam tengah fokus lari. Jadi beruk pun akan buat dunno kat kita. Itu yang saya dapati ler, hasil pemerhatian saya. Jangan pi dekat kawasan beruk. Jangan bagi dia terkejut. Jangan provoke, acah-acah halau ke. Melainkan jogging dengan suami saya, dia suka bawa tongkat buluh. Jadi beruk bila dengor hentakan buluh tu, biasanya dia lari. Saya kurang suka bawa buluh tu. Udah macam cerita Do Re Mi pulak, buluh betung. Eh, buluh runcing cucuk Menteri Pasola tu pun bukan. Tapi, buluh tumpat, buluh takde lubang di tengah, bukan macam buluh lemang tu. Hehe... Kacau nak lari. Macamana nak lari, sambil bawa buluh?  

Kalau ada swords carrier, macam cerita Walking Dead tu, yang Michone tu bawak tu, ok jugak.


Cuma instead of pedang, kita letak buluh kat belakang. Jadi bila keadaan memerlukan, kita keluarkan buluh dari belakang, yah..! Dush, dush..! Hehe.. ok, dah merepek. 

Tapi, ada runner pakai macam tu tau, bila lari kat event. Ninja runner nama dia, kalau tak silap. Dia pakai niqab dan belakang dia ada macam alat dalam gambar di atas tu la. 😁

Berbalik kepada larian pagi tadi, selamat, buat 7 km. Lepas tu masa buat cooling down, ternampak macam kelibat kuda di balik pagar. Jadi, saya berjalan sekejap, nak tengok dari dekat.


Ooo... akan dibuka, petting zoo, kat Teluk Batik ni. Selain kuda padi bawah pokok, saya rasa, saya nampak burung merak. Aik.. boleh pegang ke burung merak ni? Belum siap, laluan berjalan kaki di petting zoo tu, sedang dalam pembinaan. Kita tunggu dan lihat binatang apa lagi akan ditambah. Arnab sudah semestinya la, ye tak.. 

Balik rumah, tanya anak bongsu, dia nak main badminton tak. Dia kata, on. 


Jadi, riadah hari ini adalah, lari 7.56 km, jalan 0.28 km dan badminton, 20 minit, bersama anak bongsu.

Tahukah anda, badminton adalah sejenis senaman cardio yang merupakan total body workout? Masa saya mula main, sakit tangan saya. Anak bongsu dah biasa main di sekolah. Cuma saya dah lama tak main. Baru-baru ni, start cuti sekolah bulan Disember ni, anak ajak main. Jadi, saya pun belilah set raket dan bulu tangkis mur-mur. Ok ler, buat peluh. Lenjun juga, tau, kalau kita main sekurang-kurangnya 20 minit. Lagi satu, kalau kita main hari-hari, saya dapati, kita boleh jadi terer, tau. Dulu saya tak boleh ambil kalau orang smash saya bola laju. Tapi sekarang saya dah boleh ambil dah, walaupun bola bawah. Menunjukkan melalui praktis, kita boleh jadi terer! Chewah, padahal baru main seminggu jer. Cer korang try.. hehe.. 

Baiklah. Sekian cerita riadah hari ini. Jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. Dulu2 masa duduk di Sarawak saya jogging dari rumah ke tepi pantai (jarak dalam 12km pergi-balik). Nak jog jarak jauh saya kena dengar muzik sbb kalau tak saya akan fokus kat rasa penat je hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajinnya Carneyz dulu. Jauh tu. Hehe.. setuju, muzik membantu semasa jogging.

      Delete
  2. Ada zoo usap binatang tidak lama tidak jauh dari rumah ya.
    Lama tidak main badminton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Tambah satu lagi tempat tarikan di Lumut.

      Delete
  3. Allahu... tak terkira berapa puluh tahun tak pegang raket badminton. Teringat zaman muda dulu, kalau main badminton memang habis basah lencun baju dengan peluh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul, betul. Satu senaman yang bagus, badminton ni.

      Delete
  4. wah...panjang juga tulisan kali ini..bagus untuk meningkatkan kemahiran menulis....oh ya...ada sejenis kayu yang boleh menakutkan semua binatang...kalau tidak silap kayu hujan panas...semua binatang akan takut kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya cuba, Encik Hanafi.
      Ye, saya tahu kayu apa tu. Dulu keluarga saya ada simpan satu. Kalau masuk hutan, selalu orang bawa, supaya binatang buas takut nak dekat.

      Delete
  5. Yelah kan kak beruk tu yang muka ganas kan, dia lagi ganas dari monyet kan. Dah lama tak main badminton kalau balik kampung rajin jugak la main dengan adik2 depan rumah. Itu sebab depan rumah abah ruang laman luas jadi lari-lari kejar bola tu takdelah tiba-tiba jumpa kereta hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana. Kat kampung senang, kawasan lapang. Tu yang tinggal di bandar kalau nak main badminton, lebih selesa sewa court kan, pakat dengan kawan-kawan.

      Delete
  6. bestlah ada petting zoo...ada burung merak, cantik tu bila mengembang....mmg takut kalau terjumpa beruk..ganas, suka kejar nak ambik barang...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bawa plastik, beruk musykil bila tengok bungkusan plastik, dia akan cuba ambil.

      Delete