And the journey continues...

 Jumaat, 13 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Rasa macam baru je hari Jumaat. Hari ni dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu, lebih-lebih lagi masa cuti sekolah. 😁

Diet suku suku separuh continues...

Makan tengahari semalam

Suami goreng sayur pucuk paku. Saya isi sayur separuh pinggan. Ayam masak sambal seketul, dan nasi suku pinggan. 

Ok, makan suku suku separuh ni. Tapi in between tu, rasa lapar. Saya biasanya, pergi buka peti ais, ambil coklat, kit kat ke, buka balang biskut, ambil chipsmore sekeping ke. Tapi semalam saya tidak berbuat demikian. Proud of myself, sebab berjaya tahan keinginan makan jajan. Bila lapar, minum air masak sahaja.

Selepas zohor, keluar, ajak suami, pergi beli buah. 

Sambil jalan-jalan, bungkus nasi kandaq Pantai Remis untuk anak-anak. Beli sate Sungai Wangi, dekat Ayer Tawar. 

Jadi, itulah dinner saya semalam. Sate ayam dan daging. Juga, ada buah tembikai. Alhamdulillah.

Hari ini, Jumaat

Bangun pagi, sediakan sarapan untuk anak kedua yang ada kelas tambahan pukul 8 pagi. Perangat nasi kandaq semalam, untuk anak sulung dan anak bongsu makan. 

Basuh kain. Subuh. Sidai kain. Siram pokok. Hantar anak. Kemudian, saya pergi tempat jogging, walaupun sudah pukul 8. Dah lewat. Selalunya, saya lari pukul 7. Tapi apa nak buat, family first. 

Larian Jumaat

Takpe la, muka hitam pun, kena matahari. Asalkan hati tak hitam. Ayat sedapkan hati sendiri. Lari sehingga cukup 10 ribu langkah, iaitu 5.59 kilometer. Jadi la. Nak buat lebih, tak tahan wei... paneh bebenor...

Bila balik rumah, suami sedang potong rumput, guna mesin. Dia pun join saya juga, sedang diet dan misi menurunkan berat badan. Dia obese kelas 1, saya pula overweight sikit. Sikit ler, sebab BMI 25.4. 

Kalau BMI 25 ke bawah, baru BMI normal. Suami balik kerja shif malam, sebab dia tak boleh beriadah, at least dia keluar peluh juga, tolak mesin rumput tu.

Oh, dia siap rebus telur lagi, untuk sarapan.

Alat rebus telur

Siapa ada alat rebus telur ni di rumah, angkat mouse! Hehe...

Dah tanya suami, dia isi air panas sampai penuh, baru telur jadi 3 suku masak.

Hari tu, saya isi sampai ke garisan paling atas, dia jadi suku masak je. Lagi pun hari tu, telur besar, AA.

Hari ni, guna telur gred C, ok, menjadi, 3 suku masak.

Pagi tadi, saya dah siap mandi, suami masih belum masuk rumah. Suruh dia stop, sambung esok, sebab sudah pukul 10 pagi. Tak boleh main panas sangat. Semalam, saya cabut rumput dan siram pokok tengah panas, pagi ni bangun, rasa tekak sakit, macam nak demam. 

Tapi sekarang saya dah ok. Kena minum air masak banyak-banyak.

Sarapan pagi Jumaat

Sarapan saya ialah pisang separuh pinggan (2 biji pisang). Besar pisang saya beli, semalam. Tak tau pisang apa. Pakai beli je. Dia lebih besar dari pisang berangan. Telur 3 suku masak, 2 biji, dan roti bakar 2 keping, dibiar kosong. Sebelum ni, saya bila makan roti bakar, suka sapu butter. Ya Allah... wangi bila kita bakar roti guna toaster, kemudian kita sapu butter yang diambil segar dari peti ais. Kemudian butter itu melt di atas roti bakar yang masih panas. Astaghfirullah azim... korang tolong makan bagi pihak saya, ye. Saya makan roti kosong je. Huuu... Ye, saya tahu. Kena tukar roti putih ke roti whole wheat. Habiskan dulu roti ada di rumah ni, ye. Jangan membazir.

Alhamdulillah. Rasa kenyang. Rasa macam patut makan sekeping je, roti. Atau mungkin sebab pisang besar.

Ok. Tu jer perkongsian kali ini. Jumpa lagi. 😊

Azam baru

 Khamis, 12 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Sudah masuk bulan Jun. 

Pagi tadi, saya pergi berlari di Teluk Batik, dengan suami.

Larian 7.7 kilometer di pagi Khamis

Rumusan larian pada bulan Mei 2023 adalah seperti berikut:


Jumlah jarak larian: 154.1 kilometer

Purata jarak larian dalam sehari: 5 kilometer

Purata jarak larian dalam seminggu: 38.5 kilometer

Ok, bulan Mei saya berjaya lepas 150 kilometer dalam sebulan. Alhamdulillah.

Sempena masuk bulan baru ni, target saya adalah 200 kilometer larian. Boleh ke idok? Haha.. marilah kita cuba. Berusaha! 🏃

Saya juga berazam untuk amalkan diet suku-suku separuh. Bukan untuk bulan ni saja. Tapi kalau boleh, nak jadikan cara hidup saya.

Separuh pinggan: Sayur dan buah

Suku pinggan: Protein

Suku pinggan: Karbohidrat

Kena kawal makan sikit. Saya seorang yang suka makan. 

Berat sekarang: 61 kilogram

Berat impian: 55 kilogram

Saya akan cuba untuk kawal nafsu makan saya. Saya pernah berjaya turunkan BMI saya dari overweight ke BMI normal, dalam masa 5 tahun. Haha.. lama, kan? Tak kisah la berapa lama saya ambil untuk dapat target weight saya. Tapi saya akan cuba. Dah lama berat saya dok tang tu je. Nak buang angka 6 tu. Nak ganti dengan angka 5 di hadapan. Berusaha! 💪


Lepas lari pagi tadi, saya dan suami pergi makan di Restoran Nasi Ulam Lumut. Gambar di atas adalah sarapan saya. 

Nasi, agak-agak saiz dalam segenggam, ayam bakar bahagian dada, dan sayur salad. Sambal belacan sikit, sebab tak ambil kuah. Ok ke, encik? 


Balik rumah pagi tadi selepas sarapan, saya cabut rumput dan menyiram pokok. Kemudian, saya buat yoga sekejap. Cardio di atas, saya buat selepas lari pagi tadi, iaitu senaman kempis perut.

Dengan ini, saya nak mengucapkan selamat tinggal kepada perkara di bawah...


Babai cheese stick dan creme brulee Harold yang sedap, dan air manis. I'm gonna miss you. 

Tolong doakan saya diberi kekuatan, ye. 😊