Cerita semasa bulan Disember 2023, sebelum cuti sekolah hari tu. Anak kedua beritahu, sekolah akan buat majlis graduasi untuk pelajar tingkatan 5. Saya pelik juga. Awal benor buat. SPM pun belum lepas. Ada minta sedikit bayaran. Majlis dibuat di Orient Star Resort, Lumut. Wow! Ibubapa tak dijemput pulak tu. Hahaha...
Ok la. Sekolah nak beri anak-anak ni semangat nak menghadap SPM, kot kan. Anak minta beli baju coat. Saya pun, whatttttt? Senyap-senyap saya wassap cikgu, tanya apa pakaian boleh dipakai semasa majlis graduasi. Cikgu kata, boleh pakai baju melayu lengkap atau baju coat. Rasmi la. Gitu.
Saya sarankan anak saya pakai baju melayu lengkap je. Sebab semua dah ada di rumah. Tak perlu beli. Tapi anak start buat muka masam dia tu. Mengalah juga lah kita. Pergilah kedai bundle, cari blazer dan kemeja lengan panjang. Alhamdulillah, jumpa. Cuma seluar slack je, kami beli baru, sebab pinggang anak kecil, tak jumpa saiz. Ye la, kedai bundle kan banyak jual saiz besar.
Seterusnya, hantar blazer dan kemeja ke kedai dobi. Blazer kena dry clean. Kedai dobi kedua saya pergi baru terima. Kedai dobi pertama, sudah penuh, minggu depannya baru boleh siap. Minggu depannya, anak dah nak pakai.
Sudah siap. Tali leher, bapaknya kasi pinjam.
Tibalah hari kejadian. Pelajar semua diberi kelepasan balik awal, pukul 12 tengahari dah boleh pick-up. Sebab majlis graduasi pukul 2.30 petang, murid-murid sudah kena ada di hotel.
Tersengih je dia, gumbira. Sekejap kata, dia nampak macam salesman. Saya cakap, tak lah. Macam orang kerja office la. Kasut tu pun, bapak dia punya. Bapak dan anak, sama saiz kaki. Bagus juga.
Sijil tu, sempena lulus peperiksaan percubaan SPM. Alhamdulillah. Ye. Inilah anak yang buat uban di kepala saya keluar lebih banyak. Inilah anak yang missed satu paper trial, dia tak hadir tu. Nasib baik boleh repeat paper Matematik Tambahan. Sebab ada MC.
Allahuakbar. Cepat-cepatlah habis SPM, anakku.
Semoga anak saya, anak-anak kawan pembaca sekalian yang ada ambil periksa SPM tahun ini, dapat menjawap periksa dengan tenang. Rajin mengulangkaji pelajaran, solat 5 waktu, ingat mak bapak dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Aminnn.... Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang menunjuk-ajar anak-anak kami ni.
Jumpa lagi, ye. 😊