Salam Maulud Nabi

 Ahad, 12 Rabiul Awal 1444 Hijrah.

Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca sekalian.

Kredit gambar: Harian Post

Mari kita perbanyakkan selawat dalam kehidupan kita sehari-hari. Bukan setakat baca dalam solat je. Ayuh! 

Happy long weekend... semua pembaca sekalian.

Saya pun, rehat. Tak jogging hari ni. Hujan. Cuaca mendung, awan tebal, angin sejuk. Dah siap pakai baju nak pergi lari, bila keluar rumah, hujan pun turun. Alhamdulillah, hujan rahmat.

Saya cerita aktiviti sepanjang minggu ye. 

Hot Cappuchino, Zus Coffee

Pada hari Khamis lepas, saya sempat berjalan. Bukan lari. Jalan lenggang kangkung, sejauh 5.53 km. Lepas tu, pekena kopi. Baru-baru ni, Zus Coffee mohon maaf tentang isu tak cukup 5 sen. Lepas kena kecam teruk oleh netizen, mereka beri baucer potongan 75 sen kepada pelanggan. 

Saya takde la selalu beli kopi di Zus Coffee. Masuk yang ni, baru 2 kali. Semua kedai kopi saya masuk, dasar orang gila kopi, saje, try semua. Bila harga kopi, ada sen, contoh RM9.25. Saya bayar sen tu cukup-cukup, sebab dalam handbag saya memang banyak syiling. Jadi, tiada masalah. 

Anak bongsu pakai facemask putih.

Hari Jumaat pula, saya sempat berlarian sejauh 10.03 km. 

Dah lama takde Hari Interaktif di sekolah, sejak zaman pandemik kan. Hari Jumaat, sempat pergi ke sekolah anak bongsu, sesi petang, bincang dengan cikgu, tentang keputusan periksa anak. 

Anak tengah, sesi pagi, bapaknya yang pergi jumpa cikgu.

Kelas anak bongsu tingkat 3. Hari-hari naik turun tangga pun, tak kurus juga Abang Su ni. 😁


Hari Jumaat juga, saya masak lauk ikan keli bercili. Peberet Abang Su a.k.a. budak kecik yang tak berapa nak kecik.

Budak bulu Puteh yang manja. Nyampesss!

Semalam, hari Sabtu, saya sempat berlarian sejauh 11.24 km.


Sebelum keluar jogging pagi Sabtu, saya sempat masak nasi goreng fishball. 

Kasut bayi tak jadi.

Dalam minggu ni, hari apa, saya dah lupa, kemurungan saya, bila saya kait baby booties, tapi tak jadi. Orang dah biasa kait beg. Bila kena buat barang baby, huuu... tak de rupa langsung. Takpe la, saya akan terus mencuba. Kalau tak dapat knitting, saya akan cuba crochet pulak. Tak jadi baby booties, jadi baby socks pun ok juga. Hahaha, hadoiii...

Baiklah.

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca sekalian. Mari kita habiskan masa berkualiti dengan keluarga kita. 

Jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul
    Shollu 'Alan Nabi Muhammad.

    Selamat bersantai hujung minggu dan happy long weekend. Pernah sekali je beli kopi Zus. Takpe kak, cuba sampai jadi :) Comel boots even tak jadi. Rupa tu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Fizah. Dah jadi pun stokin bayi. Nanti-nanti akak share. :)

      Delete
  2. Sayapun marah juga dapat kurang 5 sen daripada Watson's. Serik juga. Cubalah sejuk hati kata sedekah. Haha. Ada juga kes Zus pasal ini. Entahnya patut wajiblah sedia duit tukar kalau tidak bagilah lebih 5 sen jadi seposen.
    Tidak tahu sangat pasal kat. Harap berusaha sampai jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, berniaga kena jujur. Mungkin dia ingat 5 sen tu, takde nilai.

      Delete
  3. Salam Maulidur Rasul Nur :) cuti panjang ni tak kemana2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pergi mana-mana pun aritu, Carneyz. Mengait saje, di rumah. :)

      Delete
  4. Belum pernah beli di Zus. Memang sepatutnyalah peniaga yang sediakan wang baki secukupnya. Bukan soal nilai wang, tapi soal etika.

    Kasut baby tu tetap nampak cantik comel walau katanya tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian pergelangan kaki tu, besar sikit, Ujie. Nanti longgar, baby pakai.

      Delete
  5. teruskan kehidupan yang aktif kerana di situ cara nak kekal sihat dan cergas

    ReplyDelete
  6. belum pernah kopi Zus...duit 5sen jarang dapat...comel Puteh...ada sikit2 bentuk mcm kasut..

    ReplyDelete
  7. sy cuma mampu minum Nescafe atau IndoCafe aje...

    ReplyDelete
  8. buat kaitan tu kene tekun ., huhuhu

    ReplyDelete