Tengok Ma

 Ahad, 23 JamadilAwal 1444 Hijrah.

Hari ni, 18 Disember, genap 10 tahun ibu saya meninggal. 

Saya tak pergi jogging pagi ni. Saya masak nasi dan lauk siap-siap untuk satu hari. Lepas tu, riadah dengan anak bongsu, main badminton sekejap, di halaman rumah je. Saja tak pergi jogging, tak mau kelam kabut. Jumpa kakak-kakak di google meet, baca yassin sama-sama, lepas tu. 

Ibu saya meninggal di usia 67 tahun, pada tahun 2012, kerana barah.

Sedih baca doa masuk kubur.

Saya ingat lagi masa mama saya pergi, bila lalu kawasan yang selalu spend time dengan mama, mudah je air mata tu keluar. Contoh bila lalu Teluk Batik, tiba-tiba je nangis, sebab teringat dulu masa ma ada, piknik kat tepi laut. Mak saya bawa mangkuk tingkat, isi nasi lemak. Sedap... sambal tumis ma memang tak boleh challenge. Bila lalu dalam kereta tempat piknik, tiba-tiba nangis. Lepas tu, suami tanya, "Dah, kenapa pulak ni?"

"Orang rindu mak kita la..." Haha.. pastu semua senyap. Anak-anak pun jarang-jarang tengok mak dia orang nangis depan mata, semua senyap je.

Saya dan keluarga pula tinggal di rumah peninggalan arwah ma. Jadi, mana-mana pergi terbayang-bayang mak saya. Kalau kat dapur, teringat ma basuh pinggan, sambil nyanyi lagu feveret dia. Kalau petang-petang duduk kat buaian depan rumah, teringat selalu sembang dengan arwah, sambil anak-anak main basikal kat halaman. 

Ada macam lubang besar kat dada, lopong je. Bertahun-tahun jugak la, rasa macam tu. Rindu giler dengan masakan orang tua kita. Lagi-lagi bila waktu raya. Kita masak sebab nak bagi suami dan anak-anak makan. Kita sendiri termenung tengok rendang, takde selera.

Bagusnya, dah turap dengan batu. Sebelum ni, kalau hujan je, laluan ni akan lecah, penuh air.

Bila lama-lama, kita takde lagi teringat yang sedih-sedih. Ingat kenangan yang happy-happy je. 😊 Contohnya, tabiat bila ma memandu, atau masa dia kentut. Hehe.. kentut tu tanda kita sihat. Ada orang sampai masuk hospital sebab angin tak keluar dari badan. Jadi, jangan malu, jangan kepit, keluarkanlah angin tu dengan bebasnya. 😁🙈

Lubang kat dada tu, masih ada, belum kambus sepenuhnya. Tapi takde la luas lopong macam dulu. Kita akan selalu teringat dia, walaupun sibuk dengan aktiviti seharian. Setiap 5 waktu lepas solat, mesti ada doa untuk ma. 

Pokok kenanga, bunga kegemaran ma.

Mak saya bila jumpa pokok kenanga je, dia mesti ambil bunganya, selit kat telinga. Bau wangi, kan. Kadang arwah letak dalam bedak sejuk, sampai kering. 

Satu hari nanti, inilah tempat kita. Semoga Allah akhiri hidup kita dengan pengakhiran yang baik. Amin.

20 comments:

  1. Kan nur... Kita pun rindu arwah mak.. Moga mereka semua di tempatkan bersama org2 yg solehah disisiNYA... ALFATIHAH dibaca

    ReplyDelete
  2. sedih baca entry ni 😭 mmg x leh lupa..semoga tenang ruhnya di sana..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah.
    Kenangan yang buat kita menang.

    ReplyDelete
  4. Sedih baca entri Nur kali ini.
    Memang rasa kosong apabila orang yang tersayang, yang paling hampir dengan kita pergi ke alam sana. Mudah-mudahan roh ma tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

    ReplyDelete
  5. Semoga satu hari nanti, bila kita dah tiada, anak kita juga akan sentiasa ingat kita.

    ReplyDelete
  6. Sedih pula baca... memang rindu pd yg dah tiada tu sakit yakmat.. al-fatihah buat arwah ma kpd nur

    ReplyDelete
  7. Sedih baca entri akak, dana paham kak. Masa arwah nyai meninggal memang dana rasa mcm akak, macam ada 1 ruang kosong dalam hati kita yg bila teringat dia mesti nngis. Sebab dari kecil dana rapat dgn arwah nyai , suka lepak rumah nyai kalau cuti sekolah kadang seharian tak balik rumah sebab lepak situ. Al fatihah buat arwah mak akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Dana. Alfatihah untuk arwah nyai Dana juga.

      Delete
  8. Sedih baca coretan Nur ni. Rindu yang tak akan terpadam. Saya belum lagi melaluinya tapi saya sgt takut sbb mak duduk jauh di Sarawak. Takut tak sempat pulang sebelum mak dijemput Ilahi. Semoga roh mak Nur dicucuri rahmat dan tenang di sana, ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. terima kasih, Carneyz.
      Fikir yang baik-baik saja, Carneyz. Apa pun, semua kuasa Allah.

      Delete
  9. Arwah mak saya dah 24 tahun meninggal. Membesar tanpa mak, sangat menyakitkan. Emm..

    ReplyDelete
  10. al fatihah
    kerinduaan yg teramat 😭😭 hanya yg telah tiada ibubapa perasaan kesedihannya tak tergambar dgn kata kata .

    ReplyDelete