Ubi kayu

 Bila sudah tua ni, barulah saya faham kenapa orang suka travel, makan angin pergi sesuatu tempat. Bila kita lari dari rutin seharian kita, ada satu semangat masuk dalam diri. Bila kembali ke rumah, saya jadi rajin memasak. Saya selesaikan semua benda tertunggak yang tidak buat selama ini. Itulah punca kenapa saya kurang update blog. Sibuk dengan aktiviti di rumah. Tidak online pun. Saya bukan travel bercuti. Cuma saya dan suami pulang ke kampungnya hari tu. 

Salah satu benda yang asyik tangguh-tangguh nak buat sejak sekian lama di rumah ini adalah, korek ubi kayu. Sudah membukit tanah di sekitar pokok ubi kayu tu, memang ubi dah jadi besar sangat. Jadi, pada satu hari, eh, bukan satu hari. Banyak hari juga sejak balik dari kampung, semasa suami masih bercuti lagi, kami memotong rumput di halaman, trim pokok-pokok yang sudah macam hutan, dan sebagainya. Akhir sekali setelah selesai semua tu, suami pun ambil cangkul, dan korek ubi kayu.

Sementara dia korek tu, kita relaks la kejap kat buaian, sambil layan anak bulu.

Pantang kita duduk di buaian, dia pun naik atas riba.

Tak payah tolong suami, dia dah expert dah korek ubi, sejak kecil dia tolong mak dia. Mek dulu banyak tanam ubi kayu. Bila tiba masa, orang yang buat tapai akan datang, nak beli ubi. Jadi, suami kena tolong. Suami kata, kalau tanah di kampung tu, tak payah kerja keras sangat pun nak keluarkan ubi dari tanah. Cuma perlu wiggle-wiggle batang ubi dan tarik, keluar la ia. Tapi kat rumah kami ni, tanah keras. Kena guna cangkul. 

Selamat, keluarkan ubi. Angkat dari batang.

Ada semacam bau, macam kat kampung, bila buah rambutan yang luruh di tanah, tidak dimakan. Ada bau macam tu la. Suami kata, ubi dah busuk. Barulah saya tahu yang ubi kayu yang duduk dalam tanah tu pun boleh membusuk. Tapi, tidaklah semua bahagian. Bahagian yang busuk tu, suami asingkan. Lama sangat tanam, tak korek-korek. Dari pencarian google, saya baca yang ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan. Kami punya ni, dah lebih dah. Pemalas betul nak korek.

Ada besar, ada bahagian kecil.

Buat kerja tengah panas. Hampir tengahari dah waktu ni. 

Yang kecil ni, kami ambil.

Bahagian lain, kami sedekah pada orang. Bagi pada 2-3 orang officemates suami.

Dulu-dulu, pernah juga korek ubi kayu. Suami saya goreng saja ubi kayu tu, ala-ala kerepek. Tapi sebab masa di kampung hari tu, kami sudah makan ubi rebus, jadi saya masak cara lain pula.

Masak pengat ubi kayu.

Saya guna pressure cooker je. Bahan-bahan nak buat pengat pun ada di rumah. Letak sagu sikit. 

Siap.

Pengat ubi kayu, untuk minum petang. Alhamdulillah. Jemput makan. 😋 Korang pernah makan pengat ubi kayu?

Jumpa lagi, ye. 😊

Finisher Runliga 2023

 Baru-baru ni, saya terima baju finisher dan medal untuk Runliga 2023. Penganjur larian hantar melalui pos. Mari kita tengok...

Finisher T dan medal

Lama juga baru dapat baju ni. Event virtual ini telah berlangsung pada 17 Ogos hingga 16 September yang lepas. Selama sebulan, peserta boleh lari di mana-mana, kumpul jarak yang termampu untuk kumpulan yang kita sertai.

Saya telah sertai pasukan Malaysia Women Runners.

Nama team di bahagian belakang baju dan medal, close-up.

Alhamdulillah. Recap semula pencapaian saya semasa Runliga yang lepas...

Jarak terkumpul, 357.91 kilometer

Saya cuma beli baju finisher dan medal untuk Runliga ni. Ada plaque juga, boleh beli. Tapi agak mahal. Jadi, saya pinjam gambar dari kapten Malaysia Women Runners, gambar kenangan plaque yang mengandungi nama-nama ahli pasukan yang sertai Runliga pada tahun ini.


Foto kredit: Safiah Galgo

Boleh kesan nama Nur dalam plaque di atas? 😁

Nama saya di barisan paling kanan, nama ketujuh. 

Selalu rasa serik masa berlangsung event ni. Sebab kita kena lari hari-hari, kumpul mileage. Sampai sakit kaki dan sebagainya. Boleh hilang keseronokan berlari juga, sebab sudah jadi macam kerja pula, bukan sesuatu yang kita enjoy buat, tapi paksa diri untuk buat. Tapi, selalu daftar masuk juga. Hehe... bila habis, cakap menyesal, tak mahu masuk dah. Tapi bila pendaftaran dibuka, register tanpa buang masa. Ini kali kedua saya masuk Runliga. Pertama kali penyertaan, semasa Runliga 2021. 

Walaupun pencapaian saya sedikit merosot berbanding tahun 2021, tapi rasa bangga dengan diri sendiri, sebab boleh lawan rasa malas. 

Tahun ini, adalah tahun yang sangat mencabar bagi saya. Banyak lari seorang diri. Hilang 1 tempat berlari. Hilang kawan lari juga. Tak payah lah saya cerita lebih lanjut. Sudah nampak hikmahnya. Tuhan tunjuk pada saya supaya saya tidak lagi dipergunakan.

Lari seorang diri itu lebih menenangkan. Boleh muhasabah diri. Bila lari dengan orang, lagi-lagi orang perempuan, kan, cenderung untuk membawang. Tambah dosa mengumpat orang. Itu lagi satu hikmahnya, kurang sikit buat dosa bila lari seorang.

Apa pun, Alhamdulillah. Nikmat berlari. Dapat habiskan Runliga 2023, setakat mana yang saya mampu. Panjang umur, tahun depan, boleh masuk lagi. Hahaha... entah. Tengok la, macamana.

Baiklah, jumpa lagi, ye. 😊