Larian untuk 3 hari dan Rumusan April

 29 Ramadan 1443 Hijrah. 

Semenjak dua menjak ni, saya sibuk sikit. Tak sempat nak update blog.

Mari kita tengok, aktiviti jogging yang saya tak sempat share, ye.

Larian Jumaat


Pada hari Jumaat lepas, bersamaan 29 April, saya sempat jogging sejauh 7.1 km. Alhamdulillah.

Gambar di atas menunjukkan kaki saya, sebelah. Memang, rasa malas menguasai diri. Tapi kita cuma perlu, put one foot in front of the other, and repeat. Tu je. Berusaha!

Larian Sabtu


Pada hari Sabtu, iaitu semalam, bersamaan 30 April, saya telah jogging sejauh 7.74 km. Alhamdulillah.

Gambar di atas menunjukkan blender, yang saya menang, cabutan bertuah, beli tudung. Butik Koleksi Hannah, Manjung, beri peluang pelanggan yang berbelanja lebih RM60 di kedainya masuk cabutan bertuah. Saya pergi dalam minggu lepas, beli tudung raya. Baju raya, saya pakai tahun lepas-lepas punya. Tudung raya je beli baru. Dia orang buat cabutan bertuah masa FB Live, dan nama saya naik, menang tempat kedua, blender jenama Hanabishi. Alhamdulillah. Rezeki tak disangka. Saya ni, jarang-jarang menang cabutan bertuah. Manjang tak bertuah. Huhu.. tak sempat balik rumah, dalam kereta dah ambil gambar blender, pergi ambil di ofis Koleksi Hannah. 😁

Larian Ahad


Pagi tadi, Ahad, 1 May, saya telah jogging sejauh 7.51 km. Alhamdulillah.

Gambar adalah secawan teh panas, yang saya nikmati, masa hari Jumaat lepas. Saya dan suami bawa anak sulung pergi beli baju raya. Dapat baju dia. Petang Jumaat tu, kami pi ambil anak sulung di kolej matrikulasi Gopeng. Dia je tak de baju raya lagi. Ramai betul manusia di Aeon Manjung. Penat. Duduk lah ngeteh kejap. Lega sikit dapat minum ayor panas.

Larian hari ni membolehkan saya dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Berlari di hari pekerja. Tak ramai orang lari pagi tadi. Saya dan sorang kawan. Dia memang kampung sini je. Saya pula, tak balik beraya di kampung suami tahun ni, sebab dia bekerja di hari raya. Selain kami, adalah 2-3 orang lagi yang jogging. Semua orang luar. Kalau kita biasa jogging di satu tempat, kita boleh kenal muka biasa nampak, muka tak biasa nampak. 

Rumusan Larian April 2022

Bulan April telah melabuhkan tirainya semalam. Mari kita tengok berapa jauh saya berlari di bulan April.


Purata larian dalam sehari: 6.3 km

Jumlah jarak lari di bulan April: 188.3 km

Purata larian seminggu:47.1 km

Jumlah kalori terbakar: 10,275

Alhamdulillah. Saya melebihi sikit je larian di bulan sebelumnya, iaitu Mac. Jarak larian bulan Mac adalah 186.9 km. Boleh rujuk entri rumusan bulan Mac di sini. Tak banyak beza pun. Tapi sebab bulan ni bulan puasa. Saya ingat, saya tak mampu lari. Mula-mula saya ingat satu hari saya mampu buat 5 km je di bulan puasa. Tapi Alhamdulillah, ada kederat buat lebih.

Macamana dengan berat pula?


Berat 1 May 2022: 58 kg

Berat 1 April 2022: 61 kg

Alhamdulillah, saya turun 3 kg. Dapat berat ideal semula, bulan lepas masa berat 61 kg, BMI saya jadi overweight. Nanti kita tengok lepas raya, BMI kekal normal atau jadi overweight semula. Hahaha... makan lemang bagai. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Resepi semprit sukat guna cawan

 26 Ramadan 1443 Hijrah.

Hari yang sibuk bagi saya. Malam baru saya berpeluang untuk update blog.

Jogging juga pagi tadi.


Sempat buat 7.46 km pagi tadi. Alhamdulillah.

Gambar menunjukkan sampul raya. Kawan jogging ada yang nak balik kampung, sempat kirim duit raya buat anak-anak saya. Rezeki anak-anak. Alhamdulillah.

Lepas mandi lepas balik jogging, saya buat kueh raya. Kueh raya pertama buat tahun ini adalah, semprit. 😊

Sangat senang. Tak payah nak canai-canai bagai. Suami ada pula, dia kerja shif petang. Dia tolong buat sama kueh, jadi cepat siap.


Siapkan bahan-bahan buat kueh dulu. Tepung cap Sauh, orang sedekah. Saya kalau beli tepung gandum, cap Faiza. Guna apa yang ada. 


Masa beli barang buat kueh di kedai bahan buat kek Munawarah, semua ada. Ceri merah je dah habis. Ceri hijau pun boleh la. Sendiri juga mau makan.


Kueh ni, pantang kalau kita sembang sikit. Hitam la jadinya. Tengok handphone apatah lagi, silap-silap boleh hangus. Kalau amatur, sila siapkan dulu sebanyak mana tray yang kita ada. Supaya boleh concentrate depan oven, tengok dah masak ke belum.


Bau dia semerbak satu rumah. 😋


Biar biskut sejuk sepenuhnya atas redai. Udara yang bergerak bawah redai boleh cepat bagi kueh kita sejuk. Kalau kita biar atas dulang bakar, kueh kita boleh lemau. Dah sejuk, baru masukkan dalam balang.


Dapat 4 balang kueh semprit. Alhamdulillah.

Saya share resepi kueh semprit di bawah. Inilah kueh yang saya buat tiap-tiap tahun (kalau rajin 😅). Resepi dari arwah mak saya. Kueh ni jenis melt in your mouth. Bila makan, jangan cakap, penuh taik gigi, bak kata mak saya. 😁 

Resepi semprit sukat guna cawan

Bahan-bahan:

Tepung gandum - 1 cawan
Tepung jagung - 2 cawan
Telor - 3 biji. Ambil kuning sahaja
Gula aising - 1 cawan. (Gula aising, bukan bukan castor, ye)
Butter - 1 ketul (250 gram. Jangan beli yang besar, 500 gram tu, naya pak karim)
Ceri merah untuk hiasan

Cara-cara:

Tapis tepung gandum dan tepung jagung dalam satu bekas besar.

Dalam satu bekas mixer lain, butter dipukul dengan gula aising. Tak payah la nak kembang sangat, asal mesra sudah. Masukkan telor kuning satu persatu. Boleh keluarkan mangkuk mixer kita.

Campur tepung yang sudah ditapis tadi sikit demi sedikit ke dalam mangkuk butter kita. Kaup balikkan, hingga sebati, guna senduk ke, apa ke. Guna tangan je, sebab kita boleh rasa adunan kita, sampai tangan kita bersih. Doh tu dah tak melekat. 

Kalau guna telor besar gred A, mungkin adunan kita cair sikit. Jadi, adjust la, masukkan tepung gandum sikit, tepung jagung sikit. Sampai adunan kita dah tak melekat.

Guna acu semprit yang hujungnya bentuk bunga. Sumbat sikit, dan tekan la ke atas dulang pembakar satu persatu. 

Letak ceri merah sebagai hiasan atas semprit kita.

Bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam oven. Sekejap je masak kueh ni. Tak sampai 20 minit. Kena selalu tengok, tau. Kalau bawah dia hitam, boleh adjust pakai api atas pulak, supaya atas pun masak. Bergantung lah pada oven anda.

Siap! Berbaloi buat sendiri. Boleh bagi tetamu makan, bagi anak nak balik asrama satu balang. Haa..

Selamat mencuba. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye.        

Ikan keli bercili

 25 Ramadan 1443 Hijrah.

Awal pagi tadi, saya masak nasi goreng untuk sahur. Nasi goreng sangat simple, guna bawang putih, cili kering dan telor. Sebab makan panas-panas, rasa sedap bebenor. Ada ulam kacang botol. 😋

Pergi jogging seperti biasa.


Jogging sejauh 7.5 km pagi tadi. Slow-slow je. 

Gambar adalah minyak kelapa, baru sampai semalam. Order kat shopee. Untuk anak bongsu. Rambut dia banyak gugur. Dulu pernah letak santan. Tapi dia tak suka. Lepas tu, saya ada beli hair tonic dan syampoo jenama Seborin, beli di Watson. Nampak macam ok sikit. Cuma ni, nak cuba benda lebih natural, seperti minyak kelapa. Semoga rambut dia bertambah lebat dan kuat.

Lepas balik jogging, saya balik rumah. Pastu keluar balik, pergi pasar dengan suami. Bawa suami, tolong angkat barang. Hehe. Beli dah semua barang dapur untuk raya. Takpe, simpan freezer. Saya malas nak pergi hujung-hujung nak raya. Nanti jadi macam tahun lepas. Nak beli santan segar pun kena beratur panjang. Belum lagi beli daging dan ayam. Tak mau la bersesak-sesak. 

Balik rumah lepas mandi, masak ikan keli goreng bercili. Anak bongsu suka makan lauk ni. 


Ikan keli, potong 2. Lumur serbuk kunyit, pastu goreng. Guna cili hijau dan cili padi untuk sambalnya. Takde kuah. Kalau cekik makan nasi, letak kicap manis. Ok, simple. Alhamdulillah.

Lepas masak, saya mengemas rak pantri makanan pula. Lap rak, bersihkan container makanan. Semalam kemas bahagian dapur luar dan peti ais. Buang barang dah expired. 

Slow-slow la buat kerja. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 

Puteh

 24 Ramadan 1443 Hijrah.

Semalam, bendera jepun naik lepas Asar. Naya pak karim. 😅

Sabor je la.

Bangun waktu sahur. Uzur pun, seorang ibu harus sediakan makanan untuk suami dan anak-anak berpuasa. 

Jogging seperti biasa pagi tadi.


Jam saya rekod sampai 6.26 km saja, sebelum mati. Ingat sempat tak caj pi jogging untuk sehari, sebab tinggal 1 bar, tak sempat juga. Lepas jam mati, saya sambung lebih kurang 1 round lagi, jadi dalam 7 km rasanya kot, saya jogging pagi tadi.

Pace itik pulang petang gitew.

Lepas jogging, main dengan Puteh. Boleh lompat tinggi si Puteh ni.


Terhibur hati main dengan budak bulu ni.


Macam sama kaler je badan si Puteh dengan lantai garaj rumah.

Saya baru lepas kemas dapur. Buang barang dah expired dalam peti ais. Nanti boleh beli barang nak buat biskut raya. Kalau rajin. 🙈

Baiklah. Jumpa lagi, ye. Berbelanjalah dengan berhemah. Hati-hati di jalanraya.

Sahur mamak lagi dan panjut solar

 23 Ramadan 1443 Hijrah.

Ni apehe hari-hari sahur kat mamak ni? Sebenornya, hajat pagi tadi adalah untuk sahur di kedai tomyam. Tapi, kedai tomyam nak tutup dah. Jadi, yang buka, mamak je. Situ la saya dan suami pergi.


Suami order mee goreng dengan air nescafe o.


Saya pula order bihun goreng dan air suam.

Selain tu, kami tapau nasi lauk ayam goreng untuk anak bongsu dan maggi goreng untuk anak kedua. Anak sulung kat asrama kolej, hari Jumaat ni balik, Insya-Allah.


Jogging pagi tadi adalah sejauh 7.69 km. Alhamdulillah.

Gambar di atas menunjukkan panjut, atau pelita kuasa solar, dah pasang di halaman rumah. Lampu solar tu, beli di Mr. DIY. Ada 2 jenis, satu yang lawa sikit, sementara satu lagi yang kecik sikit. Dia pendek je, lampu kuasa solar ni. Dan dia boleh cucuk di tanah. Tapi suami saya modify kayu panjut tahun lepas, dia cabut bahagian pelitanya, dia letak lampu solar tu. Haa... tak payah dah beli minyak diesel, nak pasang panjut. Kalau tak, sampai hitam-hitam tangan isi minyak. Ha ah, guna diesel bila pasang panjut. Minyak gas dah pupus dah kat sini, takde kedai jual. Anak-anak dah tak main bunga api atau mercun dah. Ok ler ni.


Ni lagi satu jenis lampu, murah sikit banding lampu solar gambar sebelum ni. Tag barcode lampu solar belum cabut. Kalau tak nyala, warranty seminggu, orang DIY cakap, boleh tukar.

Cukup la tu, sahur luar. Saya lebih suka sahur dan berbuka di rumah. Sahur nasi lauk telor dan kicap pun ok. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

Sahur di Mamak

 22 Ramadan 1443 Hijrah. 

Suami saya asyik ajak makan luar je. Dia ambil cuti, sebab lepas ni, dia dah tak dapat spend time dengan kami selalu, kerja long hours lepas ni. Orang dah start cuti raya. Suami akan kerja sampai hari raya. Saya ok je. Boleh cuti masak. 

Pagi tadi, kami sahur di mamak. Sebenarnya, dah lama kami tak pergi makan mamak. 


Suami makan nasi putih, kuah kari dan ayam goreng. Minum nescafe o panas. Huuu, lamanya saya tak pekena nescafe. Peberet saya. Saya tengah cuba berhenti minum nescafe dan kopi. Sebab saya rasa, muka saya keluar banyak jerawat bila minum air caffeine ni. Kulit dehidrated. Dari aktiviti lari setiap hari. Minum air masak tak cukup. Breakout pun keluar. Entah la, itu yang saya tengah mengkaji tu. Adakah jerawat itu disebabkan oleh pengambilan kopi atau ada punca lain. Boleh jadi hormon tak betul, kena adjust dose ubat tiroid yang saya sedang makan, atau ada punca lain seperti stress atau tak cukup tidor ke, wallahualam. Dok cerita pasal jerawat pula, kembali pada topik utama, sahur di mamak.


Sementara saya pula, order nasi goreng biasa dan air suam. Banyaknya nasi... Saya makan 3/4. Lagi 1/4 suami habiskan. 😋

Pagi tadi, saya pergi jogging, seperti biasa.


Jogging sejauh 7 km. 

Gambar adalah cendawan yang tumbuh di halaman rumah. Agak pelik rupanya, tapi comel je.

Hari ni hari Ahad. Korang pergi jalan mana? Dah beli baju raya ka belum?

Jumpa lagi, ye.

Moreh Jumaat

 21 Ramadan 1443 Hijrah.

Saya tak jogging pagi ni. Hujan sejak sahur. Kadang lebat, kadang renyai. Alhamdulillah. 

Semalam, suami ada di rumah, tak kerja. Dia ajak keluar moreh lepas terawih. Buat julung-julung kalinya, kami keluar lewat malam. Hajat di hati, nak pekena yong tau fu. Tapi kedai yong tau fu tutup. Ada kawasan meriah dengan orang ramai, contohnya di bazar raya dan McDonald's drive-thru. 

Beberapa tempat yang jual yong tau fu kami pergi, tapi semua tutup sudah. Pukul 11 malam, kan. Last-last, kami masuk kedai tomyam. 

Suami order colek. 


Colek buah campur. Rojak buah la sebenornya. Ada buah jambu, belimbing dan sengkuang. Ada banyak jenis colek kelantan sebenarnya. Ada colek buah, colek ayam, makanan laut yang goreng tepung, dan lain-lain lagi la. Kalau kat kelantan memang boleh jumpa pelbagai jenis. Kat sini, ni je yang ada. Jadi la, buat pengubat rindu makan colek.

Saya order maggi celup.


Ok rasanya, sedap. Alhamdulillah. 

Balik rumah, dah pukul 12 lebih. Pergi mari pergi mari, tidor pukul 1. Alamak, memang tak boleh moreh luar la. Past my bedtime already. Pukul 4 dah bangun untuk prepare sahur. 

Lepas subuh, sebab hujan, saya tak keluar jogging, saya pun sambung tidor. Faktor usia. Jaga pukul 9 pagi. Hambik... berapa jam daaa tidur. Lega rasanya.

Ok. Patut mana-mana pergi, orang ramai. Orang dah dapat gaji. Lepas tu, dapat pula duit kwsp 10 ribu. Kalau suami isteri apply, dah 20 ribu dapat. Raya sakan laaa... syok naaa...

Selamat hujung minggu, hari sabtu. Stay safe. Jaga diri dan keluarga. 

Jumpa lagi, ye.

Berita gumbira

 20 Ramadan 1443 Hijrah.

Cepat, kan... dah masuk 10 malam terakhir. Huuu... 

Hari ni start lewat sikit jogging. Kadang dapat hantar anak awal ke sekolah. Kadang, pi melabur dulu la. Gitu ler..


Jogging sejauh 5.85 km. Alhamdulillah, syukur Allah bagi nikmat sihat.

Gambar menunjukkan burung merpati tengah makan nasi. Biasanya kalau tinggal nasi lebihan sahur tu, saya letak atas rumput depan rumah. Burung merpati ada, burung pipit, burung gagak pun ada datang makan. 😁

Berita gumbiranya adalah, saya baru lepas daftar masuk Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah! Lamanya tak join event lari betul. Sepanjang musim pkp yang lalu, banyak acara larian dibatalkan. Ada yang saya dah daftar, penganjur pos baju dan medal, sebab event dibatalkan. Ada juga penganjur yang kembalikan wang daftar melalui bank. Tak sabar saya, bulan Oktober nanti, larian ni, di Kuala Kangsar. Saya pernah masuk sekali dulu, masa tahun 2017.

Makcik gendut di tepi sawah 😁

Itu la dia, saya, 5 tahun lepas. Percaya atau tidak, saya pernah lagi besaaaaar dari gambar di atas. BMI obese, tau.

Ni gambar saya sekarang, ambil masa jogging di Esplanade Lumut, 2 hari lepas.


Lari untuk sihat. Bila sihat, boleh jalankan tanggungjawap kita dengan riang ria, boleh beribadat dengan selesa. Alhamdulillah.

Excitednya saya, padahal event lambat lagi. Hehe...

Baiklah. Jumpa lagi, ye.