Kembali dengan wajah baru

 Ahad, 23 JamadilAwal 1444 Hijrah.

Lama betul saya tak update blog. Mood blogging ke laut dalam.

Harap lepas ni, dapat terus menulis. 😊

Ada banyak benda berlaku kat saya. Benda yang tak best pula. Itu yang saya rasa, macam tak seronok nak share di sini. Lama saya fikir, entah apa salah saya diperlakukan sedemikian rupa. Saya rasa sedih, marah, rasa nak masuk dalam gua, jauh dari orang. 

Ada tak antara pembaca sekalian pernah rasa macam saya? Rasa macam nak lari, duduk jauh dari orang, kalau boleh, nak duduk dalam hutan, kawan dengan binatang lagi aman rasanya, dari kawan dengan manusia. 

Saya diejek, dijadikan bahan jenaka. Atas benda yang saya rasa, bukan salah pun. Bukan ke sebagai kawan, kalau kawan kita bahagia, kita tumpang seronok? Ini siap diajuk, macam dia menyampah betul dengan saya. 

Tapi bila nak sesuatu, mesej kita semula di whatsApp, seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Sakit hati saya. Saya ambil masa lama untuk recover semula perasaan saya ni. Saya faham, lumrah kehidupan, dari 10 orang, tak semesti 10 orang akan suka kita. Mesti ada sorang dua yang tak suka kita. 

Jadi, saya pun ambil tindakan untuk menjauhi orang-orang toksik macam ni. Biarlah dia orang tahu yang saya memang nak menjauhi dia orang. 

Saya takkan biarkan orang sewenang-wenangnya layan saya macam sampah. Bila nak minta tolong, datang kat kita. Bila mereka senang, kita dijadikan bahan lawak jenaka. 

Saya maafkan dia orang. Saya nak hidup dengan hati yang aman. Semoga Allah beri saya kekuatan untuk terus hidup. 


8 comments:

  1. Rasanya cuma sabar aje yang buat kita tak ambil tindakan lebih teruk dari apa yg orang buat pada kita, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap SK. Betul sesangat! Ikutkan hati, nak je balas balik.

      Delete
  2. Eloklah jauh orang begitu. Lebih baik seorang diri daripada dikelilingi orang begini.
    Selamat kembali ke dunia blog.

    ReplyDelete
  3. kita berhak untuk gembira dan bahagia tanpa dipengaruhi oleh orang lain

    ReplyDelete
  4. Saya pernah rasa hidup sunyi, sepi tanpa kawan kerana saya tidak mahu dianiayai. Namun begitu, saya sedar perlu ada seseorang di samping kita. Sejak itu saya belajar bersabar dengan setiap karenah seseorang, kerana saya tidak mahu hidup sendiri, sunyi dan sepi. Banyakkan bersabar ye Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Amie. Saya juga sedar akan hakikat tu, tapi hati saya rapuh, tak kuat macam Amie, boleh tahan dengan karenah orang.

      Delete