Shell stitch bag kaler biru

 Ahad, 17 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Salam hujung minggu semua... 😊

Saya baru siap kait bag pattern kulit kerang ni, dan saya sudah upload ceritanya di page Hasil Kait. Boleh klik sini untuk baca lebih lanjut tentang bag kait yang baru siap ni, ye.

Mula projek: 9 Mac 2022

Siap projek: 19 April 2022

Lebih sebulan ambil masa untuk siapkan bag ni. Alhamdulillah. Harap tuan punya bag berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun sudah siap sejak bulan April, saya tunggu satu lagi bag siap, dan saya dah sampaikan pada tuan punya bag, barulah saya dapat update di sini.

Ambil gambar hasil kait di pokok ceri. Hari ini, pokok ceri ni sudah ditebang. Sebabnya, jadi port lepak beruks. Baru ingat nak tanam pokok besar di halaman rumah, supaya teduh sikit. Memang tak boleh tanam pokok ada buah. Habis semua ceri, tak sempat merah, dah hilang. Sebelum ni, beruk-beruk cuma melintas atas kabel elektrik depan rumah. Lepas tu, dia dah pandai lompat ke pokok ceri rumah kami. Pastu, jalan ikut tembok pagar, ke dapur, makan makanan kucing. Masuk ke wet kitchen saya, makan bawang yang saya gantung di bakul bawang di dapur belakang rumah tu. Habis semua, masa kembali ke rumah dari kampung hari tu, kulit-kulit bawang berselerakan, dengan kesan hitam, tapak kaki beruk. 

Tidak jauh dari kawasan perumahan saya ni, ada taman paya bakau, di mana sebelum ni, orang ramai boleh singgah sana. Tengok beruk, bagi makan beruk, jalan-jalan la di taman paya bakau tu. Sekarang, pihak majlis telah memagar taman tersebut, dan kenakan bayaran pada sesiapa nak masuk. Bila dah kena bayar, tak ramai lah yang pergi. Kalau dah berbayar, siapa nak pergi, sedangkan kita boleh tengok free je, beruk-beruk ni. Sejak tu la, beruk-beruk semakin banyak datang ke kawasan rumah dan dia punya tahap lapar tu, bawang bombay dia makan, makanan kucing, bahkan makanan ikan pun dia makan. Ada bekas makanan ikan atas akuarium di depan pintu rumah, habis dibukanya, bertaburan makanan ikan. Memang tahap kebulur la tu, beruk-beruk ni.

Alamak, terlebih bebel pasal beruk pulak. 

Pagi tadi, saya sempat jogging sekejap.


Larian pagi tadi adalah sejauh 7.17 km. Alhamdulillah.

Tu je la nak cerita kali ni. Selamat beristirehat di hujung minggu kepada semua pembaca blog ni, yang saya hormati sekalian.

Jumpa lagi, ye. 😊

Half marathon Julai

 Sabtu. 16 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Mula-mula, saya lari dengan kawan-kawan. Pastu, sambung half marathon sorang-sorang. Tapi suami saya ada teman hari ni. Dia pun jogging juga, di tempat yang sama, buat 5 km. Suami saya dah turun 2 kilo, semangat dia. 😊


Alhamdulillah, 21.16 km lari hari ni.

Lepas lari, kami pi sarapan di mamak mee pokok ceri. Pekena roti bakor telor goyang, dan nescafe o panas. Ye, saya memang kalah dengan kopi. Tahan beberapa hari je tak minum kopi. Tapi saya ada ambil langkah lain, iaitu minum air masak dengan lebih banyak. Saya cuba. Muka dah jadi kurang kering. Jerawat juga semakin kurang. Buang air besar pun lebih senang. Memang kena minum air masak banyak, sebab saya hilang air banyak setiap hari, bila saya lari.


Dari aplikasi Garmin Connect, dapat lencana July Rundown, iaitu sudah melepasi 80.5 km berlari di bulan Julai. Lambat dapat lencana ni, pada bulan ni, sebab saya banyak cuti lari, sebab tak sihat hari tu, dan juga balik kampung.


Menerusi aplikasi Strava pula, dapat lencana cabaran half marathon julai. 

Ok rasanya, dapat lari jauh hari ni. Saya suka perasaan bila saya lepas lari jauh. Rasa badan lebih ringan. Kaki pun ok, Alhamdulillah, tak sakit. Kasut ok. Pakai kasut Puma. Badan pun kurang melecet, letak vaseline di tempat yang biasa melecet. Benda-benda kecik macam ni mempengaruhi kita, bila kita nak bersenam. Nampak macam benda remeh, seperti pakaian dalam yang sesuai. Tapi benda inilah yang beri kesan bila kita lari jarak jauh. Saya dah merasai melecet di bahagian peha, masa badan saya obese, tahun 2015/2016. Sakit tau, bila mandi, sebab ada luka melecet. Perasaan pun down je. Tapi konsisten tu la kunci kejayaan. Bila kita nampak kesan yang baik pada badan kita, rasa best sangat! Syukur Alhamdulillah. 

Korang pergi jalan mana hari ni, hari Sabtu? Saya lepak rumah saja. 

Baiklah, jumpa lagi, ye. 😊