Itu M sudah datang

 Khamis, 6 Muharram 1444 Hijrah.

Malam semalam hujan kat tempat saya ni. Sejuk. Nak bangun awal pagi tadi pun rasa malas betul. Best kalau dapat selubung bawah selimut satu hari. Tapi, tapi, haa... dalam mimpi je la... 😅

Selain sediakan sarapan untuk budak nak pergi sekolah, saya masak nasi terus. Perangat lauk semalam, dan bila tengok roti wholemeal nak expired hari ni... mari kita...


Saya buat roti sosej celup telor. 😋

Suami off kerja. Siap-siap keluar untuk beriadah. Selepas hantar budak ke sekolah, kita pergi breakfast je la, tak payah lari. Kah kah kah... kih kih kih... I is malas today, ok!

Langit mendung. Pagi di Kampung Permatang.

Pergi nyongket ke Kampung Permatang, Sitiawan. Wahh... tingginya air. Tak pernah lagi saya datang sini, air setinggi ni. Air pasang besor ke apa ni, nasib baik tak masuk ke Warung Abang Mad Roti Canai ni.

Ha? Bukan saya kata, tak mau makan luar ke? Ye, bertahan 3 hari saja. Kikikiki.... hot hot chicken 💩! Saya tak kuat. 🙈

Roti canai kasi bungkus. Saya makan pulut kuning bersama rendang ayam untuk sarapan.


Saya suka pulut kuning. Ada orang tak boleh makan pulut pagi-pagi. Bila masuk suapan pertama pulut kuning bersama isi rendang ke dalam mulut, rasa macam hari raya! 😍😋 Panas lagi. Sebab saya teringat, arwah mak saya suka masak pulut kuning masa hari raya. Saya pernah masak sekali je, lepas arwah mak takde. Sebab saya sorang je yang layan pulut ni. Suami dan anak-anak kurang suka. 

Rasa gendut bila sudah makan. Biasanya, riadah dulu, baru sarapan. 

Hari ni, sarapan dulu, baru riadah.

Tapi saya tunggu lebih sejam juga la lepas sarapan tu. Jalan-jalan dulu dengan suami, dalam kereta, dalam hujan.

Kucing di warung roti canai 

Kita on treadmill je hari ni. Sambil layan cerita Pride and Prejudice. Sempat sejauh 8.03 km, on treadmill.

Baik. Jumpa lagi, ye. 😊

24 comments:

  1. sedapnya nengok roti telur itu... menggoda sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Dana! Sedap, memang sedap roti sosej celup telor tu. Rupa hitam, bila gigit, garing. :)

      Delete
  2. Ada juga kucing tenung begini masa makan luar semalam. Hehe tidak bagi makan kucing sebab lapar sangat lepas redah hujan.
    Hehe ada orang akak keluar makan yang gagal itu. Kalau tidak ikut mungkin berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga la, NA. Sebab ada orang teman, jalan-jalan cari makan, kan. Kalau kita sorang, mesti makan di rumah je.

      Delete
  3. Alahai Nur! Pulut kuning tu nampak lembut...sedangnya makan dengan rendang!
    Nak ikut Nur nyongket boleh heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Lembut pulut kuning dia, sesedap rasa.
      Kalau Amie datang Lumut, boleh je, saya bawakkan tempat makan best-best sini. :)

      Delete
  4. Kalau dah terbiasa berlari tu mesti rasa lemau je badan kalau tak lari sehari kan Nur? Rajinnya suami bawak dating masa hari off ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Carneyz. Saya kalau sehari tak lari, rasa kurang sedap badan.
      Ye, sebab dia kerja shif. Bila off je peluang boleh dating. Kadang sabtu ahad pun dia kerja. :)

      Delete
  5. biasanya di sek, ada pelajar2 yg nak ambik SPM akan bagi pulut kuning kpd guru2 yg mengajar mrka..

    ReplyDelete
  6. Pulut kuning n rendang akan dpt drp pelajar2 yg nak ambik spm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mesti hati cikgu berbunga-bunga terima pulut kuning dari anak murid. :)

      Delete
  7. Sedapnya pulut kuning dan rendang tu Nur.
    Makanan kegemaran saya jugak tu.

    ReplyDelete
  8. sesekali boleh jer layan M...hehehhe

    ReplyDelete
  9. Pulut kuning yang cantik menguning. Mrs. A suka makan pulut dengan sambal tumis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, saya tak pernah makan pulut kuning dengan sambal tumis. Boleh cuba lain kali. :)

      Delete
  10. Sedapp pulut kuning
    Ciknur suka xkira la pg atau waktu lain he hee

    ReplyDelete
  11. Aisehman, buat saya rasa nak cari sarapan pulut kuning Kampung Pasir esok. Tapi tak pasti pulak Jumaat buka atau tak.

    ReplyDelete
  12. Saya rasa mahu invest treadmill pula rasanyaaa huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat akak, tak payah kot, Nadia. Sebab bosan tau, lari treadmill. Nak habiskan 5 km pun, jenuh. Lebih menarik beriadah di luar. :)

      Delete