Tak sihat dan banjir

 Jumaat, 28 JamadilAwal 1444 Hijrah.

Pagi tadi, masa bangun pagi, tekak rasa sakit. Tapi pergi jogging juga. Sebab semalam makan banyak. Batuk sambil jogging. Perit nak bercakap. Bila cakap, tekak rasa gatal nak batuk. Jangkit dari suami, rasanya. Dia pun sama, semalam, tapi dah beransur baik. Dia pula jangkit dari rakan pejabatnya. Memang musim demam ye, sekarang.

Comeinya awak.. sape buang awak ni.. manja pulak tu.

Separuh larian, ada semput (wheezing). Tapi teruskan juga. Lepas tu, wheezing tu berenti sendiri. Rasa lama sangat nak habiskan 10 km, sebab tak bawa henpon, tak dengor lagu. Rasa berat hari ni. 

Bila sampai rumah, tengok anak bongsu tengah duduk di buaian, tanya dia, dah main badminton ke hari ni?

Sudah, katanya, 10 minit dengan bapaknya. Tapi dia kata, boleh je, kalau nak main dengan mama pulak.

Saya pun sambung main badminton dengan anak bongsu.


Riadah hari ni, larian 10.15 km, diikuti sesi badminton bersama anak bongsu selama 21 minit.

Lepas tu, mandi. Lepas mandi, baru start rasa sakitnya badan. Bisa-bisa. 

Lepas sarapan, makan ubat paracetamol dan ubat batuk cap ibu dan anak. Pastu masuk dapur, masak lauk hari ni.


Ikan merah masak kicap. Letak bendi sekali. Kes malas celur bendi, masak sekali dengan ikan. Lepas dah masak kicap baru terpikio, eh, kenapa aku tak masak kari eh.. hehe.. sebab ada bendi. Bila badan tak berapa sihat, kepala pun tak berapa nak dapat pikio dengan betul.

Harap dapat sembuh sebab lagi 3 hari, nak nyongket, suami cuti. Yay! Syoknya! Tak sabor rasanya. 😁

Suami dapat cuti, tapi tak balik kampung dia di Kelantan. Memang tak boleh balik hujung tahun, sebab banjir. Dulu dah pernah merasa balik masa musim tengkujuh, sebab masa tu, air belum naik. Sekali bila sampai sana, baru lepas Rantau Panjang, air dah naik atas jalan. Nasib baik kereta tak hanyut waktu tu, sebab masa tu waktu malam, tak nampak, air naik laju, ingat cetek, boleh harung dengan kereta, tapi air ada arus, wei... memang pengalaman menakutkan. 

Pagi tadi, kakak ipar bagi gambar, tanya khabar family di kampung. Rumah kakak ipar sudah dinaiki air, dah lepas tangga luar, sikit lagi nak sampai pintu. Dia satu family tengah sibuk kemas barang letak tempat tinggi. Tapi tak hujan pagi tadi, tapi air tetap naik.

Air sikit lagi nak masuk rumah.

Bahagian tepi rumah


Rumah mak mentua ok, sebab kawasan tinggi. Kampung suami di daerah Tumpat. Semoga banjir cepat surut.
Kalau hujan sana, memang takut, bagi saya la. Hujan lebat dan lama sangat, tak henti-henti. Saya masa duduk sana, sekejap-sekejap tengok tingkap, takut air naik. Tapi orang sana dah biasa, rileks jer. Nak bercakap dalam rumah pun kena jerit-jerit, sebab tak dengor, atap rumah zink, bunyi hujan tu kuat sangat. Hehe.. memang pengalaman tak dapat lupa. Sejak tu, saya cakap pada suami, kita balik kelantan bila-bila boleh, asalkan jangan musim tengkujuh, sebab I is takutttt! Hehe... 

Baiklah, jumpa lagi, ye. 😊

12 comments:

  1. Sama la nur... Kita pun x sihat skrg ni.. Batuk selsema x baik2.. Ni dah kurang sket... Harap nur pun dah makin sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... terima kasih, Ako. Semoga Ako pun cepat sihat.

      Delete
  2. Sama masih batuk dan selsema. Dah 3 minggu. Lama betul sakit kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, NA lagi lama. Semoga cepat sembuh, NA. Itu la virus zaman sekarang, batuk selsema memang ambil masa lama nak baik.

      Delete
  3. Bawa-bawa berehat ye Nur. Menu kita sama masak kicap tapi saya guna ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah, Amie. Dah 2 hari dah saya rehat.
      Ayam masak kicap sedap!

      Delete
  4. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Nur, Ret & NA.

    Seram pengalaman harung banjir tu. Sebab saya pun pernah merasa rumah banjir paras pinggang dan berada dalam kereta yang harung air banjir. Cemas sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... terima kasih, Ujie.
      Kan... yang pernah melaluinya saja tahu. Dalam tu, banjir paras pinggang.

      Delete
  5. kalau kurang sihat..itu tandanya perlu rehat apa-apaun moga mereka yang diuji dengan banjir harap sabar dan reda

    ReplyDelete
  6. sedap ikan masak kicap...semoga keadaan banjir di rmh mertua semakin baik...belum pernah ada pengalaman hadapi banjir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banjir di kampung suami sudah surut. Alhamdulillah.

      Delete