Khamis, 6 Muharram 1444 Hijrah.

Malam semalam hujan kat tempat saya ni. Sejuk. Nak bangun awal pagi tadi pun rasa malas betul. Best kalau dapat selubung bawah selimut satu hari. Tapi, tapi, haa... dalam mimpi je la... πŸ˜…

Selain sediakan sarapan untuk budak nak pergi sekolah, saya masak nasi terus. Perangat lauk semalam, dan bila tengok roti wholemeal nak expired hari ni... mari kita...


Saya buat roti sosej celup telor. πŸ˜‹

Suami off kerja. Siap-siap keluar untuk beriadah. Selepas hantar budak ke sekolah, kita pergi breakfast je la, tak payah lari. Kah kah kah... kih kih kih... I is malas today, ok!

Langit mendung. Pagi di Kampung Permatang.

Pergi nyongket ke Kampung Permatang, Sitiawan. Wahh... tingginya air. Tak pernah lagi saya datang sini, air setinggi ni. Air pasang besor ke apa ni, nasib baik tak masuk ke Warung Abang Mad Roti Canai ni.

Ha? Bukan saya kata, tak mau makan luar ke? Ye, bertahan 3 hari saja. Kikikiki.... hot hot chicken πŸ’©! Saya tak kuat. πŸ™ˆ

Roti canai kasi bungkus. Saya makan pulut kuning bersama rendang ayam untuk sarapan.


Saya suka pulut kuning. Ada orang tak boleh makan pulut pagi-pagi. Bila masuk suapan pertama pulut kuning bersama isi rendang ke dalam mulut, rasa macam hari raya! πŸ˜πŸ˜‹ Panas lagi. Sebab saya teringat, arwah mak saya suka masak pulut kuning masa hari raya. Saya pernah masak sekali je, lepas arwah mak takde. Sebab saya sorang je yang layan pulut ni. Suami dan anak-anak kurang suka. 

Rasa gendut bila sudah makan. Biasanya, riadah dulu, baru sarapan. 

Hari ni, sarapan dulu, baru riadah.

Tapi saya tunggu lebih sejam juga la lepas sarapan tu. Jalan-jalan dulu dengan suami, dalam kereta, dalam hujan.

Kucing di warung roti canai 

Kita on treadmill je hari ni. Sambil layan cerita Pride and Prejudice. Sempat sejauh 8.03 km, on treadmill.

Baik. Jumpa lagi, ye. 😊