Sarapan di Capati Kari Kambing Bota

 Khamis, 25 Rejab 1444 Hijrah.

Ada satu hari, semasa suami off kerja, kami telah pergi sarapan di tempat yang agak jauh sikit dari rumah.


Kome suka makan capati? 

Saya biasa lalu kedai capati kari kambing di Bota ni, sebab kedai ni terletak tepi jalan utama, dari Lumut nak ke Ipoh. Dah lama nak cuba, tapi kami selalu ada hal, sedang on the way ada urusan lain, jadi tak berkesempatan berhenti. Biasanya, kami lalu setiap Sabtu, masa nak pergi pasar pagi Bota, ada perasan ramai beratur depan kedai capati ni.

Orang tak ramai masa kami sampai. Kami datang hari orang kerja. Saya pesan capati, dan suami ambil bihun goreng campur nasi goreng, bersama sambal tumis dan rendang ayam. 

Kari kambing, rendang ayam dan capati

Capati tu, dibuat segar, bila ada orang pesan. Selain tu, ada juga makanan sudah siap dan sedia diambil, seperti bihun goreng, nasi goreng, kuetiau dan mi goreng, dan pelbagai kuih-muih.

Tak sempat nak ambil gambar hidangan suami saya. Lupa. Perut lapor masa tu.

Ok rasa capati dan kari kambing dia. Cuma saya rasa, capati dia agak nipis. Suami pun ada order capati juga, sorang sekeping. Bila sudah habis sekeping, saya rasa macam boleh makan sekeping lagi, lagi pun lauk kari kambing masih ada. Jadi kami pun pesan lagi sekeping capati, kesemuanya 3 keping capati kami makan. Hehe...

Sebab saya pernah merasa capati lebih gebu dari tempat ni, makan sekeping dah kenyang. Kalau anda jenis suka makan ringkas, ok. Tapi kalau jenis sarapan makan banyak macam saya, tak puas la sekeping jer. 🙈

Kambing dia pun lembut, ok. Boleh la singgah, kalau anda lalu tempat ni. Ia agak berdekatan dengan pejabat pertanian Titi Gantung, di mana ada banyak gerai jual jagung dan buah-buah tepi jalan. Google je, boleh jumpa lokasi kedai ni.


Makan kenyang, hati banyak suka, jumlah kesemuanya RM25.70. Alhamdulilllah.

Kedai capati kari kambing ini dibuka setiap hari, kecuali Khamis, tutup. Masa operasi adalah dari jam 7 pagi hingga 11.30 pagi.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

Sudoku

 Rabu, 24 Rejab 1444 Hijrah.

Maaf ler, saya agak lama mengabaikan blog ni. Asal ada masa lapang je, saya main sudoku. Habis je buat kerja rumah, saya buat sudoku. Kena sampuk hantu sudoku. Sebab ada satu hari tu, saya susun buku-buku dalam bilik kerja saya, saya jumpa buku sudoku lama. Saya beli dah lama, sebab kadang bila balik kampung atau ikut suami outstation ke, ada benda juga boleh dibuat selain main henpon. 


Dia punya level berhantunya sudoku ni, sampai saya korbankan masa lari saya, sebab saya congak-congak, kalau saya lari luar, saya balik lambat. Kalau saya lari treadmill dalam rumah, saya habis 10 ribu langkah cepat. Jadi, masa yang saya jimat tu, saya boleh guna buat sudoku. Kegilaan betul. Geram bila tak dapat selesaikan sudoku level Susah

Level Sudoku 

Easy ✅

Medium ✅

Hard ✅

Very Hard ❌

Banyak-banyak kategori Susah yang saya buat, saya akhirnya dapat selesaikan satu. Itupun, ambil masa seminggu! Hahaha.... 


Ada kala rasa otak penat, rasa nak give-up. Dah simpan dah buku ni balik kat rak buku. Kejap lagi, lepas 2-3 jam, ambil balik, hadap balik sudoku yang belum selesai tu. Ketagihan melampau! Terjebak sudah.

Projek mengait dah tergendala. Kiki... 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊