Windy Wednesday

 Rabu, 5 Muharram 1444 Hijrah.

Lawan angin kuat masa jogging pagi tadi. Hujan rintik bila saya sampai di tempat jogging. Tapi kemudian berhenti, masih mendung dan berangin. Kuatnya angin bila lari tu, sampai tercabut safety pin tudung yang saya pin-kan di tepi. Pasang balik safety pin. Ha ah. Saya suka pakai safety pin, daripada pakai brooch. Brooch yang saya beli, banyak kepalanya atau bunganya dah hilang atau tercabut. Tinggal pin kat belakang. Jogging pagi tadi sambil pegang tudung, lawan angin. Mau terobang gamaknya kalau tak pegang. 😁


Larian melawan angin sejauh 8.03 km pagi tadi.

Lepas jogging, berkejaran ke pasar, beli bawang dan cabai.

Kemudian ke hospital, ambil ubat.

Suami sebelum tu, ada kerja sikit, lepas tu dia balik rumah, bawa tosei, yang di-tapau-nya dari mamak.


Suami masa minum dengan kawan-kawan pejabat kata, sedap tengok orang makan tosei. Itu yang dia bungkus 2, bawa balik, sarapan di rumah dengan saya. 😁😋

Tempat anda hujan tak? 

Jumpa lagi, ye.. 😊

12 comments:

  1. Nur, saya terus terbayang macamana ye kalau orang yang kurus lari lawan angin hihihiii.
    Cuaca di LD mendung-mendung manja, tapi tak hujan.
    Lama tak pekena tosei kat kedai mamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergelak saya baca ayat Amie. Nasib baik tudung je hampir terbang. Boleh bayangkan bendera berkibar ditiup angin kencang? Ada bunyi, kain tu kan... flap, flap, flap, ha, macam tu la.
      Kikikiki...
      Sila, sila, Amie.

      Delete
  2. Haah hari ini dari pagi sampai malam. Kadang-kadang lebat kadang-kadang renyai.

    ReplyDelete
  3. Safety pin tu rupa macam mana? Pin biasa?
    Di Penang ni pagi tadi hujan. Lepas tu mendung, ada la panas sekejap2. Tak kering baju jemuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tahu juga, apa bezanya dengan brooch?

      Delete
    2. Kalau Ujie dan SK google, ada gambar image tu, pin yang mak-mak kita guna untuk pin lampin kain baby tu ler. :)

      Delete
    3. Ye, pin biasa, Ujie. Kalau brooch kan, ada bunga dia tu. Pin biasa, takde hiasan apa pun.

      Delete
  4. Tempat kita hujan.. malam ni berangan nak makan tosei jugak.

    ReplyDelete
  5. Di KL tempat saya pun hujan jugak pagi2 tapi hari ni mendung je. bagus jugak latihan melawan angin ni boleh tambah stamina :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, Carneyz. Lagi berat rasa nak lari, sebab kena lawan angin kuat. :)

      Delete