Lengkuas

 Saya pernah tanam macam-macam kat rumah saya ni, dulu. Ada cili api hijau, kacang panjang, bendi dan tomato. Sekarang, dah tak banyak yang tinggal. Ada pokok ulam raja. Tu je tinggal. Maksud saya, pokok atau sayur yang boleh dimakan. Kacang panjang saya dulu, pokoknya boleh tumbang, dibuat dek kera liar. Cili pula ada banyak hama putih pada daun. Benda-benda macam tu sedikit sebanyak membantutkan semangat saya untuk bercucuk tanam. Mungkin lokasi sini atau masa tidak mengizinkan. 

Tapi saya tetap simpan impian untuk serius bercucuk tanam. Satu hari nanti, bila saya nak masak atau makan, saya cuma perlu petik dari hasil tanaman saya. Selain bercucuk tanam, saya juga nak bela ayam. Jadi macam Wak Warisan Petani. Tak payah beli telur dah. Tunggu la bila suami sudah pencen dan kami pindah ke kampung. Insya-Allah. 

Sementara ni, adalah sikit-sikit bereksperimen. Cuba-cuba menanam. Kalau yang tak hidup, saya cuba lagi. Buat reseach sikit. Salah satu, yang saya tak perlu beli lagi di pasar sekarang ialah, lengkuas atau bahasa omputihnya, galangal. Lengkuas ni, macam adik beradik kunyit dan halia. 

Korek lengkuas dalam tanah.

Bukan guna banyak pun dalam masakan. Sikit je, kan. sebelum ni, bila beli lengkuas, simpan dalam peti ais, sampai keras-keras. Nak potong pun susah. 

Saya guna bila masak singgang hari tu. Selain masak singgang, kita guna lengkuas juga bila masak tomyam, rendang, gulai dan lain-lain lagi. 

Lengkuas, segar dari tanah.

Alhamdulillah. Bila perlukan, cuma perlu ambil di depan rumah. Seronok sebenarnya, bila kita guna hasil tanaman sendiri bila masak. Mungkin benda ni kecil bagi sesetengah orang. Tapi bagi saya yang dulu penakut nak terjebak dengan tanah, takut kotor la, cacing la, ulat la, lipan la, rasa bangga la juga, atas usaha sendiri. 

Ok la. Selamat tahun baru 2024 kepada semua pembaca sekalian. 

Jumpa lagi, tahun depan. 😊

Bookdoc's 8th Anniversary Founder Challenge 2023

 Lama juga tak update sini. Seronok betul musim cuti sekolah ni. Bukan sibuk buat apa pun. Sibuk layan movie dan bersantai-santai depan TV. 😁 Saya ada banyak benda nak kongsikan. Tapi saya rasa macam kena ikut tertib. Chronological order. Padahal sudah berlalu lama sudah. Tapi, tak pedulilah. Nak tulis di sini juga. Sebagai rekod peribadi. Buat rujukan di masa hadapan.

Semasa bulan Oktober yang lepas, saya ada sertai cabaran berbayar di aplikasi Bookdoc. Kebanyakan cabaran saya masuk memang jenis percuma. Jarang-jarang saya sertai yang berbayar. Tapi sebab cabaran yang ni, harganya pun berpatutan, maka saya pun join. 


Bookdoc's 8th Anniversary Founder Challenge 2023

Saya pun ingat-ingat lupa akan requirement cabaran ini. Tapi, saya rasa, langkah yang harus dicapai adalah 300,000 langkah di bulan Oktober.

Saya punya jumlah langkah adalah 367,286

Alhamdulillah. Berjaya habiskan cabaran dengan jayanya. 

Finisher item yang saya terima adalah seperti berikut:

Finisher-T

Memang trend sekarang, agaknya. Baju dicetak macam ada kesan turun warna. Bertompok-tompok. Macam kita beli pewarna dan dye sendiri pada baju. Itu, di bahagian bawah baju tu, ada kesan tompok-tompok warna merah. Bukan baju ni saja. Saya ada baju lari lain, pun sama, macam turun warna. Bila kita tanya, sebenarnya itu memang effect baju sekarang. Huhuhu... ye la tu. 

Apa di dalam bungkusan yang dibalut itu di atas baju?



Wah, pemenang bertuah rupanya, saya. Marilah kita tengok, apa ada dalam.



Ada 5 helai topeng muka. Juga, toner dari Nivea. Toner tu, saya sudah bagi pada anak bongsu.

Macam tahu-tahu saja yang kita sekarang keluar pakai facemask, kan. Kes covid semakin naik. 

Begitulah laporan cabaran maya yang saya sertai, dari aplikasi Bookdoc. Bila sertai cabaran berbayar ni, lebih kuat motivasi kita keluar rumah untuk berlari. Sebab kita dah bayar, kan. Nak tak nak, kena selesaikan target yang telah ditetapkan.

Itulah cabaran berbayar terakhir saya, pada tahun ni. Sekarang yang saya sedang buat pun, yang percuma sahaja. 

Kurang 2 hari lagi untuk masuk ke tahun baru. Semoga pembaca sekalian happy-happy dan sihat-sihat selalu. Selamat beristirehat bersama keluarga di hujung minggu ya. 

Jumpa lagi. 😊