Status E untuk mobile data

 Isnin, 10 Julai 2023. 

Bila selalunya anda dapat status E bila anda on data pada henfon anda? 

Sebahagian tangkap layar henfon saya, mobile data status E

Saya, biasanya tengok status E ni, bila tengah travel naik kereta, lalu kawasan hutan. Biasanya dalam perjalanan balik kampung. 

Sekejap E, sekejap H, sekejap 4G, bila kereta dalam perjalanan.

Tapi kan, ada kawasan dekat rumah saya ni, masih status E, tau. Ye, saya tak tipu. Saya pakai Digi.

Tak tahulah apa sudah jadi dengan Digi sekarang ni. Semenjak dia bergabung dengan Celcom. Sepatutnya, bila bergabung, meletup, bertambah hebat, kan. Atau makin luas liputan, sebab sudah bergabung rangkaian. Tapi, hampeh. Atau mungkin juga, talian sedang dinaiktaraf. Sangat cliche. Entahlah. 

Abjad E bermaksud EDGE (Enhanced Data Rates for GSM Evolution), atau Enhanced GPRS. Teknologi ini, di tengah-tengah antara 2G dan 3G.

EDGE lebih laju dari GPRS, tapi masih tak cukup untuk layari internet. Biasanya, kelajuan EDGE adalah 400 kbit/second.

Kalau Eᐩ, slow sangat line. Jika buka wassap, mungkin boleh load yang mesej text. Kalau bergambar, memang tak boleh view langsung. 

Walaupun sudah tahun 2023, tapi isu masalah internet dan talian telefon di sesetengah kawasan masih lagi ada. 

Walaupun henfon keluaran terbaru yang canggih, sudah ada 5G. Tapi tidak lah bermakna apa-apa kerana nak dapat liputan 4G pun masih kena berjuang, di sesetengah kawasan. 

Satu lagi yang saya nak kongsikan, tahukah anda, Malaysia menduduki tempat kelima dalam carta kadar kelajuan internet di kalangan negara ASEAN. Berikut cartanya:

1) Brunei - kelajuan 102 mbps

2) Singapore - kelajuan 72.18 mbps

3) Vietnam - kelajuan 39.59 mbps

4) Thailand - kelajuan 37.85 mbps

5) Malaysia - kelajuan 36.34 mbps

Sumber: Sinarharian 

Macam menyedihkan, betul tak? Sama macam ada pemimpin negara mengatakan negara kita, negara maju, saya rasa sangatlah gelihati, kerana bila saya pergi jogging di pantai hari Isnin, sampah sarap masih dibuang merata-rata. Inikah pemikiran rakyat negara maju? 

Bila on mobile data dan status E, di kedai makan, baru-baru ni, tak boleh buat apa la. Tapi bagus juga, ia beri peluang untuk kita sembang dengan ahli keluarga, sambil makan. Tak boleh tengok telefon, kan. 😁. Kalau sedang dating, kita tengok muka dia, dia tengok muka kita, gitew. 

Ada 2-3 kawasan sini, yang status E, untuk Digi. Kawasan anda, masih ada tak, yang E?

Tu je la nak cerita. 

Ok, jumpa lagi ye. 

Tiket bas habis

 Ahad, 2 Julai 2023 - Lari seperti biasa.

Larian Ahad 7.94 kilometer

Saya lupa caj jam saya. Tinggal 1 bar. Sempat berlarian sejauh jarak tersebut, sebelum jam saya mati. 

Anak sulung saya tak dapat beli tiket balik ke Dungun, Terengganu. Tanggal 3 Julai, dia sudah ada kelas, waktu petang. Hanya ada 2 bas yang ada perjalanan terus ke Dungun. Satu bas, cuti sempena raya korban. Bas berpengkalan di Terengganu. Sebab tinggal hanya 1 bas lagi, maka semua orang sudah beli lebih awal, jadi tiket pun habis. Anak sulung seperti biasa, suka tunggu last minute baru nak beli, maka, ternganga la. Dari Ipoh pun tak ada. 

Pengajaran untuk anak sulung, lain kali kena beli tiket bas awal! Bapaknya dah suruh banyak kali, dari awal, tapi tak pernah nak ikut. Sama je, ketiga-tiga anak lelaki ni. Yang bongsu, pagi-pagi nak pergi sekolah, selalu suruh mama print benda. Tak pernah nak suruh hari sebelumnya. 

Jadi, disebabkan tak ada tiket, maka kami hantar anak ke KL, untuk naik bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Di situ je ada bas yang pergi Dungun. Itu pun, dapat bas bertolak pukul 9 pagi keesokannya. 

Bapak budak kerja pagi. Dia keluar awal, pukul 3 petang, kami pun bertolak ke KL. Mujur kakak sulung ada, jadi, anak sulung tidur rumah dia la malam tu. Kalau kakak  saya ada urusan, memang kena campak anak sulung di TBS terus la, tidur la di terminal bas tu. 

Sampai KL waktu maghrib. Hari minggu, janganlah ikut jalan Sabak Bernam. Sesak di trafik light Tanjung Karang tu lama. Lebih 45 minit. Baik ikut lebuhraya Utara Selatan je. Pengajaran nombor 2. Jamak dulu di surau Citta Mall. Tempat pertemuan dengan kakak. Rumahnya dekat kawasan situ je.

Makan di Kayu Nasi Kandar. Fuiyo, ada mamak kat mall. Mamak buka pukul 7 pagi, tau. Suami pantang tengok nasi kandar. Ape lagi, dinner situ la.

Saya lupa ambil gambar nasi kandar. Lapar punya pasal. Sambil sembang dengan kakak lagi, pot pet pot pet.

Resit Kayu Nasi Kandar

Nasi kandar lauk ayam goreng dan sayur, RM13 ok. Standard Mall. Kalau kat Manjung, dalam RM7 la. Suami punya nasi mahal seringgit, tambah telur masin. Anak punya nasi, paling mahal, dia amik ayam tandoori. Apa pun, memang sedap, nasi kandar kuah campur, suuurrrrrrr...... 😋

Lepas makan dinner, kita makan pencuci mulut pula.

Banana split Baskin-Robbins.

Dari kiri, suami, Abang Coach, kakak sulung, anak dan saya.

Anak muka redha je. Dah kena marah dengan mak bapak. Pastu, kena sound dengan aunty dia lagi, lambat beli tiket. Kakak saya esoknya nak pergi naik gunung. Jadi, dia hantar anak ke TBS awal, pukul 4 pagi. Ha, lepak la situ, sementara tunggu bas pukul 9 pagi. Semoga anak belajar dari kesilapan dia. Kalau musim perayaan, raya haji pula, destinasi pantai timur pula, sila la beli tiket awal-awal.

Saya dan suami balik Manjung malam tu juga. Sebab esoknya, suami kerja shif pagi. Kelam-kabut macam kartun. Uban di kepala makin bertambah, sebab fikir hal anak-anak la. Kena sabar banyak-banyak.

Isnin, 3 Julai 2023 - Lari lepas hantar anak pi sekolah.

Larian sejauh 5.21 kilometer saja.

Sarapan di Pasar Komuniti dan Karavan Manjung. Saya makan roti bakar telur goyang dengan baked beans dan sosej.

Makan malam pula, di kedai tomyam yang tak pernah cuba. Banyak kedai tomyam tutup, deme semua balik Thailand, raya haji. 

Bihun goreng

Sedap juga bihun goreng dia. Boleh repeat lagi makan sini.

Selasa, 4 Julai 2023 - Lari lagi.

Sejauh 6.12 kilometer.

Pergi pasar, beli barang dapur. Balik rumah, masak sayur.

Sayur campur.

Dalam sayur campur, ada kacang buncis, cendawan tiram, lada benggala hijau, dan kobis bunga.

Dinner, makan di kedai tomyam di Lumut. 

Nasi goreng cina.

Besar kan portion nasi goreng dia? Gendut rasanya.

Rabu, 5 Julai 2023 - Lari lagi. Bila nak hujan waktu pagi, ni? Kalau hujan, boleh juga rileks kat rumah. 

Larian sejauh 7 kilometer

Balik, masak sayur campur lagi.

Sayur campur terlebih kuah.

Entah. Rasa sedap pula makan nasi lauk sayur campur sahaja.

Khamis, 6 Julai 2023 - Rasa malas sangat nak lari hari ni. Jadi, lepas hantar anak sekolah, saya berlarian selama setengah jam sahaja.

Setengah jam larian, dapat 3 kilometer. Pakcik makcik naik motor.

Lepas suami balik kerja shif malam, ajak dia sarapan luar. Kita ronda naik motor je. Feeling ala ala zaman bercinta dulu. Hehe. Masa baru kawin pun, mana ada kereta. Naik motor je. Menyewa di Wangsa Maju, saya pergi kerja naik LRT. 

Sarapan di Gerai Nelayan, Kampung Permatang.

Saya pesan mi rebus.

Sudah 2-3 suap mi, baru teringat, lupa nak ambil gambar. Pertama kali cuba mi rebus di sini. Boleh tahan sedap.

Suami pesan nasi putih lauk kari ikan kembung.

Kari dia, rasa macam kari penang. Juga, ambil kuih popia sira, kuih cara dan karipap.

Cuaca agak mendung. Tak panas, jadi kami merempit sampai ke pekan Lumut. Singgah pekena kopi pula di 989 Kopi.

Hazelnut latte, iced cappuchino dan sepotong kek.

Lupa kek apa. Tapi sedap, la.

Jumaat, 7 Julai 2023 - Lari seperti biasa. Masih malas. Jadi sesi larian hari ini selama 45 minit sahaja. 

Lepas suami balik kerja, kami sarapan di luar juga, pergi Kluang Kopi.

Lontong kering 

Dalam lontong kering, ada nasi impit dengan sambal kelapa, ayam masak merah dan sambal goreng jawa. Saya suka sambal goreng jawa ni. Ada tempe, tauhu, hati, suun, sayur fucuk, kacang panjang. 😋

Sup cendawan dengan roti bawang putih, serta air white coffee.

Sup cendawan dia agak pekat. Pertama kali cuba ni. 

Balik rumah, saya masak bihun goreng.

Bihun goreng dalam kuali.

Alhamdulillah, habis sudah cerita tertunggak, sudah sampai ke tarikh hari ni. Syukur Alhamdulillah, banyak makan hidangan sedap-sedap. Bulan Julai, lari santai-santai je, ikut suka hati. Takpe la kalau berat badan naik pun. Saya pun dah malas fikir.  

Saya harap pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu. Terima kasih, kerana membaca. 

Jumpa lagi, ye. 😊