Bulan

 Isnin, 16 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Atas tu, bulan, yang bawah tu, lampu jalan. 

Pagi tadi, masa perangat gulai enjin kereta nak hantar anak pi sekolah, saya tengok bulan di langit. Sape suka tengok awan dan langit, mesti suka tengok bulan juga, betul tak? 😁

Dulu masa kecik, saya ingat ada ayam kat dalam bulan. Tapi sebenarnya, di permukaan bulan tu ada banyak kawah. Boleh la google untuk tahu lebih lanjut tentang permukaan bulan. 

Fakta menarik tentang bulan yang ingin saya kongsikan...

  • Bulan juga lah yang mempengaruhi pasang surut air. Sebab rumah saya dekat dengan laut, dan saya selalu jogging tepi laut, saya selalu tengok, bila bulan penuh, kalendar Islam 15 haribulan, ombak jadi lebih besar, tak pun, air laut jadi tinggi. Longkang atau saliran air akan penuh air, ada kawasan, air akan melimpah sampai ke jalan, bila air pasang besar.

  • Bulan kan, makin lama, makin jauh dari bumi. Setiap tahun, dianggarkan, bulan menjauhi kita sejauh 38 cm. Dan, 38 cm juga adalah anggaran kuku kita memanjang dalam setahun. Huuu.....

  • Bila kita tengok langit, nampak bulan dan matahari lebih kurang sama je besarnya, kan. Tapi sebenarnya, bulan adalah 400 kali lebih kecil dari matahari. Nampak je sama besar sebab kedudukan bulan lebih dekat dengan bumi.


Riadah pagi tadi, selama 1 jam, 5.44 km. Ambil gambar bulan bila langit sudah cerah, masa tengah jogging. 

Ok la, tu je kot. Pendek entri hari ni. 

Jaga diri, jumpa lagi, ye. 😊

Konsisten

 Ahad, 15 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Bila tengok langit pagi tadi, nampak bulan cerah dan besar. Cantiknya. 😍

Pagi tadi, saya pergi brisk walk bersama suami dan anak bongsu. 


Sekejap je, cuma 2.55 km. Hari Ahad, ramai orang. Sebelum orang bertambah ramai, baik balik cepat-cepat. Nak ambil gambar kaki atas pasir pantai. Gambar di atas, kaki saya (kasut kelabu) dan kaki anak bongsu (kasut biru). Kaki saya dah bergerak sebelah, nak lari, sebab ombak dah datang. Anak bongsu punya kaki dah tinggal sebelah. Hari ni, ombak bunyi kuat dan agak besar. Biasanya, laut tenang saja, ombak kecil menghempas ke pantai, tanpa sebarang bunyi.

Anak bongsu tak mau ikut sarapan di kedai, jadi singgah tapau nasi bungkus dan hantar dia balik. Lepas tu, kami keluar dating berdua. Masih teringin nak makan puri. Jumpa puri di kedai mamak. 


Alhamdulillah, dah lama benar nak makan puri. Suka puri cicah chutney kentang. Habis sekeping, pesan lagi 1 keping. Share dengan suami. 😋

Lepas sarapan, tawaf pekan Lumut dulu, sambil singgah kedai Murugan, beli suratkhabar. Ooo, Syamsul Yusuf sudah bernikah di Thailand, hangat cerita dia sekarang. 

OPR akan naik lagi. Tahun 2022, 4 kali naik. Tahun ni, sekurang-kurangnya, akan naik 2 kali, kata Bank Negara. Standby la ye, ansuran bulanan bayar bank akan naikkkk.... 

Negara kita tak sekat pelancong dari China, tapi rakyat kita digesa untuk dapatkan vaksin booster, yang kedua, yang ketiga. 

Sekian intipati yang menarik dalam suratkhabar hari ini.

Balik rumah, saya lompat tali sebentar, seribu lompatan.


Saya cuba untuk penuhi target harian, sebanyak 10 ribu langkah setiap hari. Setakat entri ini ditulis, sudah 8 ribu langkah. Nanti petang lepas Asar, boleh beriadah sekejap di halaman rumah. 

Masa saya terlantar sakit tempoh hari, saya rasa sangat tak best. Bila badan sakit, fikiran saya mula memikir benda yang buruk-buruk. Terbaring atas katil, sambil menahan bisa-bisa sakit otot dan batuk yang tak sudah, saya rasa pelik akan keadaan kita bila demam sekarang, yang ambil masa lama untuk sembuh, tak macam demam zaman dulu. Saya tak pernah sakit sampai terlantar terbaring atas katil, sampai kena batalkan rancangan pergi bercuti. Saya kalau demam, biasanya, boleh juga bangun buat aktiviti harian seperti memasak dan hantar anak ke sekolah. 

Saya tak mahu sakit lagi. Itulah sebabnya saya keluar beriadah setiap hari, walaupun badan masih rasa sakit-sakit otot. Dari pengalaman silam saya, apabila saya konsisten dalam bersenam, badan akan rasa lebih sihat. Dulu saya ada asma, tapi saya tetap berjalan atau berjogging setiap hari. Bila bernafas sudah jadi macam donkey, keluar wheezing, saya berhenti. Esoknya, saya jogging lagi. Lama-lama, serangan asma berkurang. Makin lama, terus tak kena serangan asma dah. Paru-paru jadi clear, rasa lebih sihat.

Sejak minggu lepas, saya ambil keputusan untuk cuba penuhi sasaran 10 ribu langkah sehari. Santai-santai saja, ikut kemampuan. Ikut aktiviti keluarga. Contoh macam semalam hari Sabtu, saya tidak pergi beriadah pun, tapi saya dan suami ke pasar pagi Bota, jalan-jalan cari makan. Jadi petang semalam, saya beriadah badminton dan lompat tali. 

Alhamdulillah, rasa sakit-sakit badan tu sudah hilang. Lenguh-lenguh otot tu sudah hilang. 

Paling lama bertahan target 10 ribu langkah sehari adalah selama 73 hari.

Sudah 5 hari saya berjaya penuhi sasaran 10 ribu langkah sehari. Pada saya, bersenam ni, konsep dia macam sedekah. Tak perlu tunggu kita jadi jutawan untuk sedekah. Sekarang pun boleh, walaupun tiada pendapatan tetap sebagai seorang surirumah, kita sedekah la berapa yang kita mampu, bagi saya. 

Begitu juga dengan bersenam, tak perlu tunggu badan sihat sepenuhnya untuk mula bersenam. Buat ikut mana kita mampu. Bila bersenam, mood yang sedih jadi lebih gembira, dan badan pula rasa lebih sihat. 

Tak perlu terus buat 10 ribu langkah terus. Boleh bahagikan mungkin pada pagi sedikit, sambung petang, sedikit, bergantung pada urusan kita pada satu-satu hari tu.

Terus saya teringat dalam Islam juga, macam tu, kan. 

Kredit IKRAM Johor

Konsisten. Saya tak tahu berapa lama saya boleh bertahan untuk cuba buat 10 ribu langkah sehari ni. Tapi, saya akan terus mencuba. Bukan untuk kurus. Tapi untuk sihat, untuk diri sendiri. Insya-Allah.

Baiklah, selamat hari minggu semua... jumpa lagi, ye. 😊