Half marathon Jun

Ahad, 5 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Lepas Subuh, saya keluar jogging. Jogging dengan Kak Nyah dan Ezan. Pastu Kak Nyah balik lepas 7 km. Pastu Ezan balik tak lama lepas tu. Jumpa Nora. Nora sudah 7 km. Jogging dengan Nora pula, sampai dia habis 10 km. Saya sambung lari. Cuaca baik. Tak panas sangat, agak mendung, dengan angin sekali-sekala. Nora tunggu saya habis half marathon, walaupun saya suruh dia balik. Dia kata, dia nampak motor yang mencurigakan, jadi, bior la dia tunggu, kalau tak, tinggal saya sorang. Jumpa kawan baik juga adalah satu rezeki. Syukur Alhamdulillah, saya jumpa kawan macam Nora. Sekali-sekala je jumpa dia, sebab Nora bekerja. Jadi, cuma dapat beriadah Sabtu dan Ahad sahaja.

Simpan sini sebagai kenangan.
Nora dan saya

Cantiknya kasut Nora. Kasut Asics. Dulu saya pernah beli Asics, tapi tak sesuai dengan kaki saya. Dia punya cutting kasut tak sesuai untuk orang kaki besar di hadapan. Tapi warna kasut Asics memang cantik-cantik. 

Dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Cabaran lari 15 km, mata dia 4 points. Agak tinggi. Selalu cabaran biasa di garmin, 1-2 points je.

Melalui aplikasi Strava pula, dapat lencana berikut:


Cabaran half marathon (21.1km) di bulan Jun. Alhamdulillah. 

Sebenarnya, ni bukan kali pertama ada orang tunggu saya habis half marathon. Dulu pun ada sorang brader tunggu saya. Dia duduk kat tembok, main henpon, sampai saya habis. Tempat jogging ni, kawasan kelapa sawit. Kalau lari di bahagian depan, ok, tepi jalan utama, orang lalu lalang. Kalau lari 1 pusingan, bahagian belakang bukanlah laluan ramai orang. Kawan saya pernah jogging petang, ada sekumpulan orang mabuk sedang minum minuman keras di satu sudut yang teduh bawah pokok. Ada runner lelaki tegur kawan saya tu, "akak, jangan lalu belakang la kak, u-turn." 

Kadang-kadang orang sini, bila tengok ada perempuan lari, dia akan duduk sembang ramai-ramai kat tepi. Dia orang boleh je balik lepas habis jogging, tapi dia orang stay situ, sebab macam nak jaga runner perempuan yang lari. Itu yang saya perasan, sejak dulu. Bagus, kan. Berbalik kepada brader tadi, dia kenal saya dan suami saya. Dia lepak tunggu, walaupun saya cakap takpe, kan ramai lagi orang jogging. Ala, takpe, dia kata. Saya pula yang segan, sebab saya lari macam siput, sampai 3 jam baru habis half marathon.

Kawan saya sorang, kalau nak lari jarak jauh, tunggu saya. Saya sebenarnya berserah kepada yang Esa bila lari. Kalau nak jadi apa-apa yang buruk, tak kira tempat, kat mana-mana pun boleh jadi. Saya pernah jogging di kawasan padang yang ramai orang, boleh jumpa 'flasher' dok tayang 'anu' balik pokok. Saya selalu fikir yang baik-baik, dan kita serah soal keselamatan kita pada Allah. Di samping tu, sambil lari, kita boleh zikir, Allah, Allah, Allah, ya Allah.. hati Insya-Allah tenang. 

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah bagi, dan Allah lindungi kita.

Kome nyongket mana hari ni? Saya lepak rumah je. Suami kerja. Semoga segala urusan anda dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye.

Cuti sekolah, yay!

 Entah pagi tadi, saya susah nak bangun. Biasa, pukul 4 pagi, saya dah celik. Suami take over tugas sediakan makanan. Dia goreng hashbrown dan fries. Kemudian, dia masak nasi goreng tomyam. 😁 Rajinnya suami saya. Dia masuk kerja pukul 6 pagi, OT. 

Lepas hantar anak kedua ke sekolah, saya pergi jogging.

Alamak, besornya jerawat kat dahi

Pukul 7.25 baru saya jogging pagi tadi. Biasa la anak tengah saya ni, kalau loceng sekolah pukul 7.20, pukul 7.19 baru dia nak tiba di sekolah. Tak macam abang dia dulu, PRS. Sebelum pukul 7 dia dah nak ada di sekolah. Lain anak, lain peel nya.

Lari 10 km hari ni. Alhamdulillah.

Anak bongsu cakap, dia kurang suka rasa tomyam pada nasi goreng. Cerewet, kan. Jadi balik jogging, singgah makcik nasi lemak indah water, beli nasi lemak sebungkus untuk dia. Makcik tu jual sekali air. RM2 je satu. Beli air sekali la. Pemalas punya mak. Nak bancuh ayor minum kat rumah pun maleh. 😅 Beli sekali karipap giant 3 biji dan roti sosej. 

Sape macam saya? Walaupun kita dah tak perlu pakai facemask bila di luar bangunan, tapi saya dah biasa pakai, dan masih pakai. Contoh macam beli nasi lemak tepi jalan kan, kita ada jumpa orang juga. Entah orang yang beratur belakang kita tu, ada covid ke, sedor atau tanpa dia sedor dia ada, dia terbersin ke kat kita. Ha...

Sampai rumah, siram pokok dulu, bagi kucing makan dan mandi. Pastu, goreng telor mata sebutir.


Sarapan saya pagi tadi adalah nasi goreng tomyam dimasak oleh suamiku tercinta, dan telor mata di sisi. 😋 Sedap je, saya rasa. Entah nape anak bongsu takmo makan. Rugi, rugi, bukan selalu bapaknya masuk dapur, masak.

Hari ni, dapat sijil untuk virtual run dari aplikasi Bookdoc.


#BeatNCD Virtual Run Challenge berakhir pada 31 May lepas, dengan milestone saya sebanyak 882,672 langkah. Durasi cabaran ni, 2 bulan. Dari 1 April hingga 31 Mei. Dia kira langkah sebenarnya, bukan berapa mileage kita lari. Ok ler tu. 

Ok la ye. Selamat sudah. Esok sekolah start cuti, selama seminggu. Ada yang nak pergi holiday mana-mana ke? Selamat, ye. Selamat pergi makan kenduri juga. Jaga diri dan keluarga kita.

Jumpa lagi.