Update cerita dan hadiah dari Syazni Rahim

 Lamanya saya mengabaikan blog saya ni. Last posting masa hujung Februari. Haha... hadoi. Saya sibuk sikit, dan juga malas. Banyaknya benda buat dalam sehari, sampai masa itu berjalan dengan sangat laju. Masa cuti sekolah, ketiga-tiga anak ada di rumah. Apa saja saya masak, habis. Nasi goreng ke, burger ke, nasi lauk ayam goreng ke, kari ke, semua la. Huii... macam kerja buruh pulak anak-anak saya ni. Makan banyak. 😁  

Pembaca sekalian sudah hantar ke, e-filing (income tax)? Saya sudah hantar suami saya punya, pada hari kedua dibuka tarikh hantar, iaitu pada 2 Mac lepas. Tak pernah-pernah suami saya kena cukai sebanyak ini, tau! Eh, pada pembaca yang tak tahu, saya selaku menteri kewangan keluarga saya, merangkap setiausaha kepada suami, memang tiap-tiap tahun saya tolong hantarkan borang e-filing tu. Saya begitu pissed-off lepas hantar tu. Giler tau! Ibarat suami saya penat-penat kerja overtime tu, untuk bagi separuh kepada kerajaan. Kalau jadi kepada anda, anda marah tak? Banyak ooo, boleh pergi cuti oversea.... Mengucap panjang saya la. Memang 'bersih' kerajaan kita ni. Sampai duit orang pun dia nak sapu bersih. Urut dada sat. Itulah salah satu sebab juga kenapa saya tak update blog. Sebab saya rasa nak carut je. Hari-hari rasa nak mencarut kat orang. Jadi, lebih baik saya diam. Jauhkan diri sekejap. Tapi Alhamdulillah, sudah dapat tax refund hari ni. Boleh la buat belanja keluarga. Ha ah. Cepat dia pulang semula potongan cukai berjadual yang dia ambil tu. Terima dengan lapang dada, rezeki dari Allah. Semua cukai. Cukai taksiran, cukai tanah. Masa awal tahun kan, semua kena bayar. 😒

Tutup cerita tak best. Cerita best pula. Anak sulung ada di rumah, cuti semester. Hari tu, dia pergi ke Uitm Negeri Sembilan, sebab dia masuk Karnival Sukan Mahasiswa Uitm (KARISMA). Dia wakil Uitm Terengganu dalam catur. Alhamdulillah, dapat tempat kedua.

Medal anak, depan.

Medal belakang.

Keputusan peperiksaan semester 3 pun sudah dapat. Alhamdulilllah. Lulus. Bila dia wakil Uitm, bermakna dia masih dapat duduk hostel dalam U lagi. Berita baik juga tu. Nanti masuk semester baru pun, kuliah online. Jadi sepanjang puasa, dia ada di rumah. Lepas raya, baru dia balik Terengganu. Yay! Boleh suruh dia ambil adik dia di sekolah. Lega mama. 

Anak kedua pun sudah selesai SPM. Alhamdulillah. Selamat semuanya. Sekarang tunggu keputusan. Nak suruh dia ambil lesen kereta, sementara dia tak kerja ni. 

Aha. Saya sudah dapat hadiah yang saya menang melalui Giveaway Perfume SR. Saya menang hadiah saguhati kedua. Untuk senarai pemenang giveaway ini, blog rujuk di sini.


Saya terima bungkusan hadiah giveaway ini pada 3 Mac yang lepas. Hadiah di dalam ialah...


...sehelai tuala! Lebih kurang macam tuala Decathlon, yang cepat menyerap dan mudah kering tu. Tapi bukan jenama Decathlon. Label tuala tertulis AuraPro. Pertama kali saya dengar jenama tuala ni. Bila saya buat carian online, rupanya tuala ini boleh dibeli di Shopee, Lazada dan Tiktok. 100% Korean Cotton katanya. Wah... Alhamdulillah. Terima kasih kepada Puan Syazni Rahim, atas hadiahnya. Semoga rezeki Puan Syazni Rahim bertambah murah, berjaya dalam kerjaya dan studies dan bahagia selalu. 

Ok. Itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi, ye. Selamat berpuasa kepada semua pembaca sekalian. Semoga dipermudahkan segala urusan. Musim panas, bertabahlah kita. Kat tempat saya ni la, panas. Tempat anda macamana cuaca? Selamat berpuasa...! 😊

Ke laut sudah

 Sekarang ni, saya lari hari-hari. Sebab nak kumpul jarak. Sebabnya, adalah kerana saya telah daftar cabaran Fit Raya 300km. 

Fit Raya 300 km Runathon

Runathon ni, anjuran group Malaysia Woman Runners. Kumpul jarak larian dari bulan Februari hingga Mei 2024. Atau sehingga capai jarak 300 kilometer la, untuk bergelar finisher. Sebab saya masuk Fit Raya ni, untuk lawan rasa malas keluar berlari la. Bila kita sudah daftar, sudah bayar untuk baju, jadi nak tak nak, kita pergi berlari juga la. 

10 ribu langkah sehari, tercapai sudah 22 hari.

Kawan-kawan yang ada baca entri saya lepas-lepas tentu tahu, yang saya on diet. Tak makan nasi dan benda manis. Mula-mula memang ok. Tapi bila hari-hari keluar berlari, saya sudah rasa kurang tenaga. Ye, saya tahu, tak larat lari 10 kilometer, sebab tak makan nasi.

Rumusan larian Februari 2024

Di bulan Februari ni, saya sudah pun kumpul jarak sejauh 217.7 kilometer. Ini, untuk berlari. Tak campur jarak saya berjalan pergi pasar malam, pasar tani, dan lain-lain waktu yang saya ingat untuk simpan aktiviti. Hehe. Campur 5 kilometer la, lebih kurang, aktiviti berjalan.

Paling sikit saya berlari adalah 2 kilometer. 

Paling jauh saya berlari adalah 15 kilometer.

Saya mula daftar untuk Fit Raya pada 8 Februari. Sejak itu lah, saya mula kumpul jarak hari-hari.

Jumlah jarak lari campur berjalan adalah 223.87 kilometer.

Aplikasi Biib+ ada totalkan jarak lari dan berjalan sekali dalam rumusan bulanan. Kalau aplikasi Garmin, dia asingkan aktiviti berlari dan berjalan.

Bertabahlah saya, tolak malas ke tepi, demi Runathon 300 km ini.

Larian 26 Februari, 8.29 kilometer.

Larian 28 Februari, 6.2 kilometer

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah, bila kita lari hari-hari, kita MESTI makan nasi. Carbo loading. Bagi saya sendiri, bila saya tak makan nasi banyak hari, saya boleh lari setakat 6-7 kilometer saja. Nak capai 8 kilometer pun, lidah sudah terjelir, macam berjalan di padang pasir yang tandus dengan kaki yang berat. Gitu....

Demi untuk mengumpul jarak, saya ketepikan dulu diet saya itu. Saya sudah makan nasi. Air manis pun saya minum, tapi saya hadkan kepada 1 gelas sahaja. 

Sarapan 28 Februari.

Sarapan semalam, saya makan roti bakar telur goyang 2 keping, bersama baked beans. Air white coffee panas kosong. 

3 scoops ice-cream

Tengah panas tu, nampak pula orang jual aiskrim, kan. Perasa durian pulak tu. Apa lagi, saya pesan campur perasa durian dan coklat. Hehehe... nikmatnya! 😋

Begitulah cerita saya, terpaksa ketepikan dulu diet no nasi, no air manis saya itu. Saya nak cuba habiskan jarak 300 kilometer itu, sebelum puasa. Insya-Allah. Wish me luck! Walaupun lambat lagi tempoh akhir, sampai bulan Mei. Saya malas nak bawa lama-lama. Nak fokus bulan puasa, untuk amal ibadat je.   

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊