Buat biskut bundar dengan anak

 23 Ramadan 1445 Hijrah.

Pada suatu hari, masa sedang buka puasa sama-sama, saya cakap pada anak-anak yang tahun ini, saya malas nak buat kuih raya. Lepas tu, anak nombor 2 cakap, "Alaaa... tahun ni, tak merasa la makan biskut paling sedap dalam dunia".

"Biskut apa tu?"

"Biskut bundar laa..."

Hehe... suka bebenor dia dengan biskut satu ni. Kita sebagai mak mak, bila anak dah cakap macam tu, terpaksalah merajinkan diri sendiri, buat juga. Nanti bila kita dah mati, anak akan ingat, dia buat biskut raya dengan kita. Sebab saya pun masih ingat, pertama kali saya buat biskut bundar ni, dengan arwah mama saya la. Masa tu, saya sekolah rendah. Tak ingat darjah berapa. Darjah 1 kot. Sebab tak puasa. Masa tu, kami tinggal di Kangar, Perlis. Nama taman kami tinggal, Taman Sri Bahagia. Nombor rumah pun saya ingat. Hehe.. sekolah saya dulu, Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Saya ingat lagi, lepas buat biskut, mak saya marah saya. Sebab lagi banyak biskut masuk dalam mulut dari masuk dalam balang. Hehe.. kenangan bersama mama ku sayang.  

 Sebab anak kedua yang request, dia wajib tolong mak ye. 😁 


Tugas anak adalah memotong doh biskut yang telah di-roll. Anak lelaki buat kerja, tebal-tebal dia potong.

Biskut baru keluor oven.

Yang rupa tak berapa nak lawa tu, yang bahagian hujung. Tak nampak corak spiral pun. Lantak la, kita juga yang nak makan.


Mula-mula memang dia potong ada tebal, ada nipis. Lama-lama, ok ler tu. 


Dapatlah hampir 3 balang. Alhamdulillah. Anak kedua sudah tetapkan seorang rasa 1 ketul je. Simpan, jangan makan, sampai raya. Ha, baru dia tahu, susah ke senang nak buat biskut bundar ni. Sebelum ni, tahu makan je, kan. Haha...

Saya ada kongsi resepi biskut bundar ni tahun lepas, di entri ini.

Ok la. Sekian. Jumpa lagi, ye. 😊

Bantal purple pink yellow

Isnin, 21 Ramadhan 1445 Hijrah. 

Rindu saya tak? Hehe... Lebih 2 minggu juga tak update blog. 

Mula tu, saya sakit kepala. Sakit kepala di bulan puasa agak seksa juga, sebab tak boleh telan ubat. Tahan je. Waktu sujud semasa solat, berdenyut-denyut rasa. Sakit di bahagian muka. Saya ingat, saya kurang air dalam badan. Bila hari saya sihat, dan selepas saya jahit cross stitch, sakit kepala tu pun datang. Saya perasan juga, mata jadi extra letih lebab ber-cross stitch ni. Lubang pada kain kecil sangat kot, mata kena kerja lebih keras. 

Saya pergi check mata di kedai cermin mata. Power spek bertambah. Buat spek baru. Itu yang saya tak update blog dan menjahit sementara tunggu cermin baru siap. Bagi mata rehat. Saya tanya optometrist tu, normal ke, tiap-tiap tahun kena buat cermin mata baru sebab power bertambah? Dia kata normal, lagi-lagi saya menjahit. Pembaca sekalian yang ada pakai cermin mata, korang berapa kerap kena tukar cermin mata baru kerana power bertambah?

Lagi satu, saya rasa sedikit kecewa kerana fikir, mungkin saya tak boleh jahit cross stitch lagi, kot. Faktor usia. Saya baru je mula projek baru cross stitch. Cross stitch adalah projek jahit silang pangkah yang saya suka, sejak dulu, tapi sudah lama tak buat. Banyak mengait saja. Jenuh juga kalau tiap-tahun tahun nak kena buat spek baru. Cermin mata bifocals, yang untuk rabun jauh dan dekat, bukan murah. Hai, entahlah.

Ok lah. Saya share hasil kait terkini yang baru siap. Meh tengok...

Tunjuk belakang dulu. Gemuk la dia ni...

Dari depan. Saiz bantal 43cm X 43cm X 10 cm

Ada butang pelbagai warna.

Sarung bantal boleh dibuka, untuk dibasuh. Ada bantal bahagian dalam, turut disertakan sekali.

Dari tepi.


Saya juga ada kongsikan bantal ini di page facebook saya. Kalau takde orang cekup dulu, Insya-Allah, bantal ini akan jadi salah satu hadiah hujung tahun kepada top pengomen di blog. 

Sekian perkongsian hari ni. Semoga kita semua sihat dan kuat mengharungi penghujung ramadan ini. Motivasi diri sendiri, untuk cuba buat lebih. Semangat, dan berusaha! 💪💪

Jumpa lagi. 😊