5 hingga 11 Ogos

Saya ada je ni, ha. Tak ke mana pun. Cuma sibuk kait sikit. Dah sampai ke peringkat kait nama, kena kira stitches tu. Itu yang kena fokus, supaya tak salah kait. 

Lakaran huruf nak dikait, atas kertas graf.

Peringkat kait huruf ni, agak serabut juga. Kena duduk dalam bilik sorang-sorang. Kalau mengait sambil tengok tv, memang lost count la.

Progress kait sehingga Ahad lepas

Di samping itu, lari tetap lari.

Jumaat, 5 Ogos.

Larian Jumaat lepas, 10.07 km. Oyen yang suka menyibuk bila kita duduk kat buaian.

Sabtu, 6 Ogos.

Larian Sabtu, 10.04 km. Dengan Puteh yang suka interprem time nak bergambor.

Masak kari ayam. Ambik gambor atas dapor.

Buat sambal belacan.

Ahad, 7 Ogos.

Larian Ahad, 10.09 km.

Isnin, 8 Ogos.

Larian Isnin, 10.10 km. Gambar nasi kandaq Pantai Remis, pekena petang Ahad. Sedap, wei! 😋


Progress kait setakat Isnin.

Selasa, 9 Ogos.

Goreng mee kering Cintan untuk sarapan.


Larian Selasa, 11.02 km. Gambar laksa Johor, sarapan di Kluang Road Kopi. Ish, ish, banyaknya portion dia. I is gendut already! 😁😋😍

Progress kait setakat Selasa.


Rabu, 10 Ogos.

Larian Rabu, 10.02 km. Bunga ros kuning tengah kembang. 😍

Dinner Rabu, mushroom sup dan garlic bread. Tapi takde rasa garlic pun, rasa butter je rotinya. Minum black mocha frappe, beli di Each a Cup.


Khamis, 11 Ogos.

Larian harini 7.03 km sahaja. Tak larat. Hari-hari buat 10, penat jugak. Balik rumah makan nasi lagi beshh..

Cabaran Strava, dah lepas 100 km lari bulan Ogos.

Ha, banyaknya gambar. Pening tak baca? 😁

Saya nak siapkan kait bag ni dulu, jadi saya mungkin menghilang lagi. Sekejap ye. Nanti dah siap, saya kembali semula. 

Semoga urusan anda semua berjalan dengan lancar. 

Have a great day, semua....

Jumpa lagi... 😊

26 comments:

  1. Tiba-tiba teringin laksa Johor.
    Takpelah menghilang buat kerja. Alhamdulillah Puan Nur sihat takut jatuh sakit balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, NA, laksa johor. Saya suka! :)
      Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja. Terima kasih, NA. Saya harap NA juga sihat sejahtera. :)

      Delete
  2. Cantiknya kaitan tu.. LJ nampak sedap, tak gendut punyalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... memang sedap, SK! Sebab saya nak buat sendiri, memang tak lah. Kedai ni, LJ memang the best! ^_^

      Delete
  3. Tak pening pun Nur, sebab gambarnya semua menarik!
    Belum siap pun dah terserlah cantiknya hasil kait Nur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Ujie. Alhamdulillah, dah siap pun begnya. :)

      Delete
  4. Oo patut la senyap je. Hari2 kita lalu lalang kat blog tgk klu2 ada update rupa2nya tuan tanah tgh busy hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ye, Carneyz, sibuk sikit. Siapkan tempahan mengait. :)

      Delete
  5. Kreatif betul Nur, pandai mengait.
    Ada kari ayam, ada sambal belacan memang mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit-sikit je, Amie. :)
      Kan, kari ayam dengan sambal belacan memang berselera makan.

      Delete
  6. Satu minggu yg penuh dgn larian, kaitan n makan2!

    ReplyDelete
  7. nasibla dana jumpa jugak blog akak ni, tercari2 kenapa akak hilang macamtu je....
    sedapnya tgk semua menu akak,,, akak lawo lah akak kaitkan utk dana lah jugak 1... kaitkan topi boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak berehat seketika dari dunia media sosial satu waktu dahulu, Dana. :)
      Kalau Dana minat nak order topi, kita sembang-sembang kat email ye. Tapi akak tak boleh siapkan cepat-cepat. Urgent order akak terpaksa tolak. Tapi kalau Dana tak kisah bila siap, boleh email akak ye.
      Email akak knitskiki@gmail.com

      Delete
  8. sekali-sekala menghilang apalah salahkan...demi tugas yang lebih penting ini link artikel saya yang terbaharu --->https://bit.ly/3SGind3

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Salam kenal, Azian. Boleh la, hobi saya memang mengait. Hilang stress. :)

      Delete
  10. Bkn semua blh buat kait2 ni.
    kagum dgn Nur, rajin
    ciknur adoiii ni la paling malasss he hee

    ReplyDelete
  11. Muka kak nur nampak muda ( saya bukan nak cakap kak nur tua, tapi saya nak cakap awet muda) mesti sebab selalu bersenam juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Nadia. Alhamdulillah. Tapi kalau jumpa, berkedut sana-sini juga. Hehe..

      Delete
  12. Alaa saya pun nak start bersenam.. terinspirasi ni..

    ReplyDelete
  13. takde nye gendut..hehe..makan2 & exercise..seimbang...laksa johor, nasi kandaq..yummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kan, nohas kan.. sedapnya makan laksa johor dan nasi kandaq. Suka, suka!

      Delete