Makan di D' Nur Qaseh

 Ulang makan lagi di sini, beberapa kali. Bila hari kita cari tempat sejuk, tapi malas nak masuk ke pusat membeli-belah, jadi restoran inilah alternatifnya. Agak dekat dengan rumah. Dalam restoran ada aircond, jadi boleh makan dengan selesa. Lagi satu, makanan dia sedap dan portion besor. Marilah kita tengok, menu yang kami sempat pesan.

Bihun kungfu

Ini masa kunjungan kami ke restoran, pada 18 Ogos 2023. Suami pesan bihun kungfu. Datang dalam pinggan panjang, bentuk macam sampan ni. 😁 Ish, ish, ish, besor benor portion-nya. Kena share makan, 2 orang. Rasanya sedap! 😋

Nasi goreng petai

Saya pesan nasi goreng petai. Membukit nasi dia. Kita tukar-tukar pinggan la sesama kita, sama-sama dapat merasa lain menu. Yang ini pun sedap! 😋 Kenapalah saya tak pandai masak nasi goreng macam ni. Kalau saya reti masak macam ni, saya dah buka kedai kot. Tapi suami saya suruh saya niaga nasi lemak. Dia cakap, sambal saya sedap. Tengok ler, kalau suami dah pencen, balik kampung kat Tumpat, kita bukak yek, warung kecil-kecilan. Hehe... eh, tapi orang kelantan suka makan nasi berlauk lagi kan, banding nasi lemak, pagi-pagi. Ha takpe, baru ada variety sikit. Belum cuba, belum tahu. 

Masa makan di restoran ni ari tu, anak sulung masih ada lagi, belum balik ke U dia. Dia pesan chicken chop. Tapi saya lupa nak ambil gambar. Ambil gambar side dish je, iaitu...

Kentang goreng

Hehe.. nak juga hidangan sampingan. Camne berat tak turun-turun kan, makan banyak.

Seterusnya, di hari lain, iaitu pada 19 September 2023, saya dan suami telah ulang makan di sini. 

Bihun kungfu

Pesan juga menu yang sama, iaitu bihun kungfu. Oleh sebab masa ni, kami sudah mula intermittent fasting. Suami nak kecikkan perut. Jadi, kami cuma pesan satu hidangan je, share 2 orang. Minum pun, air masak je, dari mesin penapis air di restoran ini. Percuma, boleh ambil berapa banyak nak minum. 

Seterusnya, di hari lain pulak, iaitu pada 3 Oktober, eh, semalam ler ni, kami pergi sini lagi.. Haha... kalau dah jumpa tempat sedap, haruslah diulang, ye tak..

Bihun goreng

Saya dan suami pesan makanan yang sama, iaitu bihun goreng. Kali ni, tak share. Sorang sepinggan. Hehe... sebab tak makan tengahari, sarapan lewat. Ini kira makan malam kita orang ler ni, pukul 5 petang.

Saya pernah cerita tentang makan di restoran ini dulu. Ada di entri ini.

Walaupun harga agak mahal sikit, jika dibandingkan dengan kedai tomyam biasa. Tapi, makanan di sini, rasa sedap, tak pernah lagi menghampakan kami. Jika anda datang ke Lumut, Perak, singgahlah, makan di sini. Tempat yang bagus, haruslah dikongsi. 

Restoran D' Nur Qaseh

Taman Indah Raya 2

Kampung Tersusun Pundut

32200 Lumut, Perak.

Masa operasi: Setiap hari. Dibuka 8 pagi hingga 7 petang. Kecuali Jumaat, dia buka sampai 12 tengahari. Ditutup semasa solat Jumaat dan solat maghrib. Buka semula pukul 8 hingga 10 malam.

Restoran ini terletak di barisan kedai (ada satu baris je lot kedai di situ) tepi jalan utama, dari Lumut ke Manjung. 

Sekian. Jumpa lagi, ye. 😊

Tersangkut dalam kesesakan

 Sabtu, 30 September 2023 - Saya bersama suami hantar anak ke Dungun. Berapa banyak kali dah hantar dia balik U, walau pun tempat tu jauh. Bila balik sini dalam kereta, selalu cakap kat suami, takmau dah la hantar anak. Jauh ler, lama duduk dalam kereta. Tapi hantar jugak anak bila dia masuk semester baru. Sebijik macam daftar masuk event lari. Bila tengah lari event, rasa menyesal, tak mau dah la masuk, penat la lari jauh. Tapi tak lama lepas tu, cari pulak event lari boleh join. 🙈

Bertolak lepas hantar anak kedua pergi kelas tambahan. Anak kedua dan bongsu tak ikut hantar abang dia orang. Deme cakap, jauh, mama. Haha.

Alhamdulillah, anak sulung dapat duduk hostel lagi, walaupun dah masuk semester tiga. Baru-baru ni, masa cuti sem, dia wakil Uitm Dungun, ke Karnival Sukan Mahasiswa Uitm (KARISMA). Ini adalah kejohanan sukan pelajar antara kampus Uitm seluruh negara. Anak saya masuk catur.

Medal dan baju anak sulung dapat.

 Untuk kategori catur berpasukan lelaki, pasukan anak sulung berjaya dapat pingat gangsa. Anak saya cerita, Uitm Terengganu tak pernah dapat pingat dalam sukan catur dan beberapa lagi sukan lain, jadi satu pencapaian yang boleh dibanggakan la, tahun ni. 

Perjalanan ke Dungun, berjalan lancar. Cuaca baik. Sampai saja di Dungun sudah lewat petang, hantar barang-barang anak dulu di hostel. Ramai pelajar lama yang sudah pun lapor diri. Meriah betul dengan gelak ketawa budak-budak yang dah lama tak jumpa kawan-kawan, dok menyembang. 

Lepas hantar anak, malam tu, dia join kami duduk hotel, sebab ada gangguan bekalan air. Nasib baik saya dah buat tempahan 2 bilik. Kami check-in di Mi Hotel 2 Dungun. 

Banyak hotel dah fully booked. Tak dapat duduk hotel dekat kawasan Uitm. Tapi ok la ni, dari tak ada.

Mi Hotel 2 Dungun adalah hotel yang terletak di rumah kedai. Kena naik tingkat 1, untuk front desk. Hotel agak lama. Saya dan suami bilik Double, di tingkat 1, manakala anak bilik single, di tingkat 2. 

Katil kami tak berapa selesa. Macam budak-budak selalu lompat-lompat atas katil dan spring dia dah lembut, tilam lembek. Huuu...... tapi sebab dah letih perjalanan jauh, malam tu kroh kroh jugak, tak sedor diri..

Dalam tandas. Tengok ler tingkap tu.

Hahaha... tak tau la nak cakap. Hotel lama. 

Ruangan mandi sebelah tandas

Ruang sinki, depan dengan tandas

Itu ada lubang kat dinding tu. Sambil berus gigi, saya selalu toleh belakang, saja check takut ada lipas keluar. Lipas takde, kumbang kecil ada keluar, menerusi lubang kat dinding tu. Huuu....

Pintu bilik air.

Basic la, bilik dia. Aircond sejuk, ada meja dan cermin, ada almari satu. TV dan katil. Ok ler, padan dengan harga dia, satu malam RM69.

Bilik anak, single, harga RM68 semalam. Murah singgit je. Tapi katil dia selesa, macam tilam baru. 

Ahad, 1 Oktober 2023 - Bagus la lokasi hotel, dekat masjid. Boleh dengar azan subuh. Dalam pukul 7 lebih, kami anak-beranak turun, jalan kaki, cari tempat sarapan. Hotel tengah pekan Dungun. 

Jalan kaki dari hotel, cari tempat nak sarapan.

Jumpa kedai yang sudah buka, masuk je. Nama kedai, Nasi Dagang Pok Yusop.

Saya makan nasi lemak ayam goreng.

Suami dan anak makan nasi dagang ikan tongkol

Lepas kenyang peruts, jalan balik ke hotel. Melepaskan hajat sebentar, kemudian check-out. Kami pergi hantar anak ke hostel dulu. Dia nak salin pakaian, nak jumpa ketua kursus. 

Inilah hostel anak saya. 

Dah 3 sem dia dapat blok yang sama. Bilik je bertukar. Sementara tunggu budak tu salin pakaian, saya jalan-jalan jap, explore kawasan.

Jalan-jalan tengok kawasan hostel.

Pemandangan depan, ada gelanggang futsal.

Laluan berjalan kaki berbumbung.

Semua laluan berjalan kaki ada bumbung. Jadi, budak-budak tak panas menapak ke kelas. Anak saya cerita, satu hari, dia boleh dapat mileage sampai 6 kilometer bila hari ada kelas. Jauh jugalah jarak dari hostel dia ke kelas. Dia punya blok pulak paling hujung. Selain berjalan, boleh naik basikal atau boleh sewa scooter elektrik (beam) yang disediakan. Macam kat stesen lrt di KL, tu ler, sama sebijik.

Belakang blok ada hutan. 

Ada juga pelajar yang bawa motor dan kereta. Kebanyakannya, yang duduk menyewa luar.

Lepas tu, hantar anak ke bangunan pejabat yang dia nak pergi jumpa ketua kursus tu. Nak daftar subjek dan susun jadual. Kami pun babai ler, kat dia. Selamat sudah... belajar rajin-rajin, anakku.... we lap u! 💓

Uitm Dungun di tepi laut

Cuaca walaupun mendung, ada bahang panas. Macam nak hujan. Memang cantik pemandangan sini. Laut luas. Angin kuat je, bertiup. Tapi tak boleh lah lepak lama. Kena bertolak balik. Sampai jumpa lagi, Dungun, babaii...

Dekat highway, memang mengantuk, tau. Sebab perjalanan jauh. Kena berhenti, beli kudap-kudapan... kalau mulut tak mengunyah, memang mata automatik mengantuk.

Berhenti R&R Temerloh

Yang gambar peta-peta ni, dari aplikasi Garmin. Saya rekod jalan guna jam. Saja, buat rekod, berhenti di mana. Hehe.

Tak nak mengantuk, kena pekena kopi. Bila pekena kopi, rasa nak terbuang air kecik selalu pulak. 

Berhenti R&R Kuantan

Berhenti R&R Genting Sempah

Kat sini la kami buat silap. Sebelum ni, bila lalu, tak pernah kami berhenti sini. Tapi hari tu, kami berhenti makan nasi dan lepas hajat kejap. Nak dijadikan cerita, nak keluar dari R&R ni saja, ambil masa 1 jam. Ye! Belum masuk highway lagi. Kat R&R dah sesak jalan. Hahahadoiii....

Bila tengok waze, dia suruh ikut jalan lama, iaitu Route 68 aka Jalan Gombak aka Jalan Karak Lama. Jalan Gombak tu, menghubungkan KL dengan Bentong. Baru hari tu, baca kat blog SK, dia lalu jalan lama juga. Peh! Yang ni, seriau giler, ok! Ada trailer panjang pula selisih. Nasib baik treler tu berhenti. Dia dah tahu kan, jalan sempit sangat. Saya tutup mata, takut nak tengok. Memang dekatttttt sangat dengan ekor treler tu, kami lalu.

Kat sini kami nasib baik. Sebab jalan belum sesak lagi. Iye, highway sesak, jalan lama pun sesak, hari Ahad lepas. Walaupun jalan macam ular kena palu, tapi bergerak la, cuma kena hati-hati sebab kami tak familiar dengan jalan ni. Banyak tempat cerun runtuh, ada kon, bagai.

Papan tanda masa lalu jalan lama.

Bila sampai KL je, lega. Nasib baik juga kami tak ikut lebuhraya LATAR. Situ pun sesak. Lebuhraya PLUS arah utara kurang sesak, cuma yang arah KL, sesak panjang berjela, you! 

Sampai rumah pukul 9 malam! 12 jam dalam kereta! Perjalanan biasa, dalam 7 jam lebih kurang. Cuti 4 hari ye, orang semua balik kampung. Huuu... pertama kali alami. Merata-rata kan, sesak jalan, hari Ahad lepas. Ish, ish... banyaknya kenderaan di jalanraya kita ni.

Dah tu, tak mau dah la pi Ganu tu. Jauh ler... biar anak naik bas je la. (Boleh percaya ke?)

Ok la, sekian cerita hujung minggu yang lepas. Nak update blog semalam pun, tak larat, masih letih badan, travel lama. Jumpa lagi, ye.