Larian Selasa

3 Ramadan 1443 Hijrah.

 Pagi tadi, sahur bertiga. Suami kerja shif malam. Jadi mak ni, uzur ke, tak uzur ke, kena bangun sahur sediakan makanan untuk orang berpuasa. Kalau tak sahur, kesian kat anak-anak, camana nak bertahan, nak belajar di sekolah. Semangat! Niat kerana Allah. 

Anak kedua hari ni ok. Sampai sekolah sebelum loceng berbunyi. Alhamdulillah. 😊

Lepas hantar anak sekolah, saya pergi jogging.


Sempat jogging 7 km hari ni. Mula-mula saya sorang. Lepas tu, ada kawan join. Alhamdulillah. 

Gambar di atas adalah gambar perkampungan nelayan di Kampung Permatang, Manjung. Dekat sini, ada kedai roti canai yang sedap. Kuah kari kambing. Saya ambil gambar ni, masa sebelum bulan puasa. Sini tenang je. Pernah juga berangan dok kampung, pergi mancing sama-sama suami. Dapat ikan, boleh buat lauk. Tak payah ke pasar dah. Hehe..

Balik jogging, saya singgah kedai runcit. Tengok ikan apa ada. Ikan cencaru je nampak segar. Saya beli 6 ekor. Balik rumah, lepas mandi, saya masak ikan singgang. Sambal belacan pun ada buat juga. Nasi je nanti petang baru masak. Alhamdulillah. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Sabar itu separuh dari iman

 2 Ramadan 1443 Hijrah.

Pagi tadi, anak kedua buat drama. Dah la lepas sahur, saya kena tolong dia print homework. Lepas tu, sampai pukul 7 pagi, dia masih menulis. Homework tak siap la tu. Saya hantar dia 7.30. Pintu pagar tepi dah kunci. Saya suruh dia masuk kereta balik. Pergi pintu pagar utama, betul-betul sebelum 7.40 sampai sekolah. Bertuah sungguh anak saya ni. King of procrastination. Suka sangat buat homework last minute. Adoi, urut dada sat. Sabor, sabor. 

Lepas hantar anak sekolah, saya ke tempat jogging. Riadah sat. Buat 10 ribu langkah je.


Dapat la lebih kurang 6 km jogging hari ni. Syukur, Alhamdulillah. Bukan saya dan kawan saya je. Ada juga orang lain beriadah di waktu pagi. Pagi, cuaca tak berapa panas. Lagi satu, kalau dah riadah pagi, petang free, boleh la pi cari kueh dengan suami, kalau dia tak kerja shif petang. Hehe..

Gambar di atas adalah Puteh. Puteh ni, masih anak kucing lagi, masih menyusu. Dia jinak-jinak merpati. Time bagi makan, dia dekat. Bila kita nak ambik dia, dia lari, tak bagi pegang. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.